22 Mei 2012

DBKL Bersihkan Petak Kuning Depan Rumah Ambiga

Petaling Jaya: Kawasan jalan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga, di Bukit Damansara yang dicat dengan petak kuning telah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ambiga mengesahkan perkara itu melalui 'Tweeter'nya kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menerusi Tweeter, beliau mengucapkan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan DBKL yang bertindak membersihkan petak dan tulisan yang dicat dengan warna kuning di hadapan rumahnya pada Isnin, oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Bersih 4.0.

"DBKL bekerja pada lewat malam untuk membersihkan garisan kuning. Sekarang polis sedang membuat pemeriksaan. Penghargaan untuk PDRM dan DBKL, begitu juga jiran-jiran," katanya melalui Tweeter yang ditulis dalam bahasa Inggeris.

Dalam 'tweet' yang berlainan, Ambiga turut memuji sikap staff-staf DBKL di bawah 'En.Zulkifli' yang disifatkan peramah dan efisyen dalam menjalankan tugas.

Pada Ahad, sekumpulan 60 peniaga dilapor merancang mengadakan pasar malam di hadapan kediaman Ambiga bagi mengaut semula kerugian mereka akibat perhimpunan anjuran Ambiga di ibu kota pada 28 April lepas.

Sehari kemudian, kumpulan yang diketuai Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur, Datuk Jamal Md.Yunus mengecat 60 petak perniagaan di kawasan kediaman Ambiga untuk membuka gerai perniagaan pada hari Khamis dan Jumaat ini.

Walau bagaimanapun, Datuk Bandar Tan Sri Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL tidak akan memberi kebenaran kepada kumpulan ini berbuat demikian walaupun mereka mengemukakan permohonan kerana ia melanggar Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. -mstar


DBKL larang, anti-BERSIH tetap mahu niaga



Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini tidak membenarkan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk berniaga di kawasan kediaman pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini.

Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menasihatkan agar kumpulan peniaga daripada Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) itu menggunakan saluran yang betul bagi membuat tuntutan.

"Kalau berterusan macam ni, benda ini akan bersambung dan tak habis-habis. Untuk mengadakan himpunan aman di kawasan rumah dia tak apalah, tapi nak dirikan gerai, DBKL tak benarkan di bawah Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan.

"Kerana bukan ada rumah Ambiga sahaja di situ. Jadi saya nasihatkan kalau nak buat, cari tempat yang sesuai dan yang dibenarkan," kata Ahmad Fuad ketika bertemu dengan wakil peniaga, Datuk Jamal Md Yunus di lobi bangunan DBKL, hari ini.

Selain itu, Ahmad Fuad turut menasihatkan MBPKL dengan berkata, tindakan untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga juga akan memberi gambaran yang tidak elok pada negara luar dan generasi akan datang.

Katanya lagi, jika mahu membuat tuntutan kerugian, pihak MBPKL boleh menuntutnya melalui mahkamah sivil.

"Tak usahlah nak buat-buat macam ini, tak payah panjang-panjangkan lagi. Polis pun sedang ambil tindakan. Tuan boleh ambil tindakan dengan pergi ke mahkamah sivil tentang rugi dan sebagainya.

"Kalau semua tak nak ikut undang-undang, kita beri gambaran tak elok pada negara luar dan generasi akan datang. Saya nasihatkan saja. Kalau tuan-tuan buat (berniaga), saya akan ambil tindakan," katanya lagi.

Peniaga: Kami jalankan kerja kami

Mengulas mengenai tapak yang ditandakan dengan cat di sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara dekat ibu negara, Ahmad Fuad berkata, pihaknya akan mengecat kembali jalan itu dengan warna hitam.

"Cat-cat petak tak boleh dibenarkan. Kalau dah buat (cat), kita akan cat hitam balik. Dan jika mereka tetap untuk berniaga (Khamis dan Jumaat), kita akan hantar penguatkuasa ke sana. Undang-undang mesti dihormati. Kita juga akan minta kerjasama daripada pihak polis," kata Ahmad Fuad.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas berjumpa Datuk Bandar, Jamal berkata, pihaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk berniaga.

Jamal berkata, beliau dan peniaga lain hanya menjalankan tanggungjawab untuk mencari rezeki.

"Kami akan jalankan tanggungjawab kami untuk cari makan dan nak beritahu pada penganjur supaya bertanggungjawab. Kita hormat keputusan DBKL. Kami akan jalankan kerja kami dan DBKL akan jalankan kerja mereka.

"Kita akan tetap teruskan sehingga ada pihak yang menjawab siapa yang akan bertanggungjawab atas kerugian kami," katanya.
-mk


11 ulasan:

miji berkata...

Polis dan DBKL kena bagi tau berapa kos / rugi sebab mangkok hayun ni. Rugi masa, tenaga,

Tanpa Nama berkata...

padan muka, kan dah malu.
sekarang mari kita sama2 boikot
kedai ikan bakar datuk (datuk bu***) jamal.
nelayan dah tak nak jual ikan kat dia.
terpaksalah dia bawa ikan dari thailand.
tt kata, ikan dari thailand kalau masuk
ke malaysia kena bubuh abu mayat.
Betul ke?
uuuwyeek...

Tanpa Nama berkata...

Mencacatkan jalan dengan warna kuning merupakan perbuatan menceroboh/merosakkan harta awam. Harap DBKL dan PDRM ambil tindakan segera supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain di masa hadapan.Tindakan perlu tegas tanpa memilih bulu.

Tanpa Nama berkata...

Mencacatkan jalan dengan warna kuning merupakan perbuatan menceroboh/merosakkan harta awam. Harap DBKL dan PDRM ambil tindakan segera supaya tidak menjadi ikutan kepada yang lain di masa hadapan.Tindakan perlu tegas tanpa memilih bulu.

Tanpa Nama berkata...

Apalah mcm org tak bertammadun langsung, ini bukan zaman Hang Tuah lah... Kalau tak puas hati kerana kerugian, saman lah Ambiga tu kalau berani.... Klalu nak cari sensasi mcm ni lagi baik masuk Raja Lawak Mega huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

puak2 x bertamadun ni saja nk cari publisiti murahan..

Tanpa Nama berkata...

dh x adaduit sngtlh tu yg nk kena berniaga dkt rumh ambiga apa punya bingailh,pda aku biar ambiga buat x thu je jgn dilayn mereka ni mkn di lyn mkin menjdi dsr sendiri bodo ingt org x thu siapa sebenrnya dia tu,org sush atau ppun senng,rugi ke dia pda aku x rugi lnsung pun dia sja je mcm nk duitlh pulk,biar mereka berniaga jgn kita lyn atau jgn sesiapa pun beli apa yg dia niagakn bru pdn muka dia suruh hri2 buka pun x apa gnti rugi cri sendiri pdn muka penat tentu mereka dgn sendiri akn berhenti percyalh org mcm ini je cra yg kena ajr ingt kita ni bodo mcm dia,siapa yg ikut berniaga atau beli tpk niaga dgn dia bodo sma dh terdedh identiti sendiri pun rmai org dh thu ...sendiri mau ingtlh,nk buat untunglh konon...

Tanpa Nama berkata...

org otak lembu mcm tu ler,,,kau orang ingat buat perangai hodoh mcm tu selesai masalah,mcm lah orang lain tak boleh buat utk korang,nanti kami pegi cat merah depan rumah korang pulak mau?

Tanpa Nama berkata...

Cara org berilmu/bertamaddun dg sebaliknya mmg beza, wlu org berilmu/tamaddun pakai motor, yg sebaliknya pakai porche ke.
Ape nak buat, selagi kat duania, ni mmg ade puak2 ni buat onak. Menceriakan lagi suasana, kahkahkah..

Klu tak keluar mngenai dia n, kita tak tau dia ni kaya raya. Kayanya dia, kayanya dia, kayanya dia.

Tanpa Nama berkata...

Dato' ni silap langkah. Konon dengan gelaran dato' boleh buat kejutan. Memang dia buat kejutan - "dato dungu mentaliti purba". Kemaluan yang amat memalukan. Dia mengaibkan dirinya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

HA HA HA...
DATUK GOYANG GERUDI DAH KANTOI MANTOI...
"DATUK" BELI RUPANYA...
PUAK2 BENGONG YG LAIN2 BILA NAK SEDAR...
BERNIAGA TAKDER PERMIT...
JUALAN TAK LAKU, SALAHKAN AMBIGA...
BAIK BERNIAGA JUAL KEPALA LEMBU...