6 Mei 2012

Sepatutnya Fatwa Itu Berbunyi: "Haram Hukumnya Mencetuskan Huru-Hara Dalam Demo"

Demo cetus huru-hara haram, kata j'kuasa fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.


"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.

Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya. - Bernama

Ulasan GB

DASAR pertama yang ditetapkan Islam, ialah: bahawa asal sesuatu yang dicipta Allah adalah halal dan mubah. Tidak ada satupun yang haram, kecuali kerana ada nas yang sah dan tegas dari syari' (yang berwenang membuat hukum itu sendiri, iaitu Allah dan Rasul) yang mengharamkannya. Kalau tidak ada nas yang sah --misalnya kerana ada sebahagian Hadis lemah-- atau tidak ada nas yang tegas (sharih) yang menunjukkan haram, maka hal tersebut tetap sebagaimana asalnya, iaitu mubah.

Sepatutnya fatwa itu berbunyi, haram bagi sesiapa "mencetuskan huru-hara dalam demo", bukannya "demo cetus huru-hara haram".

Kerana, tiada siapa tahu demo yang mana bakal ada huru-hara, demo yang mana tiada huru-hara.

Sama seperti demo BERSIH tempohari. Demo tersebut telah berlansung aman sehingga ada pihak yang telah sengaja mencetuskan huru-hara di saat demo hampir berakhir.

Jadi bagaimana hendak menghukumkan demo itu haram sedangkan "huru-hara" itu sengaja diada-adakan oleh pihak tertentu untuk memburukkannya?

Kalau begitulah fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, maka demo untuk memperingati UMNO pada 11 Mei nanti juga adalah haram kerana ia mungkin saja boleh mencetuskan huru-hara?

Kita berharap Majlis Fatwa Kebangsaan bertindak adil dan saksama, fatwa yang hendak dikeluarkan perlulah bersandar kepada ilmu bukan bersandar kepada UMNO.

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin-seorang lagi mahluk yg jaga perut dan keluarkan fatwa ikut UMNO bukan ikut islam.

Tanpa Nama berkata...

Kesian kat prof.emeritus nie pertuturannya tak disiar.Lain yang dia kata,lain pulak yang disiarkan.Jika Ulamak Kasyap berdoalah supaya mereka yang menuturkan fakta salah tu herot mulutnya.Jangan dipergunakan demi keselesaan dunia yang semakin,kita nak kena tinggal.Rambut pun dah berubah warna,cakap pun terketar-ketar.Insyallah mati pasti datang.

Tanpa Nama berkata...

Islam itu tertegak dengan hujjah,
saya sokong hujjah GB.

Tanpa Nama berkata...

Majlis Fatwa patut keluarkan fatwa mengenai haram tak tutup aurat! Rambut wanita bukan aurat? Mampuih puak ni tak berani sebab bini PM pun dedah rambut. Sah puak-puak dalam majlis tu takut tak boleh isi tembolok!

survey malaysia berkata...

http://msiaelection.blogspot.com/

SURVEY POLITIK SEMASA

ieqaz_hashim berkata...

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Agak2 pemerintah kita bermoral tinggi ke? patuh ajaran agama berpengetahuan serta amanah?

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya Muzakarah ini sebut cirix pemimpin ikut tersurat dalam AlQuran sahaja jangan buat ayat sendiri. Berkaitan demonstrasi ni dalam islam dah lama berlaku semenjak zaman sahabat dahulu termasuk alim ulamak dahulu. Jadi majlis fatwa ni telah juga mengharamkan mereka dahulu. Kalau nak fatwa berilah butiran lengkap kat kami semua seperti nasx yang diperakui oleh mu'tabar

Tanpa Nama berkata...

taatilah pemimpin dikalangan kamu se
lagi mereka taat ALLAH DN RASUL.Knapa
tidak berani keluarkn fatwa..HARAMMM MENYOKONG PEMIMPIN YG BERDOLAK DALIK
AKAN HUKUM ALLAH...aluran perlu dsmak
semula tidak sesuai krna msyrakat mjmuk..hudud boleh dibuat supaya sup tangan boleh dimakan dklantan.mana fatwa PM ajak beramai-ramai berarak d
kuil krna THAIPUSAM/WESAK.membunuh umat ISLAM DI MEMALI.MENYERANG ORANG YG X BERSENJATA,ARAK JUDI PELACUR JD SUMBER EKONOMI NEGARA...

Tanpa Nama berkata...

Kesian tengok prof ni.Takut sangat kalau tembolok tak berisi. Ingatlah, perut2 kita kesudahannya penuh dengan tanah; pemimpin yang zalim yang kita beriya2 sokong di dunia ni tak dapat tolong kita di akhirat nanti.Silap2 sama2 diterajang ke neraka Hamiah.Insaflah.Lebih2 lagi bagi kita yang kubur kata mari, rumah kata pergi.

Tanpa Nama berkata...

Majlis membaca skrip yang telah disediakan khas bagi memenuhi nafsu serakah penguasa. Nasib malang sungguh 1Malaysia mempunyai barisan tok2 Ufti yang digajikan untuk angguk2. Duit ma. Nak tanya tok ufti yang bernama Noh Gadut.amacam setuju tak?

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman ada 3 perkara yg pasti berlaku:
1. Islam tinggal pada nama seseorang sahaja.
2. Masjid besar dan cantik tetapi kosong dan lengang.
3. Makhluk paling hina bawah langit adalah ulama yang jahat. Ini lebih hina dari khinzir sbb kebanyakan kita merasa jijik dgn khinzir.

Jadi muhasabah lah golongan ulama ini.....

Asmah berkata...

Jika di teliti dgn baik, perhimpunan 28/4 tidak melanggar fatwa itu, ..
1) Tujuan BERSIH bukan utk jatuh kerajaan hanya bantah penipuan dlm pilihanraya
2) Peserta BERSIH tidak berusaha utk mendatangkan kemudaratan, resahan dan rusuhan apa lagi merosak hartabenda awam dan ancam nyawa (rasanya tak ada bukti kearah itu)
3) Umat Islam yg menyertai BERSIH tidak bergerak,sokong atau kempen LGBT dan tidak menyanjung pemimpin gitu..Nauzubillah..bukan itu tujuan mereka menyertai BERSIH
Soalan nya, saluran2 lain sudah di tutup oleh pihak berkuasa dan tidak mungkin ada keamanan dlm negara di mana jentera2 keamanan seperti polis & FRU menjadi samseng membantai org awam dan kerajaan merestui nya

Tanpa Nama berkata...

Apa agaknya kelayakan utk menjadi ahli majlis fatwa ni yer??? kalau mcm ni mesti terlalu rami yg layak...

Tanpa Nama berkata...

Menjadi pemimpin dengan cara menipu dalam pilihan raya apa pula hukumnya?

Pendapatan dan kemudahan yang diterima dengan cara menipu apa hukumnya?

Penyokong dan pekerja yang bersubahat dalam kerja menipu dalam pilihan raya apa hukumnya?

Pohon dikeluarkan fatwa supaya adil dan tidak kelirukan orang ramai (pengundi)

tanda soal berkata...

negara kita ni memang banyak setan bisu buat fatwa.. tapi tidak pula pada kasino genting, kilang arak, penipuan SPR & banyak lagi...

Tanpa Nama berkata...

Memukul rakyat sesama Islam dengan cara yg kasar, ganas dan memukul secara beramai2 xnk ke Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin & Jawatankuasa keluarkan fatwa??

Tanpa Nama berkata...

inilah ulamak sekular yg pernah menuntut ilmu islam hadhari bila ia mengeluar fatwa memanglah bercanggah dengan kehendak islam yg dibawa oleh rasulullah swt.

Tanpa Nama berkata...

Sah Prof tembolok ni dah jadi pelakon di mana Najib dan Rosmah adalah Produser dan Pengarahnya adalah Datuk T. Hebat-hebat. Malaysia akan dipenuhi oleh para pengisi tembolok.

Tanpa Nama berkata...

"...apabila sesuatu urusan itu diletakkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran(kiamat)"...
aku kenal lama dah dengan dia ni, dulu dia pensyarah aku

Tanpa Nama berkata...

tak haramkah kalau buat fatwa fitnah???

Penuntut Ilmu berkata...

Dengan Nama Allah yang Pengasih dan Penyayang

Sangat memalukan ummat Islam di Malaysia apabila Majlis Fatwa Kebangsaan (yang beerti sekumpulan (Jemaah) Ulama berhimpun untuk mengeluarkan fatwa) tetapi fatwa yang dikeluarkan di tertawakan oleh orang awam lebih ditertawakan lagi oleh orang yang berilmu.
Apa tidaknya! Apakah apabila perkara mungkar dibuat secara terang-terangan mesti ditegah dengan tangan kalau tak mampu hendaklah tegah dengan lidah dan kalau masih belum mampu benci dengan hati.
Inilah fatwa yang keluar dari mereka yang mungkin keluar kerana kepentingan golongan yang tertentu yang sedang nazak(BN)MEREKA MENCARI ULAMAK DISAAT MEREKA TERSEPIT.
Takutlah ALLAH dengan fatwa yang sangat memalukan ini.
Ingatlah Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Takutilah doa orang yang dizalimi kerana tiada hijab antaranya dengan ALLAH.
Fatwa ini cuba membela orang yang melakukan kezaliman dan kemungkaran,sedangkan jutaan rakyat di zalimi dengan akta dan peraturan yang tidak adil tidak dibela,harta rakyat yang dibazirkan tidak dibela,hak hak rakyat tidak dibela , dan banyak lagi ....... Kezaliman yang terbesar ialah mempersenda hak hak ALLAH dan mungkar yang terbesar selepas syirik kepada ALLAH IALAH MEREKA ADALAH PENGANJUR KEMUNGKARAN.