MB tetap ‘tiada komen’, sokong Azmin saman Utusan
SUBANG JAYA – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap berkeras enggan mengulas berhubung isu pendedahan imej lucah yang didakwa mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Beliau juga tetap memberi jawapan sama dengan sekadar berkata ‘tiada komen’ ketika diminta mengulas mengenai kekesalan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang kecewa dengan jawapannya yang seolah-olah lepas tangan dalam isu pendedahan imej lucah tersebut.
Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan tindakan Azmin mahu menyaman Utusan Malaysia RM100 juta kerana menyiarkan laporan klip video seks yang menggambarkan kononnya si lelaki adalah beliau.
“Hari ini adalah Hari Wesak. Kenyataan pertama saya, saya setuju tindakan saudara Azmin mahu saman (saman Utusan Malaysia RM100 juta).
“Saya tiada komen lagi,” katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek pembinaan jejantas pejalan kaki pada sambutan Hari Wesak yang turut diadakan di sini, hari ini.
Kelmarin, Zuraida menganggap kenyataan ‘no comment’ apabila ditanya pemberita berhubung isu tersebut mengecewakan di mana kenyataan itu memberi ruang kepada tafsiran negatif masyarakat terhadap Azmin.
Abdul Khalid memberi jawapan yang dilihat sebagai lepas tangan itu selepas mesyuarat mingguan exco di Bangunan SUK, Rabu lalu selepas imej lucah seiras Azmin bersama seorang wanita yang tersebar luas di laman blog. -SH
Ulasan GB
"No komen" dari MB Selangor sebenarnya berarti "NTBL" - No Time Bo Layan", Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melayan isu fitnah bodoh pihak tertentu terhadap Azmin. Adalah satu kerja bahalol untuk melayan isu yang cuba memburuk-buruk pemimpin PR sedangkan ia jelas satu fitnah yang nyata.
Tetapi kumpulan tertentu membuat tuduhan kononnya gambar-gambar aksi lucah Azmin yang disebarkan itu dilakukan oleh Tan Sri Khalid untuk jatuhkan Azmin. Satu tuduhan mengarut yang sebenarnya cuba memfitnah orang lain selepas memfitnah Azmin. Fitnah di atas fitnah.
Di mana "nyata"nya fitnah itu?
Oral seks dilakukan dalam tandas - hanya makhluk bebal dan jahat yang percayanya - CCTV dipasang di dalam tandas.
Ia sebenarnya dilakukan oleh para konspirator yang sememangnya mungkin sudah biasa "melakukan aksi berkenaan" dan kemudian cuba untuk memfitnah orang lain.
GB sebenarnya tak heran pun dengan fitnah gambar-gambar lucah yang disebarkan itu kerana GB amat yakin dengan janji Allah swt bahawa pemfitnah itu tetap akan menerima kebinasaan akhirnya:
Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
Kebenaran akan tetap terdedah. Yakinlah.
Kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

MB Selangor Sokong Azmin Saman Utusan RM100 Juta
SUBANG JAYA, 5 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyokong usaha Azmin Ali dalam tindakan Timbalan Presiden PKR itu untuk menyaman Utusan Malaysia berhubung laporan yang mengfitnahkannya pada 2 Mei lepas.
“Saya setuju dengan tindakan saudara Azmin,” jawab Abdul Khalid dalam sidang media ketika diajukan soalan oleh pemberita selepas perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Jejantas Pejalan Kaki di sini.
Sebelum ini, Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim Suren & Soh telah mengeluarkan surat tuntutan RM100 juta kepada pemilik akhbar tersebut, Utusan Melayu Berhad serta editornya dan menuntut penarikan balik tuduhan dan permohonan maaf secara terbuka.
Akhbar milik Umno-BN itu telah menyiarkan beberapa gambar pada muka depannya pada 2 Mei dalam usaha memfitnah Azmin.
PKR Selangor juga sebulat suara menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Azmin dan menolak fitnah jahat yang dilemparkan Umno-BN.
Sokongan itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama antara Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafie dan Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Selangor, Zuraida Kamaruddin. -selangorku
Ulasan GB
"No komen" dari MB Selangor sebenarnya berarti "NTBL" - No Time Bo Layan", Tan Sri Khalid Ibrahim tidak mahu melayan isu fitnah bodoh pihak tertentu terhadap Azmin. Adalah satu kerja bahalol untuk melayan isu yang cuba memburuk-buruk pemimpin PR sedangkan ia jelas satu fitnah yang nyata.
Tetapi kumpulan tertentu membuat tuduhan kononnya gambar-gambar aksi lucah Azmin yang disebarkan itu dilakukan oleh Tan Sri Khalid untuk jatuhkan Azmin. Satu tuduhan mengarut yang sebenarnya cuba memfitnah orang lain selepas memfitnah Azmin. Fitnah di atas fitnah.
Di mana "nyata"nya fitnah itu?
Oral seks dilakukan dalam tandas - hanya makhluk bebal dan jahat yang percayanya - CCTV dipasang di dalam tandas.
Ia sebenarnya dilakukan oleh para konspirator yang sememangnya mungkin sudah biasa "melakukan aksi berkenaan" dan kemudian cuba untuk memfitnah orang lain.
GB sebenarnya tak heran pun dengan fitnah gambar-gambar lucah yang disebarkan itu kerana GB amat yakin dengan janji Allah swt bahawa pemfitnah itu tetap akan menerima kebinasaan akhirnya:
Allah sudah berfirman:
Sambil bersikap sombong di bumi dan berusaha merancangkan rencana jahat, dan tidak ditimpakan dengan rancangan yang jahat itu melainkan orang yang merencanakannya sendiri. Maka tiada yang mereka tunggu melainkan seperti berlakunya kebinasaan ke atas orang yang telah lalu. Kerana engkau tidak akan mendapati perubahan bagi sunnatullah, dan engkau tidak akan mendapati Sunnatullah itu menyimpang. [Fatir: 43]
Kebenaran akan tetap terdedah. Yakinlah.
Kita akan terus berdoa!
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
9 ulasan:
Salam Tuan,
Bukan hanya ustaz yang cakap.
Dunia kedoktoren juga kata, apabila seseorang itu sudah dekat ajalnya :
1. Cakap tidak macam biasa
2. Cakap merapu
3. Otak tidak berfungsi tepat
4. Permintaan pbenda yang pelik-pelik
5. Organ semacam tidak berinterkasi antara satu sama lain
dll.
Maka kita lihat apa rupa UMNO sekarang :
1. Presiden UMNO bila mula start ceramah (macam di Kelantan tempoh hari), ha .. sudah merepek, Cakap bukan macam PM, tapi macam Ketua Gangster yang rasa dirinya terancam. Takut menggila.
2. Pimpinan UMNO tidak stabil. Kementerian yang wanita sepatutnya pegang, dipegang oleh suara garau.
3. Apa saja kes rasuah berbilion, UMNO tidak terasa sakitnya, bahkan semakin seronok.
4. Bawah UMNO, polis yang sepatutnya jaga rakyat, pukul rakyat pula, macam gerombolan singa meratah seekor kijang.
5. UMNO sudah pekak tua, bincang suara rakyat di parlimen, telinga mereka bertebat, macam orang tua "eehh..ehhh..ngeehhh" habis pekak, marahkan orang lain pulak.
6. Maka ini bermakna UMNO BN, sudah dalam keadaan Na'Zak.
TS Khalid memang bijak......sifat org yg berlapang dada dan berbaik sangka terhadap rakan seperjuangan terserlah dengan tindakan TS Khalid menyokong saudara Azmin menyaman utusek meloya RM100 juta. Tak payahlah nak komen apa-apa macam biawak bodoh gila meroyan. Membazir peluru aje.......Syabas TS Khalid!!
Saya setuju dgn Khalid... Tak perlu buang masa dalam isu fitnah dan perbuatan jahat yang tak berkesudahan oleh UMNO/BN..Percaya lah , selepas ini banyak lagi perkara seumpama akan dikeluarkan oleh pihak yang tak bermaruah yang menandakan mereka dalam keadaan terdesak...! Mereka gemarkan politik LUCAH untuk memalukan pihak lawan..tak gentleman langsung..!
SOKONG MB SELANGOR 110% ! JANGAN DOK LAYAN ISU HAPRAK TANPA MARUAH SEBAB ITULAH YANG DAJJAL-DAJJAL PEMFITNAH MAHU,JIKA LAYAN MAKA TERMASUKLAH PERANGKAP MEREKA NANTI BANYAKLAH KERJA LAIN TIDAK DAPAT DIJALANKAN,MB KHALID MEMANG OTAK BERGELIGA, JADI PADA SANG MANGKUK-MANGKUK YANG NAK LAYAN SOALAN-SOALAN BUANG MASA SILAKAN TAPI PERLU BUKA MINDA APA MAKNA MB KHALID SOKONG AZMIN SAMAN UTUSAN MELOYA? PADA YANG TAK FAHAM KELABU ASAP ITU MAKNANYA MB SELANOR SOKONG KUAT AZMIN BUKAN LEPAS TANGAN ATAU ANGIN LA ;) ITU PERLU FAHAM ,SUKA KOMEN ANOM 9:03 AM & 9:29 AM ! TERBAIK SYABAS ;)
Ini Cerita BENAR . Bila sebut UMNO ingat FITNAH SEK , bila ingat aje UMNO teringat FITNAH LIWAT , tak habis2 seks ,liwat dan pemfitnah. JADI UMNO(BARU) ni mungkin hidup seronok dan sangat keji dengan UMNO(BARU)=SEKS=LIWAT=PEMFITNAH dulu kini dan selamanya.
memang patut tskhalid kata
"no komen".
buat apa layan benda bedaah tu.
lagi layan lagi mengarut.
buat tak tau aje.
akhirnya mereka mati kutu.
lantaklah tskhalid taknak komen.
itukan hak dia.
kalau komen, nanti ada
yang putar-belitkan.
zuraidah pun satu.
nak ikut rentak malaon tu
apa pasal.
nanti lu kena macam azmin
baru tau.
Zuraida macam tak faham-faham lagi permainan politik UMNO/BN. Jangan dilayan macam TS Khalid buat.
siapa lagi yang akan memenuhi neraka kalau tidak golongan seperti ini
harap jgnlah puak PKR berkelahi dlm melayani fitnah UMNO/BN nie.....sbb itu yg dingini oleh mereka supaya antara kita bergaduh.....kita buat muka nohen jer...mcm mereka memekak badakkan aper2 tuntutan kiter.....harap masalah selesai sudah......
Catat Ulasan