1 Mei 2012

Polis Wanita Menyamar Peserta BERSIH Pengsan Terhidu Gas, Apa Kataku?

Polis kantoi lagi: Polis Wanita Berbaju BERSIH ini Pengsan Terhidu Gas

Polis wanita ini menyamar dengan memakai baju BERSIH 3.0 pengsan setelah terhidu gas pemedih mata. Baguslah...dapat juga dia merasai betapa 'nyamannya' terkena gas tersebut.

Polis ini adalah antara mereka yang ditugaskan untuk menyamar sebagai demostran untuk mencuri maklumat, melakukan provokasi, dan menangkap demostran.

Kesian mereka ini. Mereka melakukan tugas demi memenuhi kehendak bos atasan untuk membelasah rakyat. Berbanggakah mereka dengan kerja sebegitu? Sepatutnya mereka menjaga keselamatan rakyat bukan 'menibai' rakyat...

Fikir-fikirkan...

-tuk kiyai

Ulasan GB

Jika benar polis wanita itu menyamar, bererti Allah masih menyayanginya, lalu "dipengsankannya" supaya dia tidak terus menerus melakukan kerja-kerja jahatnya.

Ada diantara yang jika Allah tidak sayangkan seseorang hambaNya, dibiarkan terus melakukan kerja-kerja jahat, kemudian sekonyong-konyong nanti Allah menurunkan siksaanNya atau mengambil nyawanya tanpa dia sempat bertaubat. Kan lebih dasyat jika begitu?

Terutama para provokator tuh... (geram betul GB dengan mereka nih... lansung tidak menggambarkan kerja orang beriman... tak mengapa, mereka akan tetap merasainya... kita serahkan kepada Dia, cara bagaimana dan bila pengajaranNya kepada mereka. Bukankah Allah sebaik-baik Perencana dan sebaik-baik Hakim? )


Sekumpulan anggota polis turut merasai pancutan gas pemedih mata semasa perhimpunan Bersih 3.0.


13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang polis lelaki berdiri pijak gambar najis apsal?
Tak hormat lansung pada orang yg beri dia makan.
FLOM kata jangan gigit tangan orang yg beri dia makan.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kpd polis yang menyamar tu, alhamdulillah sesungguhnya ALLAH masih sayang kpd nya . Lepas ni , bolehlah beritahu suami , anak2 dan keturunan bahawa betapa pedih dan terseksanya gas pemedih mata tu, yang mana selama ni digunakan kpd rakyat biasa yang mewakili seluruh rakyat malaysia yang mahukan pemerintah, sesuai dengan tuntutan BERSIH 8 perkara tu.

Amuraria berkata...

PDRM MENGAJAR RAKYAT YANG AKAN BERDEMO MASA AKAN DATANG SUPAYA BERSIAPSEDIA UNTUK PERTAHAN DIRI DARI KENA ANIAYA DENGAN KELENGKAPAN SEPERTI PERISAI,GAS-MASK,HELMET DAN APASAJA UNTUK ELAK DIRI DARI DIZALIMI ! JIKA TERPAKSA BAWA SEKALI SETIAP ORANG SATU COTAR ! APAMACAM ? RASA-RASA JIKA SEMUA PENDEMO BAWA SEMUA KELENGKAPAN BERANI TAK SANG PENYERBU KEPALA MERAH TU ? HAHAHA BOLEH DIBAYANGKAN BAGAIMANA PULA MEREKA !

ANAK JAWA berkata...

ITU LAH GARA-GARA tempat orgramai duduk berkumpul disekat/halang, bodoh nya Datuk Bandar benda yg senang dia yg buat harami kalu tak unit amal pun bolih mengedalikan,tak payah polis sibuk sibuk

Osama berkata...

cian sunguh org Melayu.
yg berdemo BERSIH org Melayu.
yg tembak gas polis Melayu.
yg kaki provok SB Melayu,
yg naik hangin bngsa Melayu.
yg nulis blok org Melayu.
yg pengulas goblok pun Melayu.
yg dikutok org Melayu,
yg mengutok juga Melayu.
Mentri2 kabinet Melayu.
Exco2 pun ramai Melayu.
Ketua2 ajensi org Melayu.
Ketua2 kg pun Melayu.

Sultan2 Melayu.
Raja2 mesti Melayu.
Agong x sah jika bukan Melayu.

54 thn merdekanya Tanah Melayu.
Bercako sokmo Melayu dgn Melayu.

Apa jdi Melayu.
Melayu yg semakin layu.
sapa pimpin Melayu.
UMNO parti Melayu.

UMNO sedar tak?
Melayu berontak?
UMNO dengar tapi c pekak badak.
Acuan UMNO Umat Melayu Naif Otak.
Baik monyetnya dri katak.

Osama berkata...

cian sunguh org Melayu.
yg berdemo BERSIH org Melayu.
yg tembak gas polis Melayu.
yg kaki provok SB Melayu,
yg naik hangin bngsa Melayu.
yg nulis blok org Melayu.
yg pengulas goblok pun Melayu.
yg dikutok org Melayu,
yg mengutok juga Melayu.
Mentri2 kabinet Melayu.
Exco2 pun ramai Melayu.
Ketua2 ajensi org Melayu.
Ketua2 kg pun Melayu.

Sultan2 Melayu.
Raja2 mesti Melayu.
Agong x sah jika bukan Melayu.

54 thn merdekanya Tanah Melayu.
Bercako sokmo Melayu dgn Melayu.

Apa jdi Melayu.
Melayu yg semakin layu.
sapa pimpin Melayu.
UMNO parti Melayu.

UMNO sedar tak?
Melayu berontak?
UMNO dengar tapi c pekak badak.
Acuan UMNO Umat Melayu Naif Otak.
Baik monyetnya dri katak.

Tanpa Nama berkata...

Sebelum 28hb April, 2012 lagi pihak polis telah mencetuskan provokasi pada peserta.

Masa 28hb April,2012 polis menambahkan lagi provikasi dgn menyusahkan peserta dgn membuat halangan-halangan.

Semasa peserta berhimpun, pihak polis telah menyembur gas pemedih mata dan mengejar malah memukul para peserta-peserta.

Perkara2 inilah yg menyebabkan kemarahan peserta ditambah lagi dgn sikap anggota2 polis yg membelsah peserta.

Apakah pihak polis tidak belajar dari kesilapan2 yang lalu? Kenapakah pihak polis dari awal tidak menunjukkan sikap peramah, mesra peserta sepertimana yg telah dilakukan semasa menunggu keputusan mahkamah mengenai DSAI itu hari? Kenapakah mesti berandaian akan berlaku kekecohan sedangkan itu adalah itu hanyalah persepsi sahaja? Kenapakan sanggup bersangka buruk pada peserta?

Kami rasa, sekiranya dari awal pihak polis membenarkan, memberi kerjasama dan menyambut dgn muka manis, tidak mungkin perkara ini berlaku. Sudah pasti peserta dgn senang hati akan bekerja sama dgn polis menjaga suasana.

Kenapakah pihak polis dari dulu sehingga sekarang bersikap bermusuhan pada peserta2 yg ingin menunjukkan rasa tidak puas hati pada kemungkaran yang berlaku? Kami bukan menuntut perkara2 yang bolah merosakkan negara?

Kami rasa selagi mana pihak polis bersikap memusuhi peserta selagi itulah rakyat makin banyak membenci kerajaan. Dan secara tidak langsung pihak polis juga akan dihina. Apakah ini yang dimahukan oleh pihak kerajaan dan polis?

Sepatutnya KPN lebih cerdik dan matang dan belajar dpd peristiwa2 yang lepas.

Tanpa Nama berkata...

Hancor!!UMNO...

Tanpa Nama berkata...

Naif nya PM. Kalau aku PM la, org nak berdemo aku kasi aje, sebulan, setahun... sepuluh tahun... lama-lama letih dan lapar la para pendemo tu. Dah letih dan lapar balik la diorang.

Lain la pendemo baju merah kat siam tu, ada sponsor kaya si Thaksin tu kasi makan minum.

Warga Klia berkata...

molek jugak dio nyamor nya...pakai baju bersih pulak tu,kiro bertambah ramai lah ore2 bersih!!raso jugak lah asap bersih.....

Tanpa Nama berkata...

kesian ko polis!!!

Tanpa Nama berkata...

Jgnlah memfitnah, kerana fitnah itu lebih buruk dari membunuh - Al-Baqarah 191

wanita tu bukan polis ttp peserta bersih
http://3.bp.blogspot.com/-9mVQOmE5czY/T6H6eSBvbHI/AAAAAAAAEnE/CdYq4q1XZN8/s1600/kantoi+bersih.JPG

Unknown berkata...

Wahai anon 1:14

GB sudah memulakan ulasan GB dengan

"Jika benar polis wanita itu menyamar, bererti Allah masih menyayanginya, lalu "dipengsankannya" supaya dia tidak terus menerus melakukan kerja-kerja jahatnya."

Oleh itu tidak timbul soal fitnah lagi.