Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendakwa 'amukan' pihak polis terhadap peserta Bersih 3.0 Sabtu lalu berpunca daripada khabar angin kononnya seorang anggota mereka meninggal dunia dipukul peserta.
Menurut Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegu Bard, beliau adalah salah seorang mangsa amukan itu yang didakwa dipukul lebih 50 anggota polis lewat petang Sabtu lalu.
Katanya, ketika beliau dipukul bertalu-talu, polis yang memukulnya itu mendakwa ada anggota polis meninggal dunia dipukul peserta Bersih 3.0.
"Antara yang mereka kata ada anggota polis mati kena pukul oleh demonstran.
Polis termakan hasutan ini sehingga bertindak di luar kewarasan," katanya kepada Harakahdaily.
Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.
Dalam laporan itu, Chegu Bard mendakwa dipukul ketika berada di kawasan Jalan Masjid India kira-kira jam 7 petang.
Ketika itu, beliau dan seorang lagi rakannya Sany sedang melihat anggota polis merosakkan dan menterbalikkan meja gerai peniaga yang ditutup di situ.
Tiba-tiba katanya, 10 anggota polis meluru ke arah mereka berdua dan terus memukul mereka tanpa bertanya apa-apa.
"Saya dipukul beberapa kali, kemudian diheret ke Jalan TAR dan dipukul lagi oleh anggota polis yang pakai uniform tapi tiada nombor polis atau tanda nama," katanya.
"Kemudian saya dibawa ke tempat kepungan di Dataran Merdeka dan di situ lebih teruk saya kena pukul. Saya muntah, telinga berdarah, hidung berdarah sampai saya tak larat dah.
"Kemudian datang dua orang pegang dan dirikan saya. Seorang anggota polis datang terus flying kick dada saya," tambahnya lagi.
Menurutnya juga, kepalanya turut berdarah dipercayai dipukul menggunakan objek keras.
Dalam keadaan separa sedar itu juga ujarnya, beliau dapat merasakan poketnya diseluk dan hanya menyedari duitnya lebih RM200 hilang ketika dibawa naik ke atas trak.
"Saya merayu, saya mintak maaf, tapi saya seperti bercakap kepada orang yang langsung tidak ada pertimbangan.
"Saya ingin bagitahu kepada anggota polis, kami bukan memusuhi kamu. Kamu juga adalah mangsa kepada keadaan ketakutan Umno BN," katanya. -HD

5 ulasan:
bukan ke polis yg meninggal tu xde kene mengena ngn BERSIH??
Klau betul pun, xyah duk tiru siter tamil laa..nk balas2 dendam pulak...adui
Perangai polis biase le jika aktiviti kearah jahat dan maksiat biasanya mereka akan bersatu padu tapi ajak pi ziarah dan solat jenazah rakan yang mati tu haram tak nak.
Dalam menjalankan tugas sebagai seorang polis mereka sering tertekan dalam dua keadaan . Kadang-kadang dipuji dan kadang-kadang dicaci....dan seingat Pakcu setiap demo yang berlaku inilah "point panas' masa untuk mencaci polis...jadi anda layakkah menjadi pencaci sekiranya anda berada dipihak polis....walahualam
Saya yakin polis telah dilatih untuk berhadapan dengan provokasi. Kalau setakat kena caci dan maki dan bertindak macam orang hilang akal, profesionalkah mereka ni.
Kalau betul mereka bersalah tangkap dan dakwalah mereka. Kenapa perlu dipukul. Kalau Pakcu tengah duduk kat tepi jalan, tiba - tiba ada orang datang pukul camna rasa.
Saya amat berterima kasih kerana polis telah menjaga keamanan tetapi saya tak boleh terima polis yang memukul orang tanpa sebab.
Mungkin pukul orang sesukahati ini ada dalam SOP polis. Yang ini kena tanya Hishamuddin.
BUDAKBOY
Pakcu Rantau panjang. Aku ramai kawan dalam Polis. pegawai dan rank and file. Senior aku masa sekolah pun sekarang ni berpangkat SAC (dato). Kawan sembang aku sekarang pun mantan pegawai polis.
Apa yg aku nak bagitau ialah, POLIS mempunyai SOP dan ROE. Kalau polis dihalang menjalankan tugas, Penal Code menunggu.
So, Chegu bard, saman je CPO KL, KON, menteri KDN. tak der name tag satu kesalahan lagi tu. Boleh buat ID PARADE. kalau hang tak jumpa orang tendang hang masa ID PARADE, saman OCPD berkenaan.
Catat Ulasan