1 Mei 2012

[Bergambar] PAS Serah Memo Desak Pengerusi & Timb Pengerusi SPR Letak Jawatan

Putrajaya 30.4.2012 : Bertempat di Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya semalam berlangsung majlis penyerahan Memorundum oleh PAS Pusat bersama PAS Selangor yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu, Ketua dan Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat serta Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Selangor bersama ahli jawatankuasa mendesak Pengerusi SPR meletak jawatan atas isu-isu yang dibangkitkan kebelakangan ini.



Mat Sabu: 1 juta untuk BERSIH 4.0 jika tiada reformasi p'raya

Jika BERSIH menganjurkan perhimpunan lagi untuk mendesak reformasi sistem pilihan raya, satu juta rakyat Malaysia akan turun beramai-ramai untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil, dakwa Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau percaya jika BERSIH 4.0 diadakan, kehadiran rakyat akan memecah paras satu juta untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau bagaimanapun berkata terpulang kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan sama ada perhimpunan akan diadakan lagi, sambil menambah PAS akan menyokongnya.

Namun, beliau menekankan bagaimana perhimpunan BERSIH 3.0 dengan jelas menunjukkan hasrat rakyat untuk reformasi, dengan mendakwa mungkin seramai 400,000 rakyat telah menghadirinya.

Beliau juga mengutuk kekejaman polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, sambil berkata ia "lebih kejam daripada polis Israel terhadap rakyat Palestin".

Beliau berada di ibupejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersama
kumpulan pemandu mobilisasi demokrasi PAS hari ini untuk menyampaikan memorandum yang telah diterima oleh seorang pegawai perhubungan awam suruhanjaya itu.

Memorandum itu menuntut akses media yang adil bagi pembangkang dan peletakan jawatan serta-merta Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, yang didedahkan Jumaat lalu oleh PKR menjadi ahli Umno.

-mk


Polis ganas: Transformasi Najib paling 'berjaya'

PUTRAJAYA, 30 April: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan transformasi yang paling 'berjaya' dalam transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah menjadikan imej polis dari ganas menjadi lebih ganas.

Malah beliau turut 'berbangga' menjadi rakyat Malaysia di bawah Najib kerana mempunyai anggota polis yang bertambah ganas dari tentera Israel.

"Bagi saya apa yang berlaku pada 28 April lepas merupakan transformasi yang paling berjaya di bawah pemerintahan Najib yang telah mengubah imej polis dari ganas menjadi lebih ganas," jelasnya kepada media di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, beliau telah lama mengikuti himpunan namun himpunan kali ini merupakan satu himpunan paling ganas.

"Sudah 30 tahun saya mengikuti himpunan aman tapi apa yang berlaku Sabtu lepas merupakan paling ganas, saya ulangi kejayaan Najib paling berjaya.

"Lebih ganas dari Israel bila berdepan rakyat Palestin tapi itu berlainan bangsa tetapi polis Malaysia satu kaum dan bangsa mereka boleh bertindak sedemikian," sambungnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff menyatakan kekesalan apabila pihak polis bertindak tanpa belas kasihan.

"Kita melihat kaum wanita dan kanak-kanak juga turut dipukul malah ada juga yang dipijak oleh polis.

"Ini adalah satu keganasan yang teruk dilakukan oleh polis, malah mereka bertindak di luar perikemanusiaan mereka," katanya yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat.

Siti Zailah juga turut mendesak agar satu Suruhanjaya Khas dibentuk bagi menyiasat keganasan tersebut dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya
. -HD


















-drsitimariah

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya puji keberanian mat sabu kerana mengikut kehendak RAKYAT, ketegasan beliau dalam politik PAS telah menarik perhatian saya sebagai ahli UMNO untuk menolak pemimpin tertinggi UMNO kerana tamak dan menipu ahli UMNO bawahan yang di anggap sebagai BARUA BODOH.

Tanpa Nama berkata...

Bersih 4.0... Hurrmmmm.. Harap jangan di politikkan, 3.0 baru habis, badan tgh sakit nih kena bantai tu hari.. kali ni mintak Agong campur tangan.. takkan nak biarkan Malaysia nih penuh ngan bangla ber IC malaysia..

demambersih

Tanpa Nama berkata...

Kalau buat bersih 4, biarlah lama sikit 3, 4 hari atau seminggu ka... baru amek perhatian kot.... nak nak tembak gas pun....biar sampai habis peluru.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kita buat sampai habis peluru gas pemedih mata ...

Tanpa Nama berkata...

kena alert dengan suspek yang menyelinap masuk dalam perhimpunan bagi mencetuskan provokasi..... jika dapat dikesan unit amal patut tangkap dan gari mereka dan ambil gambar mereka untuk bahan bukti.

Tanpa Nama berkata...

Aku memang salute dgn peserta2 bersih. . .itulah perjuangan sebenar. . .kesakitan memang mesti dihadapi. . .Aku doakan Allah sentiasa bersama kamu semua. . .disebabkan terlalu comfort zonelah manusia2 sebegitu seronok nak ambik duit rakyat. . bygkan anak2 mereka masih study dpt pandu porche. . .ferrari. . .aku berbelas tahun berkerja masih pandu kelisa. . .bg aku duit tak byk. . .tp keberkatan hidup menyebabkn aku rasa aku kaya.(aku tk kaya dr sg wang. . .tp ketenangan dn keberkatan idup. . .