13 Mei 2012

Najib Berdepan Dengan Saman Malu Akibat Keceluparannya

Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu

KULAI, 13 Mei: Ungkapan ‘haram jadah’ yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.

Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.

Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan. -HD

Laporan sebelum ini
klik untuk baca




7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro jangan main tarik tali.... lajak perahu bole undur lajak cakap saman terus.....mak aku kat felda masih berahsia ngan aku......nak kata apa ..takut jadi sitanggang

Tanpa Nama berkata...

Menteri2 Malaysia kebal dengan undang2.

Tanpa Nama berkata...

lepas mereka turun dari Kerusi Kerajaan, mereka TAK KEBAL dah..

lagi tak kebal selepas mereka mati berhadapan dengan ALLAH TAALA

ketika hidup jika dia lari ke Khazak, Eropa, Amerika, Britain Interpol akan Cekup pasal kes di Perancis

Tanpa Nama berkata...

Sampai hatinya hatimu memaki hamun warga felda dengan kata2 kesat. kini kanak2 pun dah terikut2 dan suka menyebut haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

Itu tanda jangka hayat dah sampai penghujungnya.
No manners.

AHLI UMNO WAKAKA berkata...

SATU TEMPAT NAJIB BOLEH DENGAN SELAMAT,HANYA MENYOROK DIMONGOLIA

walkstar berkata...

haramjadah ko najib,mungkin ko sendiri adalah anak haram?