11 Mei 2012

[TERBAIK] BERSIH 3.0: Surat Daripada Seorang Guru Kepada Pengetua

Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.

Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR

*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis.

10 ulasan:

stif berkata...

Bersih untuk semua golongan masyarakat yang cintakan keadilan.

Tanpa Nama berkata...

Syabas dan tahniah kpd.anda.seorang guru yg.ada harga dan jatidiri tulen.mempunyai jiwa pendidik yag.terdidik dgn. nilai pendidikan yg. luhur bertunjangkan agama dan akhlak murni..bukan pendidikan yg, ilusi,palsu dan dusta,yg.menyembunyi kebenaran,berat sebelah dan menurut nafsu serakah penguasa2 yg. angkuh dan zalim.
Drpd. Mantan Pengetua.

Tanpa Nama berkata...

kathy kee 2 baca al fatihah ker? Alhamdulillah

Osama berkata...

Terharu saya membacanya..
mungkin org lain tidak!
itu tak mengapa bagi saya ianya sarat dgn iltizam & cita2 murni seorang warga pendidik yg berani memperjuangka kebenaran!

Syabas Cikgu Kathy Kee..

untuk warga Umat Melayu Naif Otak, mungkin angapan kalian Cikgu Kathy ahli DAP & penyokong PR maka;

Salahkah saya berkawan dgn beliau sedangkan anda berkawan dgn Soi Lek?

Salahkah saya menyokong pembelaan kematian Beng Hock utk mendapatkan keadilan sedangkan anda bertepuk tampar dgn Liong Sik?

Salahkah saya merayu2 utk mendapatkan keadilan kematian Kugan sedangkan anda mengipasi Samy Vello utk dapatkan projek?

Salahkah saya bersoladariti bersama kaum tionghua menolak LYNAS sedangkan anda bertepuk bahu dgn mendiang Eric Chia hingga Perwaja Steel muflis.

Salahkah saya menyokong Ambiga memperjuangkan menuntut pilihanraya adil & BERSIH sedangkan anda bersekongkol dgn Pengerusi SPR & Timbalanya yg juga ahli UMNO mengatur strategi kotor dgn
1001 penipuan utk memenangi PRU 13 nanti?

Pasti tak salah jika saya menyokong Dato Sharizat Jalil dgn skandal lembu 250 juta kerna anda juga amat akrab dgn Dato Tajuddin Ramli pelingkop MAS.

Dimana salahnya & apa salahnya ya Umat Melayu Naif Otak di Malaysia ni?

Tanpa Nama berkata...

Kesedaran yg patut ada pada rakyat bukan hanya tunduk membabi buta, diperbodohkan pemimpin yg tidak adil, haloba dan zalim. Cuba baca hadis Rasulullah bahawa diakhir2 zaman nanti org yg buruk akhlak nya akan didewakan dan diagungkan sebg pemimpin.

Tanpa Nama berkata...

sungguh terkesima membaca surat ini...satu keberanian dan semangatditunjukkan untk mengharapkan perubahan ke arah pentadbirn negara yg baru..yang bebas dari penindasan

Asmah berkata...

Alhamdulillah.. negara kita sudah ada pelbagai kaum dan agama yg berani melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara dan masyarakat...

Guru 1 Malaysia berkata...

Tahniah kepada Cikgu Kathy Kee.
Aku ingat akan pesanan orang tua-tua dulu iaitu Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Kalaulah cikgu seorang yang lurus, baik, penuh integriti, ... , maka insyaallah anak didiknya akan jadi lebih baik lagi. TETAPI kalaulah cikgu kerja "kencing", maka anak didik akan lebih teruk lagi.
Dunia pendidikan la ni penuh dengan sifat ketam. Depa jalan tak betul tapi dok suruh guru-guru berjalan lurus. AKU nak tergelak akan hal sebegini.
Tanya saja cikgu-cikgu d sekolah. adakah depa bertugas sebagai pendidik atau sebagai kerani?

Tanpa Nama berkata...

Kat sek men. aku, pengetua melayu songkok tinggi siap bagi amaran supaya guru2 jgn pergi hari tu. Siap akan dikenekan tindakan disiplin. Tapi, kalau menteri songkok tinggi datang, bukan main desak guru2 sambut da pergi.

Tapi, dia ingat guru2 yg ada ni semua sokong dia kot? Kami terpaksa pergi senyap2.

Utk pengetua songkok tinggi kami ni lu mesti ingay, fahaman politik masing2 la beb. kau dgn fahaman kau, dan, aku dgn fahaman aku. Tak main la paksa2. Ada otak fikir lah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Mana GURU berbangsa MELAYU...? Yang pasti mereka kecut telor... Cakap berdegar-degar tentang sejarah perjuangan tapi berdepan rialiti negara yang semakin menjunam terketar-ketar takut kena tindakan disiplin atau kuranng markah prestasi.

Dasar melayu haprak. Akibat bergantung kepada media kawalan umno/bn maka jadilah pemikiran yang terjajah. Dijajah oleh UMNO/BN.