17 Apr 2012

Skandal MEX RM1.7 Billion: "Abu Juling" Buat Keuntungan Guna Duit Kerajaan

Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP

KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.

Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

“Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP),” kata Dr Mahathir kepada pemberita di sini, merujuk kepada amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual permit kereta import dengan lesen daripada kerajaan.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

“Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” katanya.

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya. -TMI

Ulasan GB

Tan Sri Abu Sahid Mohamed atau lebih dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai "Abu Juling" sepatutnya sudah diheret ke muka pengadilan kerana kes menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum dan penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan dengan penjualan dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

Adalah amat tidak wajar wang rakyat digunakan untuk membuat keuntungan peribadi dan setakat ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak SPRM dan kerajaan.

5 ulasan:

Amuraria berkata...

KUTTY BAILOUT SYARIKAT ANAK & KRONI OK KA ? MAMAK MUDAH LUPA INGAT MELAYU INGAT SELAMANYA,SEGALA BAILOUT,MACAM TONGKAH ,TR (DENGAN MAS),PKFZ & LAIN-LAIN YANG NILAI BERBILION/JUTAAN TU DUIT SAPA ? JANGAN NAMPAK ORANG SAJA SENDIRI LAGI TERUK DAA !

Tanpa Nama berkata...

Anak bapak..

Tanpa Nama berkata...

Setuju dengan fakta Amuraria. Kalau dah pencen tu duduklah diam-diamlah Mahathir. Lagi banyak bercakap lagi orang sakit hati dan akan dedahkan keburukan Mahathir.

Tanpa Nama berkata...

Kepada seorang Insan Tua yang bernama Mahadir.

Apabila orang lain buat, KAMU mula bising. CERMIN DIRI-lah....

KITA sama-sama sudah Tua.

SUDAH TUA.

Tua buatlah cara tua.

MATI DATANG BILA-BILA.

Larat ke berjawab dengan Allah Taala di Yaumil Mahsyar nanti akan apa-apa yang dilakukan sepanjang kamu menjadi menteri dan PM satu masa dulu.

Di mana Islam dan Syariatnya KAMU letak sepanjang kamu dipinjamkan kuasa ITU...!!???

Berapa ramai orang yang telah KAMU zalimi lalu teraniaya sepanjang tempoh itu....!!???

Hisab-lah khazanah negara yang MUNGKIN tampa kamu sedar, dah jadi milik peribadi dan ahli keluarga KAMU...!!???

Nilai semulalah 'penasihat-penasihat' di keliling kamu itu. Mereka sedang mendorong KAMU kepada Allah Taala kah atau sedang menjerumuskan KAMU ke lembah NERAKA.

Di Padang Mahsyar....,

MULUT KAMU tidak dibenarkan lagi berkata-kata. Hanya anggota badan KAMU sahaja yang menjadi saksi buruk baik kelakuan KAMU sepanjang kamu berpeluang HIDUP.

Mampu dan cukupkah masa yang mungkin KAMU masih ada untuk melakukan TAUBAT dengan memenuhi syarat-syarat bertaubat yang tersendiri itu pula...!!!???

Aduhai...
...Saudaraku Mahadir,

Apa pun aku sebagai insan tetap berdoa kepada Allah 'Azza wa-Jalla semoga semua kita mendapat keampunan daripada Nya lantaran TIDAK AKAN ada sesiapapun termasuk KAMU yang mampu menghadapi kemurkaan dan siksaan Allah Taala di Akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

DR MAHATHIR lagi teruk, jual negara kepada Swasta...najib pun serupa