17 Apr 2012

[Dasyat] Baru Bergelar Bapa Beberapa Hari, Dah Rogol Pelajar Tkn 2

Kuala Terengganu - Seorang lelaki yang baru bergelar bapa dalam tempoh hanya beberapa hari dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dakwaan bersubahat dengan dua rakannya dalam kejadian rogol pelajar tingkatan dua, awal April lalu.

Tertuduh, Nor Shahrul Zuraimie Noruddin, 20, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut, didakwa dengan sengaja telah bersubahat dengan dua rakannya merogol mangsa di sebuah rumah di Kampung Tembila, Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut, pada 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi.

Bagaimanapun, tertuduh yang bekerja sebagai buruh itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 116 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Zulfazliah Mahmud di hada­pan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Zainal Abidin menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan.

Sementara itu, dua rakannya, yang juga bekerja sebagai buruh itu turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen berasi­ngan, semalam atas dakwaan merogol mangsa.

Bagi tertuduh, Abdullah Che Pa, 19, dari Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila, Kampung Raja, Besut didakwa dengan sengaja telah merogol mangsa pada 2 April lalu antara jam lebih kurang 9 malam hingga 11 malam.

Abdullah didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Manakala bagi tertuduh, Faizol Yaacob, 22, dari Kampung Gong Medang, Kampung Raja, Besut didakwa merogol mangsa pada keeso­kan harinya iaitu 3 April lalu lebih kurang jam 8 pagi hingga 10 pagi di rumah sama.

Dengan itu, Faizol didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen sama yang jika disabitkan kesalahan boleh di penjara selama tempoh tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan berkenaan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah kedua tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua mereka dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin. -SH

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah akibatnya apabila.. Mengambil syariat islam tanpa hukum.. Mcm Bawa kereta tk perlu ikut undang2

Tanpa Nama berkata...

Bole tak diterima pendapat aku ni?

Dah elok2 pihak yg nak laksanakan Islam memerintah & guide kamu hai rakyat, tapi kamu tolak . Kenapa? kenapa? kenapa?
Hasil duit & dunia tak nampak? Mmg le hasil dunia tak nampak dlm masa sekejap, kenapa tak sabar? Ko yg salah, kenapa tak join prog2 agama? Sebaliknya ko join program2 laro .

Wlu pemerintahan PAS di Tggnu ade kelemahan ade sana sini, kenapa tak beri peluang lama sikit?

Kesimpulannya, utk kita2 ni, klu dulu degil & jahil, harap2 gunakan akal yg diberi Allah utk bertaubat & kembali padaNya.

Kemudian setelah elok2 dekat padaNya, berhati2 & beringat2 lah, janganlah berpatah balik menyokong & bersekongkol & bersama2 terlibat dgn yg masih jahil & degil thd hukum2 Allah.

Apa lagi yg melibatkan salah kuasa, pecah amanah , menafikan hak rakyat tak kira Islam ke tak, selagi tinggal di Msia ni khasnya, kita akan ditanya Allah mana kita berpihak.

Klu kita berpaling, tunggulah, tunggu lah.. ikhtibar bagi yg nak berfikir.

Semuga peristiwa menyedarkan kita semua.

Tolak kemungkaran, tolak pecah amanah, tolak salahguna kuasa, tolak rasuah -> tolak BN khasnya UMNO

Tanpa Nama berkata...

jenayah meningkat, makin lama BN perintah, dah patut ganti kerajaan yang baru