17 Apr 2012

PERKASA Nak Anjurkan Himpunan Lawan BERSIH 3.0

Perkasa anjur himpunan ‘Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung’

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menganjurkan perhimpunan yang dikenali ‘Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung’ pada 29 April ini sebagai tanda taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Sambil mengalu-alukan penyertaan rakyat daripada pelbagai kaum, Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya telah memohon kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menggunakan sama ada Dataran Merdeka atau Padang Merbuk sebagai tempat perhimpunan.

Ketika ditemui FMT beliau berkata, tema ‘Ke Titisan Darah Terakhir Demi Raja dan Negara’ menjadi pemangkin semangat kepada perhimpunan pada kali ini bagi menarik seramai mungkin ahli dan orang ramai.

Menurut Timbalan Presiden, Datuk Abd Rahman, perhimpunan ini juga bagi meraikan Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke-14, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara Jalan Duta pada 11 April lepas.

Beliau mengecam tindakan Pakatan Rakat yang didakwa mengejek dan mempersendakan Raja-Raja Melayu ketika majlis pertabalan tempoh hari.

Abdul Rahman berkata, mereka tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam Balairong Seri Istana Negara bagi mengikuti adat istiadat majlis pertabalan Tuanku.

“Bukan seperti wakil rakyat Pakatan yang diberi keistimewaan hadir dalam Balairong Sri Istana Negara pada majlis tersebut.

Bukannya mahu menjaga tata tertib bahkan mengejek dan mempersenda Raja-Raja Melayu termasuk Perdana Menteri,” katanya dalam sidang media di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi.

“Perkasa akan tentang habis-habisan pihak yang cuba menghapuskan sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan menukar negara ini menjadi sebuah negara republik.

“Perkasa akan terus pertahan dan memperkasakan Raja-Raja Melayu. Itu adalah satu perjuangan Perkasa yang tercatat dalam Perlembagaan Perkasa,” tegas beliau. -FMT

Ulasan GB

Yang nyata himpunan PERKASA itu ialah untuk menyaingi perhimpunan BERSIH 3.0 yang diadakan sehari lebih awal. Baguslah...

Nanti seluruh dunia dapat saksikan perbezaan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April dengan perhimpunan anjuran PERKASA berkenaan.

Jangan macam semasa BERSIH 2.0... batang hidung pun tak nampak.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Katak nak cari publisiti.
Tak semena2 kata ada yg nak jatuhkan raja2 melayu.

Tak ka bangang namanya tu?

katak....katak...
Kenapa la bengap sangat hang ni.

Tanpa Nama berkata...

Katak nak cari publisiti.
Tak semena2 kata ada yg nak jatuhkan raja2 melayu.

Tak ka bangang namanya tu?

katak....katak...
Kenapa la bengap sangat hang ni.

Tanpa Nama berkata...

Memang telah ditakdirkan KATAK PURU ni Hakikatnya jadilah biawak hidup untuk United Malay National Organisation; biasa dikenali sebagai UMNO atau dulunya PEKEMBAR): berkarat sampai ke liang lahat.

-konon parti melayu tapi dinamakan dalam bahasa penjajah-poyooo betoii-

ANAK JAWA berkata...

ORG-ORG PEKASAM ni terutama braheng nak milage rajagopal ja latuk title punya pasal, hampas punya brahng anak rajagopal pukul org dia buat pekak ja

Tanpa Nama berkata...

Semoga ada wartawan yang wawancara Mahathir, minta komen pasal kononnya ada usaha nak jatuhkan Raja2 Melayu.

Tanpa Nama berkata...

Berhimpun kat belakang rumah dia kah... kah.... kah... kah...

Tanpa Nama berkata...

setiap cawangan PAS dan Pakatan Rakyat patut buat rombongan BERSIH3 ke Dataran Merdeka

Tanpa Nama berkata...

Haloo..BODOH.. Org melayu lemah kerana ekonomi.. Bodoh! !! Perkasa sepatutnya ubah hala tuju ekonomi org melayu.. Bukan melalut tak tentu pasai.. Bina generasi samseng.. Bikin rosak melayu lagi adalah.. Bodoh betui..

Tanpa Nama berkata...

dekat sabah sini,tidak wujud orang perengus mcm dia tu...lucu pulak dengar orang yng marahkan nyamuk,kelambu di bakar!tapi saya 'respek' betul la dia tu,semua undang2 negara tak dapat menyentuhnya....