17 Apr 2012

Gadis Sanggup Ponteng Sekolah Untuk Temui Teman Lelaki Di Hotel

Sura Gate – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

Pelajar perempuan itu dikatakan keluar rumah dengan memakai uniform sekolah, namun dia tidak pergi ke sekolah, sebaliknya menuju ke bandar Dungun untuk menemui teman lelakinya di hotel yang terletak di deretan bangunan perniagaan Sura Gate.

Difahamkan, kedua-dua pasangan tersebut berkenalan melalui telefon sejak beberapa minggu lalu dan ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Tanah Lot itu dikatakan datang ke hotel berkenaan untuk menghantar makanan kepada teman lelakinya yang difahamkan baru bangun tidur.

Soal siasat PPS mendapati kedua-dua mereka tiada hubungan muhrim sah dan pasangan itu kemudiannya dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH

Ulasan GB

Baru kenal beberapa minggu melalui telefon sudah boleh ke hotel untuk bertemu...

Sungguh hebat dan sungguh dasyat norma kehidupan remaja masakini....


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akhir zaman...pusing ligat...bala hasil BN perintah malaysia

Tanpa Nama berkata...

bro.. jgan salahkn org lain.. kalo ikut Islam pon akhlak2 terbntuk dr rumah.. bkn dari parti.. jangan jad org pikiran sempit... peace.. no war..

Tanpa Nama berkata...

Bro.. secara umum memang salah KERAJAAN BN. Harga minyak naik sebab kerajaan BN bagi naik. Bila harga minyak naik semua barang naik harga.Asalnya sibapa sesuatu keluarga sahaja yang bekerja.Bila barang semua naik harga, si ibu turut bekerja membantu si bapa tadi.Masih tak cukup belanja sebab barang terus naik harga, overtime dan part time. Jadi ibu dan bapa kurang perhatian pada anak!!. Maka jadilah perkara seperti hari ini. Cuba tengok dulu si bapa seorang yang kerja, amat kurang terjadi perkara macam ni. ABU!!!!! Fullstop

Tanpa Nama berkata...

Salah BN, salah BN, salah UMNO, salah UMNO.

Makin lama merintah, makin nafikan hak rakyat, puak2 depa kaut kekayaan dgn nafikan hak rakyat, rakyat pulak yg leka dgn hiburan dll propaganda BN/UMNO, jadi keliru & tu le hasilnya , BALA dari Allah.

Semuga Allah sedarkan kita semua & kembali padaNya. Masing2 ada peranan.

Tanpa Nama berkata...

Salahkan diri dalam cermin. Tiada utopia dalam dunia. Hanya di syurga. Bila negara tergadai, nanti kita jumpa lagi. Selamat berpolitik.