20 Apr 2012

Budak Terlampau Perkosa Jiran - Apa Mau Jadi Ni?

Padang Besar: Baru berusia 13 tahun, tetapi seorang budak lelaki sudah berani merogol seorang budak perempuan berusia lapan tahun yang juga jirannya dalam sebuah tandas dewan orang ramai di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, budak lelaki berkenaan yang tinggal berdekatan rumah mangsa di Kampung Tersusun Padang Besar, di sini, memanggil budak perempuan itu datang ke kawasan dewan berkenaan, kononnya ada urusan.

Budak lelaki itu kemudian membawa membawa kanak-kanak perempuan malang itu ke dalam sebuah tandas di situ sebelum merogolnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Nashir Ya berkata, mangsa yang takut selepas kejadian itu, pulang ke rumahnya tergesa-gesa sebelum memberitahu kakaknya yang berada di rumah sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar, kelmarin,” katanya.

Menurutnya, kakak mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Budak lelaki itu ditahan polis di rumahnya dan kini ditahan bagi siasatan selanjutnya. -hm

Ulasan GB

Ini diantara bala bencana besar yang menimpa negara apabila undang-undang Islam terutama hudud diperlekehkan.


Sekarang ini balanya, sekarang ini jawapannya! Lantaran menolak hukum Allah, terimalah hukumanNya. Budak tingkatan satu sudah bergelar perogol apabila hukumNya dipersendakan sedemikian rupa.!

Ucap selamat kepada tamaddun manusia dan negara yang semakin gila.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dunia.. dunia.. bile vcd lucah dan aksi2 lucah boleh ditonton di internet.. ape pun boleh jadi..

Guru 1 Malaysia berkata...

AKU tak hairan kalau budak sudah menjadi perogol. Kalaulah tiap-tiap hari kita disaji dengan cerita rogol, disaji dengan kelakuan ke arah rogol, disaji dengan aksi lucah, ..... disaji dengan cerita menteri rogol, ... akhirnya budak yang tak tahu pertimbangan akan melakukan perkara yang sama.
Ini orang tua-tua bangka pun tak dapat menahan nafsu syaitan walaupun dah ada tempat "melepas" (isteri). Lihat saja berapa ramai rakyat Malaysia termasuk golongan pendidik (yang berjawatan dalam PPD maupun JPN) yang saban minggu berulang-alik ke sempadan Siam untuk berbuat maksiat (zina). Kalaulah ini pemimpin yang dipilih, tak hairanlah anak-anak akan ikut sama. Lihat apa yang terjadi pada rakyat Singapura baru-baru ini. Depa yang bukan Islam pun sanggup menangkap Pegawai Tinggi maupun rakyat biasa yang melanggan pelacur remaja. Sanggupkan kerajaan Malaysia mengenakan tindakan yang sama pada pegawai-pegawai ni? Rahsia yang bukan RAHSIA lagi. Cuba tanya Pengarah Pelajaran Kedah ataupun timbalannya.

Tanpa Nama berkata...

semuanya berpunca daripada kesilapan diri sendiri:
a) tidak solat
b) tidak ke Masjid
c) menolak hukum Allah
d) tidak pernah bersyukur diatas pemberian Allah sebaliknya mempersendakan hukum Allah

Tanpa Nama berkata...

Salam, Tengok akhbar harian , kebanyakan Bangsa Melayu, Bangsa lain ada tapi jarang-jaring. Setiap hari kes jenayah adalah bangsa melayu dari pelaku hingga ke mangsa. setiap hari makna nya setahun 365 kes. Dalam Hadis Nabi SAW 'Bangsa Yahudi dahulu binasa kerana Dikalangan golongan bangsawan mencuri tidak potong tangan, tapi dikalangan rakyat mencuri dikenakan potong tangan. Dari disi difahamkan jika hukuman terpilih atau double standard mengundang bala ALLAH(binasa) tidak kira Ugama apa. Kerajaan borek rakyat rintik. Apa aje kejahatan pemimpin kerajaan tidak diadili atau dihukum maka kejahatan diwarisi oleh rakyat dan rakyat tidak merasa gerun buat jahat.Cara membinasakan melalui keruntuhan akhlak bangsa , pembunuhan dikalangan bangsanya.
Contoh . Jika pemimpin kerajaan buang sampah . adkah pihak bewajib sanggup menangkap dan menghukumnya. Jawapannya tentu tidak. itule orang banyak buang sampah walaupun dinasihat atau didenda. Di Singapore kenapa orang takut buang sampah , kerana Pemimpinnya tidak buang sampah, kilang-kilang disana cukup takut buang sampah walaupun director nya orang koporat. Tapi di malaysia Bangaimana. Jika Mat rempit di Malaysia anak datuk apa tindakannya.(lepas?) jadi mat rempit sekarang macam cendawan tumbuh. Itu baru 2 jenis jenayah Bangai mana Jenis lain yang pernah di buat oleh pemimpin tanpa dihukum saperti Bunuh, Rogol, Curi, Rasuah dll