20 Apr 2012

Menteri Pengajian Tinggi Memutar Lidah Apabila Dikecam Kerana Angkuh & Tunjuk Lagak

Saran siswa 'jangan tagih simpati', menteri dikecam

Reaksi Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung insiden serangan ke atas sekumpulan siswa di Dataran Merdeka hari ini menerima kecaman daripada pemimpin pelajar terbabit.

Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini dalam satu sidang media berkata, Mohamed Khaled tidak sepatutnya bertindak "angkuh" dengan mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Mohd Syahid berkata, Mohamed Khaled sepatutnya mendengar keluhan pelajar berkenaan dan bukannya melayan mereka seperti anak kecil.

Menteri tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu, kata Mohd Syahid lagi dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Mohamed Khaled dalam reaksinya ke atas insiden tersebut menulis di Twitter: "Tiada siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa-apa perkara, jangan tagih simpati."

Beliau mengulas insiden melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di satu sudut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Seorang daripada pelajar berkenaan dibawa ke hospital ekoran kecederaan yang dialami ekoran serangan pada awal pagi ini. -mk

Khaled Nordin pandang hina mahasiswa, Saifuddin kata serangan ‘perlu dibimbangkan’

Dua pemimpin tertinggi Kementerian Pendidikan Tinggi hari ini memberikan komen mengenai serangan ke atas kumpulan aktivis mahasiswa di Dataran Merdeka, dengan menterinya Datuk Seri Khaled Nordin menolak untuk bersimpati sementara timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah melahirkan kebimbangan tentang insiden itu.

Di laman Twitter, Khaled memberikan respons berhubung laporan serangan itu mengatakan tiada sesiapa yang mengarahkan kumpulan mahasiswa itu berkhemah di kawasan tumpuan ramai itu.

“Takde siapa pun suruh berkhemah di Dataran, bila berlaku apa2 perkara, jgn tagih simpati,” tulisnya di Twitter.

Tetapi semasa bertemu di Parlimen di sini, Saifuddin berkata beliau lega tiada sesiapa mengalami kecederaan parah dalam insiden pukul 2.45 pagi tadi menambah bahawa ia satu “perkara yang perlu dibimbangkan.”

Ahli Parlimen Temerloh itu juga mengulangi pandangannya bahawa kumpulan mahasiswa itu “mempunyai hak berada di situ” walaupun bukan semua bersetuju dengan tindakan itu.

Kumpulan aktivis mahasiswa itu telah berkhemah di Dataran Merdeka sejak Sabtu lalu selepas ratusan mahasiswa menyertai himpunan aman di bandar raya mendesak kebebasan selepas kecewa oleh terma dan syarat bayar balik skim pinjaman pelajaran tinggi kerajaan.

Namun pagi ini, kumpulan mahasiswa itu mendakwa diserang kira-kira 60 hingga 70 individu tidak dikenali mendesak agar mereka pulang. -TMI


Pemutaran lidahnya tersiar pagi ini di dalam sebuah akhbar arus perdana:

Khaled kecam 'samseng' belasah pelajar

KUALA LUMPUR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengecam insiden serangan ke atas sekumpulan mahasiswa di Dataran Merdeka, pagi kelmarin oleh sekumpulan lelaki dipercayai samseng sehingga mencederakan seorang pelajar.

Bagaimanapun, beliau berkata, kumpulan mahasiswa terbabit perlu sedar bahawa serangan itu adalah sebahagian daripada risiko yang perlu ditanggung mereka ketika mengambil keputusan berkhemah di lokasi berkenaan bagi mendesak pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mungkin ditentang pihak lain.

“Saya kecam kekerasan dan gangsterisme dalam insiden ini. Kita tidak tahu pihak mana bertanggungjawab, namun, perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa saja.

Nordin, Menteri Pengajian Tinggi “Dalam soal ini, mereka (kumpulan mahasiswa terbabit) perlu sedar bahawa ini mungkin antara risiko yang perlu ditanggung mereka selepas mengambil keputusan mendesak pemansuhan PTPTN yang mungkin tidak disokong semua pihak,” katanya kepada Berita Harian di kafe Parlimen, semalam.

Mohamed Khaled menjelaskan ‘tweetnya’ yang dikecam wakil mahasiswa dalam laman portal propembangkang semalam, sebenarnya memberi gambaran bahawa pelajar perlu bertanggungjawab dan bersedia berdepan sebarang risiko atas tindakan mereka dan tidak menagih simpati.

Katanya, semua pihak perlu memberi masa kepada polis untuk menyiasat insiden di Dataran Merdeka itu.
-BH


Ulasan GB

GB dah berkali-kali ulas dan menyatakan Menteri Pengajian Tinggi adalah salah seorang menteri berIQ rendah di dalam kabinet Najib, lansung tidak ada integriti & kredibiliti untuk menjadi menteri.

Kemudian Najib lantik beliau untuk jadi Pengerusi J/K Khas Parlimen untuk Lynas. Kononnya untuk menaikkan namanya menjelang PRU13. Tapi malang bagi Khaled, tak ada seorang pun dari Pakatan Rakyat yang sudi menerima menjadi anggota PSC Lynas yang diketuai beliau.

Labuh selabuhnya muka Khaled Nordin!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika ada kumpulan yang mahu PTPTN diteruskan, kenapa menyerang? Adalah lebih baik mereka berkhemah di sudut lain di Dataran Merdeka supaya pandangan dan hasrat mereka didengari! Apa la punya menteri...

1 Malaysia berkata...

Ada juga Menteri macam ni di Malaysia kita ni? Menteri Pengajian Tinggi pulak tu? Cakap macam tukang sapu sampah aje.
Lepas ni jangan pulak salahkan guru-guru di Malaysia bila guru-guru kata pada pelajarnya, "Hang Bodoh hang punya pasal. Bukan AKU tak pandai tapi hang yang bodoh. Hang yang jawab tak betul, bukan AKU. AKU boleh jawab semua dan kalau AKU jawab, pasti dapat 100%."
Setahu AKU, pelajar tak boleh disalahkan 100% dalam hal ni. Kalau anak berbuat kesilapan atau kesalahan, ibu bapalah yang harus muhasabah diri. Jangan salahkan anak tu semata-mata tanpa lihat pada diri kita sendiri. Guru-guru sentiasa membuat post-mortem tentang kelakuan dan pencapaian anak-anak murid depa sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
Patutnya dia ni jadi Menteri ANGKUT SAMPAH aja. Bodoh punya menteri. Tak ada sifat penyayang seperti yang dilaung-laungkan oleh Menteri Pelajaran. Guru Penyayang tapi Menteri SAMSENG.
IBARAT KETAM MENGAJAR ANAKNYA JALAN LURUS.
Yang NGO seperti SEDAR tu memang tak sedar. Asyik dok jilat pungkok aja. Kasihan melihat ada lagi generasi zaman IT ni yang masih mengamalkan pemikiran tahun 60/70/80an. Patut Malaysia tak mampu bergerak maju dengan pantas. MalaysiaKU yang tercinta.

Tanpa Nama berkata...

Kalau lah ini gaya dan pendirian seorang menteri , punyai lidah bercabang , maka akan hancurlah negara ini. Nasib baik tak jadi menteri besar Johor , sah-sah lebih teruk dari muhidin dan ghani , akan banyak lagi tanah tergadai dan tiada tempat orang melayu mengadu nasib. Harapkan tiang , tiang membawa rebah.

Tanpa Nama berkata...

Yg berdemo adalah pelajar yg telah terbukti akal mereka boleh pakai... yg menyerang tu aku rasala kan,,, skolah sampai darjah 6 je kut... kebanggaan kerajaan

Tanpa Nama berkata...

yang berkemah tu pelajar2 U yang menyerang tu pemuda2 yang tak lulus SPM yg diupah nasi bungkus dan wang saku RM50 mereka ini dilatih untok menjadi samseng oleh umno(baru) bagi mempertahankan kuasa mereka supaya dapat merembat beberapa banyak kekayaan yang mereka mahu.

Tanpa Nama berkata...

nak buat camne...
bumi Malaysia ni kan bumi Samseng
PM Samseng,bini PM pun Samseng
menteri Samseng,anak menteri pun Samseng
polis geng Samseng, polisi pun cover Samseng
dulu kini & selamanya SAMSENG