Umno tangkis dakwaan terlibat serangan
Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menepis dakwaan yang mengaitkan serangan ke atas siswa yang berkhemah di Dataran Merdeka dalam satu kejadian awal pagi ini.
Dengan sinis, beliau berkata orang akan menyalahkan Umno atas semua masalah yang dihadapi mereka.
"Kalau ada kereta bocor di tepi jalan itu salah Umno. Kalau ada motorsikal bocor itu salah Umno. Kalau ada basikal bocor di tepi jalan di dalam hutan yang tak ada orang lalu lalang, itu pun salah Umno.
"Mereka ini sudah bankrap idea, semua salahkan Umno. Ada orang liwat orang lain, Umno yang kena. Dia yang sedap, kita yang kena," katanya lagi ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.
Ditanya lanjut mengenai dakwaan siswa berkenaan yang mengaitkan tindakan samseng itu dengan parti Umno, Ahmad berkata: "Saya tak tahu, saya sedang tidur semalam. Orang tidur di rumah, bukan di padang."
Ahmad mengulas kes melibatkan sekumpulan individu tidak dikenali yang merosakkan khemah dan menyerang kumpulan pelajar yang berhimpun di Dataran Merdeka, awal pagi ini.
Seorang detektif polis turut cedera dalam kes yang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Rusuhan) itu.
Kenyataannya Ahmad itu juga timbul susulan tuntutan oleh pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin kepada Umno supaya bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
Badrul Hisham menyuarakan cabaran itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Seperti dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma bertindak di luar norma biasa," katanya lagi. -mk

Umno dicabar bertanggungjawab terhadap serangan terhadap pelajar di Dataran Merdeka
Seperti yang dijangka Umno yang terdesak dengan sekumpulan pelajar yang membuat keputusan nekad untuk berkhemah di Dataran Merdeka dalam protes mereka terhadap PTPTN dan tuntutan pendidikan percuma telah bertindak diluar norma biasa. Regim takut menggunakan polis kerana pilihanraya yang terlalu hampir, kerana imej kekasaran polis terhadap kumpulan pelajar ini pasti akan memberi kesan besar terhadap undi rakyat. hanya DBKL digunakan malangnya DBKL tidak mampu berdepan semangat kental kumpulan pelajar ini yang walaupun beberapa kali 'diserbu' DBKL tetapi terus bertahan
Kumpulan yang mulanya kecil mula membesar, ramai teman muda lain mula sama mendirikan khemah berkampung bersolidariti bersama menemani pelajar ini. Ramai yang tampil menyumbang. SAMM dalam kemampuan terhad turut hadir memberikan bantuan seperti tikar dan makanan sekadar termampu
Sumbangan dari SAMM Utara; Tiga Penyelaras SAMM Negeri iaitu sdr Habib (Kedah), Aidil (P.Pinang) dan Asrul (Perlis). Sedang memberi taklimat ialah Pengarah Seketariat SAMM Pusat sdr Zulkifli Ibrahim
Kumpulan pelajar ini yang mula meraih perhatian dalam dan luar negara terus cuba diburukkan imej mereka sebagai alat politik pihak tertentu oleh media dan pemimpin regim. Namun mereka terus mendapat perhatian. Bukan sekadar itu pelajar ini juga telah berjaya menjawab kekeliruan yang cuba dibuat termasuk oleh Menteri, malah mereka sedia mencabar Menteri dan pimpinan parti politik penguasa regim untuk berdebat terbuka. Ini semua meletakkan regim dalam keadaan serba salah.
Mati akal dengan perkembangan ini semalam awal pagi tadi gangster telah digunakan oleh pihak yang tertekan untuk menyerang tapak perkhemahan pelajar tersebut. Dalam serangan itu ada yang cedera, barang - barang mereka dirosakkan dan diberitakan ada pelajar yang hilang diculik. Penggunaan gangster ini menjadi taktik yang semakin biasa digunakan setelah kalah berhujah dan seperti biasa juga polis akan terus lambat bertindak. Dalam serangan di Dataran Merdeka, Polis yang berada di tempat kejadian dilaporkan olek saksi hanya memerhatikan sahaja kejadian.
Ini penjenayah jalan kebun
Penjenayah yang melakukan serangan di Jalan Kebun ini terus bebas dan melakukan jenayah ini semula di Dataran Merdeka semalam
Siapakah yang sebenarnya bersekongkol dengan penjenayah?
Penjenayah Jalan Kebun ini mengakui sebagai 'Panglima BN'
Mengganggu majlis dan menyerang adik-adik mahasiswa adalah 'Akidah' yang dibawa Hasan Ali?
Yakinlah seperti peristiwa lain termasuk serangan gangster secara fizikal dan bersifat perkauman masih belum ada tindakan walaupun ditampilkan bukti bergambar jelas. Malah lebih malang lagi kumpulan penyerang di Jalan Kebun dapat pula berada dalam majlis bersama PM baru - baru ini.
Ini semua juga taktik sama dengan beberapa regim di hujung usia. Perhatikanlah regim Mubarak ketika hujung usianya juga menggunakan gangster memukul dan menyerang demonstran dan kemudian bersembunyi disebalik hujah kononya serangan dibuat oleh rakyat yang marah. Percaya dan yakinlah begitu juga di sini pasti media akan memainkan hujah serupa kononya serangan oleh rakyat yang marah.
SAMM mencabar Umno supaya jangan bacul dan tampil bertanggungjawab terhadap kejadian serangan terhadap pelajar ini. Sepatutnya Umno tampil berhujah dengan kumpulan pelajar ini bukan menjawab dengan keganasan fizikal.
Dengan perkembangan ini SAMM menyeru seluruh anak muda supaya membuat pertimbangan terhadap kejadian ini dan menolak Umno dan Barisan Nasional yang semakin hilang rasional mereka.
SAMM juga menyeru rakyat untuk tampil sama memberikan bantuan kepada teman - teman pelajar yang berjuang ke arah pendidikan percuma dalam negara. SAMM juga tidak menolak kemungkinan dengan perkembangan ini akan menyemarakkan lagi semangat rakyat untuk turun bersama dalam Himpunan BERSIH 28 April ini yang kebetulan akan diadakan dilokasi yangs sama, Dataran Merdeka. SAMM juga tidak menolak kemungkinan akan turut sama 'berkampung' bersama para pelajar ini kemudianya. -edyesdotcom
7 ulasan:
jenis binatang x sekolah...
Itulah jawapan dari OKU (org kuat UMNO) kini, macam kes pembunuhan altantuya , kedua2 polis tu yang telah didapati bersalah kerana tiada motif membunuh , suka2 nak bunuh orang....... Sama macam samseng2 tu , suka2 nak kacau orang , tiada yang suruh pun ........ walhal kalau KERAjaan mendengar rintihan pelajar/mahasiswa tu, tentu ada jalan penyelesaiannya. Bayangkan pinjam 12K , bayarbalik campur wang perkhidmatan 30K. Kaki2 ampu , kaki bodek pemimpin OKU dan para kroni tak terjejas pun pendapatan mereka kerana ada 'masyuuuuk', tapi rakyat marhaen , anak baru dapat segulung ijazah dah jadi penghutang ....
Jawapan dr sebelah BN cam besa la... pastu blk2 cakap pasal liwat/bisexual yg dah terbukti x betul oleh mahkamah... nak mencarut pun x guna dah rasanye,
Bg pendidikan percuma sgt relevan jika ada kemampuan yg terbukti M'sia mampu tp kena alih budget dr buat investment besar-besaran untuk mengenyangkan haiwan2 tertentu ke ank2 mahasiswa2 yg dikatakan pemimpin masa depan...
Dah kenal pun samseng ni. Apa lagi? Ada peluang pecahkan saja kepalanya lain kali atau bila jumpa dia dimana2.Tengok ada otak ke tidak dalam kepalanya bila dah pecah.
insiden berlaku menjelaskan kepada dunia bahawa UMNO/BN, PERKASA...TIDAK FAHAM Perlembagaan Malaysia dan SISTEM SOSIAL MALAYSIA @ tidak berpelajaran..
Apa jua perkara yang buruk yang berlaku diMalaysia ni adalah perbuatan Melayu UMNO yang baghal yang diajar oleh pemimpin2 UMNO yang HAPRAK.
Sudah sampai masanya kita menguburkan hidup2 mereka ini agar masyarakat Malaysia yang akan datang hidup dalam keadaan murni dan bahagia.
Memang jelas perbuatan samseng-samseng tersebut. Berlagak macam dia ada kuasa. Yang ada kuasa iaitu polis tak pula ambil tindakan segera menghalau samseng tersebut kerana melakukan provokasi dengan kata-kata dan memusnahkan harta orang lain.
Tak tahulah nak kata apa jika samseng tersebut tidak didakwa di mahkamah, lagi rakyat menyampah.
Catat Ulasan