7 Mac 2012

[Video] NFC Cuba Merasuah Polis, Shamsubaharin Serah Bukti Kepada SPRM

Skandal projek lembu: Shamsubahrin serah bukti

Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini menyerahkan transkrip komunikasi SMS dan telefon miliknya yang mengandungi beberapa mesej kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuktikan bahawa seorang tokoh penting dalam National Feedlot Corporation (NFC) cuba merasuah polis.

Shamsubahrin, yang sebelum ini, didakwa menipu pengerusi eksekutif NFC Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.755 juta, tiba di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 12:15 tengahari dengan diiringi oleh empat peguam dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin.

"Ia adalah mengenai apa yang diperkatakan oleh Shamsubahrin sebelum ini dalam laporan awalnya bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung cubaan merasuah polis oleh tokoh utama dalam NFC," kata peguam, N Surendran.

"Pada masa itu, hanya yang ada kata-kata Shamsubahrin. Sekarang beliau telah tampil dengan bukti kukuh, konkrit ... dan ini telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi tidak ada sebarang alasan lagi mengapa pihak berkuasa tidak boleh bertindak dan mengambil langkah sewajarnya dengan segera," katanya.

Surendran juga berkata SPRM sebelum ini menyimpan telefon berkenaan tetapi kemudian memulangkannya tanpa sebarang tindakan sehingga isu itu didedahkan.

Shamsubahrin, yang juga merupakan penasihat dan perunding korporat NFC, menambah bahawa bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan bahawa beliau tidak bersalah.

Dalam laporan awalnya, beliau menuduh suami Ketua Wanita Umno Datuk Seri shahrizat abdul Jalil mendesak beliau merasuah polis dalam usaha untuk menutup skandal syarikat projek ternakan lembu itu.

Walau bagaimanapun, Mohamad Salleh menafikan dakwaan berkenaan. -mk



4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rasuah Polis,arahan kepada Hakim,arahan kepada AG - ini semua kerja biasa pemimpin UMNO.Semasa perbicaraan Skandal Liwat 1 - Hakim menyebut "Tangan saya terikat"(My hands are tied).Kalau Najib berani cuba buat kutipan suara,berapa % rakyat negara ni yang ada kepercayaan kepada PDRM dan Kehakiman.Kalau masukkan SPR dan SPRM,keputusannya akan lagi teruk.

Tanpa Nama berkata...

ABU

hairan berkata...

sprm ??? dengar nama pun lembu dah tak caya! hahaha.. yang kena tangkap semua ikan bilis, ikan jerung sprm terus hilang 'telo'

pirahhhhhhhh

Tanpa Nama berkata...

Selepas ini halangan terbesar di hadapan adalah apabila kertas siasatan kes ini dihantar ke pejabat pendakwa raya. Nak dakwa atau tidak orang berkenaan.