Isu cabul: SKMM gagal bertindak ke atas blog Umno
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus dibidas kerana kegagalan menyiasat beberapa blog pro-Umno yang memfitnah Lim Guan Eng dengan menyiarkan laporan kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang itu telah mencabul kehormatan seorang rakan pelajar wanita.
Pada sidang akhbarnya semalam, setiausaha politik ketua menteri, Mohd Zairil Khir berkata tindak balas SKMM adalah tidak jelas.
Ini kerana sehingga hari ini, katanya, masih tidak pasti sama ada suruhanjaya itu akan terus menyiasat kes berkenaan atau hanya membantu polis membuat penyiasatan.
"Saya akan menulis satu lagi surat untuk minta penjelasan. Jika mereka (SKMM) enggan membuka fail untuk siasatan, saya anggap mereka tidak bertanggungjawab," katanya.
Beliau merujuk kepada surat yang diterima daripada SKMM pada 20 Februari lalu, yang menunjukkan bahawa suruhanjaya itu tidak menyiasat blog Umno-Online, Pisau-Net dan Papagomo yang telah menyiarkan dakwaaan berunsur fitnah itu.
Surat yang ditandatangani oleh Pengarah Kanan SKMM, Eneng Faridah Iskandar, memberitahu bahawa suruhanjaya itu telah menerima laporan daripada DAP berkaitan kes tersebut pada 9 Februari.
'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia'
Eneng Faridah menulis, suruhanjaya itu telah melihat dan membaca artikel yang dicatatkan pada blog tersebut.
"Untuk maklumat anda, kes itu sedang disiasat oleh pihak polis dan suruhanjaya telah diminta untuk membantu.
"Oleh itu, kita tidak akan menjalankan apa-apa penyiasatan kerana ia (berlaku) menjadi kes yang sama (seperti yang disiasat oleh pihak polis)," tambah Eneng Faridah.
Menurut Zairil, selain polis yang perlu menjalankan siasatan, SKMM yang merupakan sebuah badan profesional perlu juga menyiasat.
"Adakah SKMM akan memulakan penyiasatan di bawah Akta SKMM 1998? Jika tidak, apakah sebabnya?" soalnya.
Lim yang juga setiausaha agung DAP sebelum ini dengan tegas menafikan dakwaan itu dan membuat laporan polis terhadap blog tersebut yang jelas sekali katanya, telah melakukan fitnah jenayah.
Corke Anya, mangsa yang didakwa dicabul itu turut menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu bahawa beliau tidak pernah bertemu Lim atau anaknya semasa di Pulau Pinang.
Pada sidang akhbar itu, Zairil berkata, pada Oktober lalu, beliau turut membuat satu lagi laporan terhadap video bertajuk 'Sembang Rakyat-kedai 1Malaysia' yang disiarkan dalam YouTube.
Video tersebut kononnya menuduh DAP berpakat dengan peniaga berbangsa Cina untuk menaikkan harga barang keperluan rumah.
"SKMM telah mengambil kenyataan saya tetapi sudah enam bulan sejak laporan saya dibuat, tiada apa-apa yang berlaku. Kami berharap mereka tidak akan mengulangi perbuatan ini," katanya.
"Harimau tidak bertaring"
Sementara itu, ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang hadir sama berkata, beliau berharap SKMM tidak menjadi seperti "harimau tidak bertaring" yang enggan bertindak walaupun mereka mampu mengambil tindakan undang-undang.
Katanya, SKMM merupakan sebuah suruhanjaya dan bukannya sebuah agensi kerajaan.
"Ia sepatutnya mempunyai lebih banyak kuasa untuk menyiasat. Polis menyelesaikan sesuatu kes dari aspek fitnah.
"SKMM perlu membuka fail sendiri dan menyiasat fitnah yang tersebar melalui internet," katanya.
Ng, yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang berkata, keengganan SKMM menyiasat perkara itu menunjukkan bahawa penulis blog pro-Umno "begitu kuat, dan boleh berbuat apa-apa".
"Satu (Papagomo), boleh masuk kapal selam tanpa dikesan oleh radar. SKMM enggan menyiasat blog Papagomo. Mungkin kerana dia telah terjun ke dalam laut dan tidak dapat ditemui," sindirnya. -mk

3 ulasan:
Sebelum ini blogger UMNO diberi peluang masuk ke kapal TLDM dan tidak mustahil suatu hari nanti blogger mesra UMNO akan diajak pula masuk ke pusat komunikasi tentera bagi mendedahkan dokumen kripto paling rahsia pasukan tentera.
MEMANG TELAH DILEMBUKAN ATAU TAKUT DEMI TEMBOLOK ,PERUT DAN BAWAH PERUT ! MEMANG KERJA DAJJAL !
dah adik beradik, tak kan nak amik tindakan. dah dasar bn tuh korup... ABU aje la jawabnya
Catat Ulasan