16 Mac 2012

Salehuddin Temu Musa Hitam Bincang Halatuju Politik Negara

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menghabiskan masa hampir satu jam bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam dikediamannya di Bkt Tunku, Kuala Lumpur membincangkan beberapa isu semasa yang menjurus kepada halatuju politik negara khususnya berkaitan urus tadbir dan intergriti negara.

Bagi Salahuddin Tun Musa adalah seorang negarawan yang masih punya peranan dalam berkongsi pengalaman luas beliau yang terlibat dalam dunia politik serta punya pegetahuan yang mendalam menilai pemikiran strategik terutama dalam meramal landskap politik negara selepas PRU ke 13.

Yang menariknya kedua-dua kami adalah orang Johor walaupun dalam era yang berbeza yang masih punya nilai yang sama dalam melihat perkembangan politik Johor itu sendiri. Yang jelas kami bersetuju atas banyak perkara dalam melihat perkara-perkara yang berkepentingan rakyat dan negara.

Perbezaan idealogi antara kami langsung tidak menggangu perbincangan kami yang serius sambil berbual santai terutama dalam isu wibawa dan intergriti kepimpinan masa depan negara. Sambil mengharapkan kami akan dapat berjumpa lagi di lain waktu, pertemuan hari ini sangat mesra dan penuh makna bagi saya sendiri menimba satu lagi pengalaman berharga sambil minum kopi bersama Tun Musa Hitam di Bukit Tunku. -email

Tiada ulasan: