16 Mac 2012

Apakah Negara Sudah Tidak Selamat?

Ibu bapa cuai jaga keselamatan anak boleh didakwa

KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang didapati cuai dalam tanggungjawabnya menjaga keselamatan anak-anak mereka hingga menyebabkan kanak-kanak itu hilang, boleh didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, di bawah akta tersebut, kementerian itu dan pihak berwajib diberikan kuasa untuk mengambil tindakan ke atas ibu bapa yang cuai.

Beliau berkata, sudah sampai masanya para ibu bapa mengambil iktibar daripada tragedi yang menimpa adik Nurul Nadirah Abdullah@Dirang agar tidak ada lagi kanak-kanak lain yang terus menjadi mangsa kepada kekejaman individu yang tidak berperikemanusiaan.

"Saya sebenarnya bersetuju dengan gesaan dan pandangan yang diberikan oleh segelintir rakyat awam yang merasakan sudah sampai masanya tindakan undang-undang diambil terhadap ibu bapa yang cuai menjaga anak-anak mereka.

"Untuk itu, saya akan mengesyorkan cadangan ini kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mendalami perkara tersebut dengan pihak-pihak berkaitan sebelum tindakan susulan diambil," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 semalam.

Heng turut menggesa semua ibu bapa mengikis sikap acuh tak acuh terhadap keselamatan anak-anak mereka.

Beliau berkata tanggungjawab ibu bapa bukan sekadar membesarkan anak-anak dengan menyediakan makan minum dan tempat berteduh, tetapi juga meliputi memberikan perlindungan kepada mereka. - Bernama

Ulasan GB

Apa sudah jadi?

Apakah negara sudah tidak selamat hanya selepas beberapa hari Menteri KDN mengisytiharkan Malaysia sebagai diantara "Malaysia negara paling selamat di Asia tenggara"?




7 ulasan:

Amuraria berkata...

PDRM TAK PAYAH BUAT KERJA KALU MAKBAPAK YANG BERTANGGUNGJAWAB !

Tanpa Nama berkata...

salah satu tanda2 kiamat kecil ibubapa melahirkan anak yg menjadi tuan kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG SELAMAT PON...LEMBU DAH LAMA SELAMAT KAT SUAMI KAK JAT... HEHEHEHEHHE

Tanpa Nama berkata...

tugas menjaga keselamatan adalah polis, kenapa pulak
ibubapa yg akan dihukum bila berlaku lejadian tidak diingini? dah lah sedih atas apa yg menimpa anak mereka, dihukum pihak pemerintah yg tak menjaga keamanan negara pulak

Tanpa Nama berkata...

Ibu Bapa dan keluarga yang kehilangan anak sila saman PDRM dan Kerajaan kerana gaggal menjaga keamanan negara.Kalau ada Pilihanraya Kecil - khemah PDRM dibina macam khemah Haji diArafah tapi keselamatan rakyat depa abaikan.Mesti ada satu Akta yang membolehkan rakyat menyaman PDRM dan Kerajaan atas sebab cuai dan tak cekap menjaga keamanan negara.

Tanpa Nama berkata...

Saya sokong 100%

Tanpa Nama berkata...

Rakyat mula bimbang kalau anak keluar rumah sekarang, keselamatan tidak terjamin