Kenapa media Umno serang saya - Kadir
SERDANG, 15 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, segala kritikannya terhadap kerajaan Umno BN bukan kerana kecewa tidak diberi jawatan, sebaliknya mahu membetulkan apa yang tidak betul dilakukan pemimpin negara.
Menurutnya, pandangan yang diutarakannya jika dikaji secara terperinci, ianya adalah sesuatu yang baik untuk melengkapkan transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malang katanya, media arus perdana yang dikuasai Umno telah memutar belit kenyataannya dan menyerangnya secara berterusan.
"Saya tidak ada sebarang kekecewaan dalam hidup saya, lebih-lebih lagi sekarang ini, saya bahagia.
"Pandangan saya ini sebagai orang lama dalam Umno. 56 tahun dari hidup saya, saya beri kepada Umno. Buat apa ahli Umno duk bedai (bedal) orang Umno (macam saya)," katanya pada sidang media di pejabatnya di Mines Waterfront di sini.
Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pilihan raya umum.
Dalam isu agenda Bumiputera pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputera di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.
Mengulas lanjut Abdul Kadir berkata, jika beliau mahukan jawatan mahupun projek, itu bukan sesuatu yang sukar kerana yakin pimpinan parti akan membantunya atas menghargai khidmatnya yang lama.
"Saya tak pernah jumpa mereka nak mintak jawatan atau projek.
"Kalau saya nak jawatan, di kemuncak karier saya sebagai menteri, saya berhenti buat apa, munasabah ke," soalnya.
Nafi beli undi
Dalam pada itu, bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi itu juga turut kesal kerana dituduh membeli undi dari pengundi di kawasan parlimennya di Kulim Bandar Baharu.
Sambil menyifatkannya sebagai fitnah, beliau juga menafikan pernah mendakwa penduduk di parlimen itu perlu dibeli untuk mendapat undi.
"Saya sensitif jika ini dikaitkan dengan kawasan parlimen yang saya wakili selama 30 tahun. Bukan sahaja ahli Umno malah seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau fahaman politik ibarat manusia intan permata dan tersangat mulia.
"Kami di Kulim Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada semasa pemilihan parti ataupun pilihan raya umum," tegasnya bersungguh. -HD
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Abdul Kadir dakwa ada pihak putar belit kenyataan
SERI KEMBANGAN: Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan kononnya pengundi di Parlimen Kulim/Bandar Baharu adalah mata duitan serta mudah dibeli.
Bekas menteri Kabinet itu, sebaliknya menegaskan bahawa segelintir pihak cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini selain melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas ke atas dirinya.
“Kami di Kulim/Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada ketika pemilihan parti atau pun pada pilihan raya umum, saya ingin tegaskan perkara ini bersungguh-sungguh.
“Selama 30 tahun menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, hubungan saya dengan rakyat setempat amat baik dan tiada sebarang masalah, saya amat sensitif apabila baru-baru ini ada pihak memutarbelitkan kenyataan saya dengan mengaitkan penduduk di kawasan Parlimen itu.
“Saya berasa kasihan terhadap mereka yang membuat tuduhan ini kerana jelas mereka bukan saja hendak cari makan tetapi sudah pun ‘gila’, mereka perlu dibantu untuk pergi ke ‘Tanjung Rambutan’,” katanya di sini, semalam.
Baru-baru ini, akhbar melaporkan Abdul Kadir mendakwa wang digunakan untuk kempen pilihan raya umum lalu untuk membeli undi disifatkan sebagai taktik ‘bom’.
Isnin lalu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Hussain Abdul Rahman berkata, pertemuan pihaknya bersama Abdul Kadir baru-baru ini, sebaliknya mendedahkan wujudnya niat jahat untuk memecahbelahkan keutuhan perpaduan ahli UMNO dan menghilangkan kepercayaan pengundi di Parlimen itu yang kini semakin memihak kepada Barisan Nasional (BN).
Abdul Kadir yang juga Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) berkata, hubungan beliau dengan kepemimpinan UMNO mesra serta tidak wujud sebarang masalah.
“Sebelum ini, saya sudah pun memberi penjelasan mengenai beberapa pandangan saya bagaimana hendak membantu melengkapkan transformasi politik yang sentiasa diingatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Malangnya, kenyataan saya diputarbelitkan, seorang daripada mereka adalah yang lompat keluar sebagai Ahli Parlimen PKR dan seorang lagi yang bercakap begitu garang adalah yang baru ‘dua hari’ berpolitik,” katanya.
Abdul Kadir berkata, AMANAH menyambut baik usaha kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, seiring tuntutan rakyat. -BH
klik untuk baca
Tiada ulasan:
Catat Ulasan