Kota Bahru - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali diingat tidak terlalu ghairah memburukkan nama Pas melalui siri jelajah yang diadakan di seluruh negara.
Timbalan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Harun mengingatkan perkara tersebut memandangkan pihaknya turut mempunyai bukti terdapat beberapa kes yang menunjukkan Hasan tidak melaksanakan tugas dengan baik semasa menganggotai parti itu.
Bagaimanapun kata beliau, pihaknya tidak mahu mendedahkan perkara tersebut memandangkan Hasan merupakan bekas ahli Pas, sekali gus kesan dirasai oleh parti itu sendiri.
“Kita juga boleh sebut jika mahu, sepertimana yang didedahkan oleh Azmin Ali (Adun Gombak Setia), tetapi kita tidak mahu memperbesarkan kerana ia dilakukan semasa ia menjadi ahli Pas, sedikit sebanyak kita juga akan terpalit,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Kelmarin, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertikaikan tiga perkara berkenaan dengan Hasan ketika menyertai perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor.
Fatah yang juga bekas Pengarah Strategi Pas Kelantan berkata, pihaknya tidak mahu mengambil berat dakwaan yang dibuat Hasan ketika siri jelajah di negeri ini kerana ia tidak menjejas imej Pas negeri mahupun peringkat pusat.
“Dia pernah ke Kelantan dan menyebut beberapa perkara tetapi kita mengambil sikap berdiam diri kerana ia kita tidak terjejas dengan dakwaan tersebut, tetapi sekiranya ia melampaui batas kita sedia sebut apa yang ada dalam simpanan kita,” katanya. -SH

1 ulasan:
Agak sedih dgn benda2 cemni berlaku. Adakah pemimpin PAS lain tahu tentang perkara2 ni tapi hanya mengambil sikap berdiam diri..?
Aku berharap, perkara ni BARU diketahui LEPAS Hasan Ali dikeluarkan dari PAS...
Pakatan Rakyat menentang amalan kronisme, neopostime.. tp, buktinya, benda2 ni pon berlaku dlm Pakatan Rakyat dan sebenarnya 'disembunyikan' .. huh?
Baru sepenggal memerintah dah ada perangai cemni dlm PR..? ni baru sorang yg tau. Lelain cemana..? dalam beratus2 wakil rakyat dari Pakatan Rakyat yg ada, berapa banyak yg ada kes, tp disembunyikan/disenyapkan..?
Benda2 cemni patutnya TAK BOLEH kompromi, tak boleh bertolak ansur.. sikit2 lama2 jadi bukit. Kalo tak buang awal2, benda ni la jadi nanah. Baru 4 tahun perintah, mungkin hanya ini yg berlaku, tp kalo perintah berpenggal2..? dapat Malaysia pulak..?
Kalo kita biarkan benda2 ni, kita akan jadi sama mcm BN.. xde beza.
Sedih jugak la dgn pendedahan ni.. Pakatan Rakyat mesti berani.. kita nak bina Islam atas asas yg kukuh.
Catat Ulasan