25 Mac 2012

Kes Tukang Emas Dakwa Dipukul: Polis Nafi Dakwaannya

Polis nafi anggotanya kasari tukang emas

GEORGE TOWN — Polis semalam menafikan empat anggotanya mengasari seorang tukang emas ketika hendak memeriksa lelaki itu dalam satu kejadian di sebuah kedai di Jalan Perak pada 20 Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP, Gan Kong Meng berkata, anggotanya melakukan pemeriksaan biasa bagaimanapun lelaki berkenaan enggan memberikan kerjasama sehingga berlaku pergelutan.

"Hasil siasatan awal dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam kedai berkenaan tidak menunjukkan empat anggota polis terbabit memukul tukang emas berkenaan.

"Sebaliknya berlaku sedikit pergelutan ketika dia cuba ditahan untuk di bawa ke balai bagi pemeriksaan lanjut sebelum dibebaskan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan seorang tukang emas meminta polis melakukan siasatan secara telus berhubung empat anggota yang didakwa mengasarinya dalam satu kejadian pada 20 Mac lepas.

Tukang emas, yang enggan namanya disiarkan itu, mendakwa dia yang sedang memandu kereta di Jalan Datuk Keramat, ditahan empat lelaki bermotosikal dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Anggota terbabit, yang berpakaian biasa, mengarahkan dia memberhentikan kereta untuk diperiksa tetapi akibat takut dan bimbang berlaku kejadian tidak diingini, tukang emas berusia 39 tahun itu terus memandu menuju ke kedai milik rakannya di Jalan Perak 50 meter dari tempat kejadian.

Menurut tukang emas itu, empat lelaki berkenaan mengekorinya masuk ke kedai rakannya dan berkeras mahu membawanya ke balai polis terdekat bagi tujuan pemeriksaan.

Kong Meng berkata, tukang emas itu bersetuju tetapi meminta kebenaran untuk menghubungi anggota keluarganya di Sungai Petani, Kedah dan anggota polis terbabit membenarkan.

"Anggota polis benarkan dia hubungi keluarganya dan selepas itu meminta tukang emas berkenaan untuk ke balai, tetapi dia enggan dan bertindak meronta-ronta ketika cuba ditahan.

Kes disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. — BERNAMA

Ulasan GB

Cuba lihat video yang di bawah ini, benarkah polis itu tidak memukul mangsa berkenaan?

GB nampak ada anggota polis (berbaju oren) yang menumbuk, siap angkat lutut membelasah mangsa...

Persoalannya:

Apa kesalahan mangsa yang sebenarnya? Bawa duit dan emas satu kesalahan? Mangsa ada sebab untuk berasa takut sebab sebelum ini bukankah sudah ada kejadian polis merompak dan melakukan beberapa jenayah yang lain? Apatah polis-polis berkenaan TIDAK memakai pakaian seragam polis.

Malah dalam Balai Polis pun tidak selamat. Bukankah ada satu kisah sebelum ini seorang pelajar Tkn 5 dirogol oleh anggota polis di dalam balai polis?

Seperti yang GB nyatakan berkali-kali, kita tidak menghasut orang awam membenci polis, tetapi apa yang sering berlaku ialah tindakan polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci oleh rakyat.

Polis perlu lebih profesyenal dalam ertikata tidak melindungi salahlaku anggota-anggota mereka supaya polis sentiasa mendapat kepercayaan dari rakyat.




9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betulah yang baju oren siap naik lutut kat mamat tu, yang mamat tu cuma meronta-ronta je.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kes ini Polis tidak profesional langsung,perbuatan bergini boleh menjatuhkan lagi imej Polis.

Tanpa Nama berkata...

Bolly-Low..?

1 Malaysia berkata...

Inilah cara penyayang yang hendak diterap oleh POLIS. Hidup Polis Keparat. Mentang-mentang depa ada lesen untuk menjadi samseng. Kalaulah AKU ni samseng betul, .... sudah tentu POLIS akan berkawan dengan AKU. Tahu kenapa? Tepuk dada tanya selera. Kan di Malaysia ni, POLIS sukan berkawan dengan .... Semua isi dalam badan (urat saraf, daging, ...) dah penuh dengan benda HARAM, amat payah untuk berkelakuan baik. Ingat AKU akan nasihat yang diberi, "Perempuan Zina hanya untuk Lelaki Zina" aje. Ini ....

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak bawa dia ke balai polis kenapa tak panggil kereta peronda datang jemput barulah orang tu percaya dan yakin, sebenarnya polis memang nak tunjuk samseng jer, kalau tak, tak boleh nak pukul orang pulak, kalau tanya kat pompuan indon yang tiada permit bila kena tahan dengan polis jenis ni, bukan saja duit kena rembat tapi maruah mereka pun kena tibai sekali, nak buat laporan takut belum kira yang bersekedudukan, itulah kehebatan polis malaysia, dalam diri penuh dengan benda haram macam mana hidup nak berkat

ANAK JAWA berkata...

POLIS SKG BUAT RAKYAT SUSAH DIA SUKA-SUKA NAK TAHAN ORG AWAM KITA TAK BERHENTI NASIB TAK BAIK JADI MCM ADIK AMIRUL BERHENTI TAKUT NAK MEROMPAK/MENYAMAR POLIS SO IGP KENA FIKIR-FIKIR LE MCMANA................

Tanpa Nama berkata...

Bapak aku pun bekas Polis gak...tapi dia cakap polis yg pakai preman ni kebanyakan SB.Walaupun SB, kalau tidak tunjuk kad kuasa,depa SB ni x leh tahan orang sesuka hati...kalau mcm tu ramai nanti ngaku polis dan tahan orang pow duit...Polis sekarang dah tak ikut SOP...sama mcm roadblock, kalau x der pegawai,dua tiga orang + tanda Pemeriksaan Polis, kita buleh rempuh kalau depa buat roadblock...

hairan berkata...

beginilah jadinya bila polis yang dilantik rendah moral... yalah dia orang pun mesti fikir yang kat atas tuh pernah tumbuk orang yang bergari sampai lebam mata dan tah2 dah telan berjuta2 tak kan lah dia orang tak boleh sepak teranjang orang susuka hati dan telan rm50 aje kan???

apa2 pun aku tetap tabek spring pada polis yang amanah dan takutkan Allah, dan aku mengaku mengenali seorang dua aje polis macam nih. Allahuakhbar!

:)

Tanpa Nama berkata...

bukan ini lakonan dalam drama gerak khas agaknya???