25 Mac 2012

Malaysia Negara Paling Selamat: 2 Puteri UMNO Jadi Mangsa Peragut

Pembantu Tabika Kemas cedera akibat diragut

BALING - Seorang pembantu Tabika Kemas cedera akibat terjatuh dari motosikalnya selepas diragut di Jalan Kuala Ketil di sini malam kelmarin.

NURUL FATIHAH yang cedera akibat terjatuh dari motosikal selepas beg tangannya diragut di Baling semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, mangsa, Nurul Fatihah Yahya, 20, membonceng motosikal ditunggang rakannya, Nazira Abdul Manan, 21.

Kedua-dua mangsa yang merupakan ahli Puteri UMNO Bahagian Baling dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kuala Merah di sini selepas menghadiri satu kursus di Alor Setar.

Menurut Nurul Fatihah, dia menyedari seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mereka sebelum menghimpit dan menarik beg tangan yang diletakkan di atas pahanya. -kosmo

Cedera angkara peragut

BALING: Dua ahli Puteri Umno Bahagian Baling cedera apabila terjatuh daripada motosikal ditunggangi selepas beg tangan mereka diragut seorang lelaki di Jalan Kuala Ketil-Baling dekat Simpang Tembak, Kuala Ketil, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 malam, Nurul Fatihah Yahya, 20, dan Nazira Abdul Manan, 21, dalam perjalanan balik selepas menghadiri kursus anjuran Puteri Umno Negeri di Alor Setar apabila suspek menghimpit sebelum merampas beg tangan mereka.

Nurul Fatihah yang juga Ahli Jawatankuasa Puteri Umno Cawangan Kuala Merah, Kuala Ketil bergelut dengan peragut terbabit, menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan cedera di muka, kepala dan tangan.

Nurul Fatihah berkata, dia tersembam ke tanah menyebabkan kepala, muka dan tangannya cedera.

“Saya membonceng motosikal dan ketika itu tiada pengguna lain melalui jalan itu, menyebabkan kami tidak berani melawan suspek yang menunggang motosikal jenis EX 5 berwarna merah,” katanya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Ketil sebelum mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Ketil.

Nurul Fatihah yang bertugas sebagai Pembantu Taman Bimbingan Kanak-Kanak(Tabika) Kemas di Kuala Merah turut kerugian lebih RM200 selain kehilangan barangan peribadinya.

Katanya, dia percaya suspek mengekori mereka selepas mereka singgah di Pasar Malam Kuala Ketil hingga ke persimpangan lampu isyarat sebelum meragut beg tangan mereka.
-hm


Ulasan GB

Kita amat bersimpati dengan mangsa.

Inilah akibat apabila "jenayah ragut" berleluasa kerana apabila kerajaan UMNO BN tidak mengindahkan persoalan jenayah yang berlaku di dalam negara di sebaliknya mendabik dada dengan retorik palsu mendakwa negara kita paling selamat di Asia Tenggara.

Justeru itu, usah lagi bersikap demikian, sebaliknya benteras jenayah habis-habisan, bukan berselindung di sebalik angka-angka yang mendakwa kadar jenayah telah turun. Nanti terkena batang hidung sendiri. Itu peringatan/nasihat kita. Nak dengar, dengarlah, tak mahu dengar apakan daya... tunggu saja nanti, tentu ada berita lagi mengenainya. Semuga Allah swt selamatkan kita semua.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




3 ulasan:

vinnan berkata...

Inilah antara satu orang ramai orang bukan
Islam akan sokong hukum hudud. Aneh orang UMNO yang menganut ugama Islam tak mahu hukum hudud.

Tanpa Nama berkata...

ini antara cth balasan ALLAH kpd yg suka memeperlekehkn HUKUM ISLAM...pd
mereka yg ada HUDUD PAS..X sesuai krna masyarakat majmuk...nak makan sup tangan pergilah ke kelantan.negra
akan hancur dan mundur jika laksanakn
hukum ALLAH...PAKAIAN menutup aurat bkn jaminan syurga..tidak ads politik
dlm islam TAPI jd juara tika maulud
rasul berarak dn berceramah konon cintakn nabi sebaliknya penentang utama sunah rasulullah saw.

Tanpa Nama berkata...

rakyat hidup tak aman, yang aman hanya menteri BN