14 Mac 2012

[Bergambar] SMS Ugut Ibu Dirang & Lokasi Dirang Dibunuh Didedahkan

Polis mahu cekup wanita ugut ibu Dirang

PASIR GUDANG - Polis Johor mahu mendapatkan kerjasama rakan mereka dari Kelantan untuk "mencekup" seorang wanita yang menghubungi ibu kanak-kanak Nurul Nadhirah Abdullah, yang diculik dan semalam disahkan dibakar, dengan menelefon dan menghantar SMS berbaur ugutan meminta wang tebusan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff di sini, hari ini.

Ibu mangsa, Roselyn Alan, 25, dilaporkan menerima panggilan dan SMS daripada seorang wanita tidak dikenali dari Kelantan, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, pihaknya telah berhubung dengan polis negeri itu bagi membantu menyiasat kes tersebut.

"Kita minta bantuan polis Kelantan untuk cekup individu itu, kesan dia dan bawak dia ke Johor," katanya.

Roselyn sebelum ini dilaporkan menerima panggilan telefon dan SMS daripada seorang yang tidak dikenali mengugut untuk membunuh Dirang jika tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM30,000.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Masai dekat sini pada Khamis lalu sebagai Nurul Nadhirah setelah mendapat keputusan hasil ujian asid Deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.

Nurul Nadhirah hilang pada 1 Mac lalu ketika keluar membeli mi segera dan telur di kedai runcit di kawasan kediamannya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengunjungi keluarga Nurul Nadhirah atau lebih dikenali sebagai Dirang di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam Pasir Gudang di sini hari ini.

Sambil menyifatkan individu yang terlibat dalam kes bunuh dan bakar kanak-kanak itu sebagai penjenayah kejam, berhati binatang dan tidak berperikemanusian menyiksa insan kerdil yang tidak berdosa, beliau menegaskan suspek yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Katanya, tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi. -SH


Nenek Nurul Nadirah Abdullah, Milnah Jul,52, (dua kanan) tidah dapat menahan sebak ketika melawat lokasi penemuan mayat Nurul Nadirah di sebuah flat terbengkalai di Nusai Damai, Masai di sini, Selasa. -FotoBERNAMA


Kematian Dirang: Di mana tempat yang selamat?

(Pemimpin wanita Pakatan Rakyat dalam sidang media mereka hari ini melahirkan rasa resah rakyat dengan kematian Nurul Nadirah)

KUALA LUMPUR, 13 Mac: "Al-Fatihah untuk Nurul Nadirah. Negara ini bukannya yang paling selamat di Asia Tenggara sebagaimana yang didakwa," kata satu kenyataan dalam Twiiter mengenai kematian Nurul Nadirah.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran kematian adik Nadirah selepas negara ini diistiharkan sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara sebelum ini dan media kerajaan menjadikannya laporan muka depan mereka menjelang pilihan raya ini.

Hari ini, Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengucapkan takziah yang sama kepada adik kecil ini dan mendakwa keselamatan kanak-kanak dan wanita di negara ini berada di tahap yang kritikal.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, kes adik Nurul Nadirah Abdullah yang disahkan mati dibunuh dan dibakar selepas hilang sejak 1 Mac lalu membuktikan Malaysia tidak selamat.

"Negara kita dalam keadaan tidak selamat. kes ini adalah sejarah yang menggerikan seperti yang pernah berlaku sebelum ini dan memang tak sepatutnya berlaku.

"Isu keselamatan kanak-kanak, wanita masih lagi berada di tahap kritikal. Kalau kerajaan mendakwa bahawa negara kita selamat, di mana?" kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Ahli Parlimen itu berharap pembunuh kejam itu dibawa ke muka pengadilan.

"Muslimat amat bersimpati dengan ibu dan keluarga adik Nurul Nadhirah dan saya harap perkara ini tidak berlaku kepada keluarga yang lain.

"Saya harap penjenayah dihadapaihadapkan ke muka pengadilan agar menjadi iktibar kepada orang lain," katanya.

Nada empati yang sama turut dikongsi timbalannya, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Ahli Parlimen Kota Raja itu mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil ringan keselamatan anak-anak sebaliknya perlu sentiasa berwaspada walaupun berada di kawasan rumah.

"Saya boleh merasakan empatinya. Ini menunjukkan keadaan selamat yang konon-kononnya ada sebenarnya kita tidak selamat. Ibu bapa tidka boleh membuat andaian selamat.

"Ibu bapa jangan lupa, mungkin ini penjanayah bersiri dan akan melakukan kekejaman yang sama kepada kanak-kanak lain," katanya.

Polis semalam mengesahkan mayat rentung yang ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, Pasir Gudang di Johor Baharu 8 Mac lalu adalah Nurul Nadhirah atau Dirang.

Nurul Nadhirah dilaporkan hilang pada 1 Mac lalu kira-kira 11 pagi ketika keluar untuk membeli mee segera dan telur di kedai runcit di kawasan flat kediamannya.
-HD



Laporan sebelum ini
klik untuk baca




9 ulasan:

Waris berkata...

Kalau di negara maju, kes2 macam ni tak dihebohkan kepada media demi untuk menjaga keselamatan mangsa. Cukup sekadar laporan polis dan polis terus bertindak. Media hanya akan diberitahu setelah kes selesai.

Tapi tidak di malaysia di mana kerjaya sebagai polis hanya untuk mereka yang GAGAL dalam education. Maaf cakap... kebanyakan polis di malaysia tak ada otak. Tidak proaktif serta bertindak seperti lembu tanpa guna akal.

Beribu repot polis dibuat pun tak mentangkan apa2 faedah kerana tidak disusuli tindakan. Tindakan hanya dibuat mengikut kepetingan serta arahan. Pihak atasan pulak tidak mementingkan kes yg terpencil kerana kenaikan pangkat tidak mengikut merit. Sebagai contoh, pegusung tilam pun boleh mencapai ke tahap ketua polis negara.

Tanpa Nama berkata...

betul tu sdra waris.
pengusung tilam pun boleh jadi ketua polis negara.
itu sebab malaysia sekarang huru hara.

Tanpa Nama berkata...

Memang betul apa yg diperkatakan oleh saudara, tetapi saudara tahu ke ada berapa repot polis yang dilaporkan pada setiap hari di balai-balai polis untuk pihak polis ambil tindakan kesemuanya dengan nisbah keangotaan polis yang menyiasat kes ?????? Jadi jangan hanya membuat fakta yang membuta tuli sahaja....

Tanpa Nama berkata...

Yang terlibat membuat mykad kpd PATI pun polis jgk. Jgn nak menyangkal lagi. Polis membuat tindakan terpilih

Tanpa Nama berkata...

Itulah masalahnya...pabila ada teguran, ada pulak yang pertahankannya walaupun ternyata memang salah, contoh usung tilam tu...kerja camtu x payah buat la polis oiii..Kawe x berapa nak caya polis ni sejak DSAI lebam mata, depa kata dia tumbuk diri sendiri dalam lokap dulu...ada ka patut...

Waris berkata...

Untuk anon 1:49... Berapa banyak repot polis setiap hari buian urusan kami sbg rakyat utk selesaikan. Terserah kepada pentadbiran polis utk menangani masalah tersebut.

Perlu buka minda bahawa kita skrg hidup di abad ke 21. Bukan lagi hidup di zaman tun razak tetapi di zaman anaknya najib razak. Jika kena dengan sistem yg betul kerja utk 10 org boleh dilakukan oleh seorang.

Kalau kita tengok sistem komputer kat balai polis pun serupa dgn computer yg ada di scrap yard. Pentadbir yg bijaksana perlu ada dlm pasukan polis. Bukannya pengusung tilam atau kepala kongsi gelap yg dilantik menjadi pentadbir.

Tanpa Nama berkata...

hukum dan syariat Allah saja yang boleh mencegah perkara seperti ini daripada berlaku.


666

Tanpa Nama berkata...

Aku dah tak percaya dgn polis malaysia.mcm polis cerita hindustan. kalau anak2 pak menteri barulah mcm kilat bertindak. aku dh kena,masa buat laporan rumah aku kena pecah masuk, tv n kunci pendua kena curi. Nak tau. . masa taip report main cut and paste jer. aku perasan bila masa nak sain tengok laporan yg lepas dh lapok. dah tu board desktop dia ,pejabat polis cantik di luar di dalam mcm bgnan lama d biarkan 50 tahun jer. . .kerja cincai. . .ada ka patut cap jari tk dapat nak detect. .memang tak der class polis malaysia ni. suruh jer usung tilam baru expert yer?

nor afzan berkata...

SMS di atas tu tuan pulis kata budak 11 tahun yang hantar, so takde kes. Logik tak tuan2?
-tak ada anak lg-