14 Mac 2012

[WASPADA] Emas Susut Selepas Diserah Untuk Dicuci

Emas susut, tukar warna kelabu

PENDANG – Seorang suri rumah terpaksa mengalami rugi besar apabila semua barang kemas miliknya rosak dan beratnya makin berkurangan setelah mencuba khidmat mencuci barangan berharga itu yang ditawarkan tiga individu, baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang lelaki dan dua perempuan menaiki sebuah kereta berwarna putih mendakwa datang dari Jitra, pergi ke rumah jirannya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci emas dan turut menjual emas Korea.

Mangsa, Aishah Jaafar, 58, berkata, ketiga-tiga suspek datang ke rumah jirannya kerana ketika itu ramai penduduk kampung sedang mengadakan gotong-royong untuk majlis kenduri sempena jirannya yang ingin mengerjakan umrah.

“Mereka datang sambil menawarkan khidmat cuci emas dan menjual emas Korea pada kira-kira 20 penduduk wanita pada masa itu. Ketiga-tiga mereka meminta barang kemas dipakai beberapa penduduk untuk dicuci dengan bayaran hanya RM2 untuk satu barang,” katanya kepada Sinar Harian.

Aishah berkata, pada masa itu, salah seorang daripada suspek menarik tangannya dan meminta rantai tangan yang dipakainya untuk dicuci. Menurutnya, namun dia enggan memberikan barangan terbabit kerana bimbang ditipu.

“Selepas enggan memberi rantai tangan untuk dicuci, saya bertanya sama ada mereka boleh membaiki rantai tangan jenis batu yang putus. Mereka mengakui boleh melakukannya dan terus meminta saya mengambil rantai tangan itu di rumah
.

“Disebabkan yakin mereka ingin membaiki rantai tangan itu, saya mempelawa mereka ke rumah saya dekat situ, sehinggakan saya cepat-cepat berlari balik ke rumah,” katanya.

Aishah berkata, tiba di rumahnya, dia segera mengeluarkan rantai tangan terputus itu dan memberikan kepada mereka, namun suspek memaklumkan ia tidak boleh dibaiki.

Katanya, dia seolah dipukau tiga individu terbabit apabila terus membenarkan mereka membuka semua barang kemas dipakainya, iaitu seutas rantai tangan dan rantai leher serta mengambil satu gelang lagi yang disimpan di dalam bilik untuk dicuci.

“Mereka memujuk saya agar semua barang kemas itu dicuci dengan bayaran hanya RM2 dan tiga barang milik saya dikenakan RM6. Mereka mencuci barang kemas dengan cara membakar semua barang kemas itu dan memasukkan semuanya dalam botol serta terus menggoncang kuat botol itu sehingga cecair di dalamnya menjadi warna kuning keemasan,” katanya.

Menurutnya, selepas proses itu dia tidak menyedari gelangnya rosak dan berat barang kemasnya makin susut hingga tiga individu itu beredar.

Aishah berkata, selepas kumpulan licik itu pulang, dia baru tersedar semua barang kemasnya menjadi ringan daripada berat asal.

“Gelang saya makin nipis dan rosak, rantai leher menjadi kecil dan bertukar warna hampir kelabu. Saya terkejut kerana semua barang kemas itu telah dibeli lebih enam tahun lalu dengan harga RM4,000 ketika itu, namun semuanya menjadi ringan. Saya cuba menimbang dan mendapati semua berat barang kemas itu hanya 10 gram,” katanya.

Menurutnya, dia pasti tiga individu terbabit mencuri emas melalui cecair yang digunakan.

Aishah difahamkan, tiga individu itu sudah tiga kali ke kampungnya menawarkan khidmat mencuci barang kemas dengan kenderaan berlainan kemungkinan mengelakkan penipuan mereka dikesan.

Anaknya yang enggan dikenali berkata, dia maklum isu ramai penduduk di bandar tertipu dengan servis mencuci emas dari rumah ke rumah, namun tidak menyangka ia turut ditawarkan di kampung. -SH

6 ulasan:

Tanakwagu berkata...

satu lagi sindeket penipuan.
klu masuk kampung saya pasti x dapat keluar..belasah yo!...pasti

Tanpa Nama berkata...

waspada!!! pernahkah BN/UMNO beri netbook dan RM500 sebelum kalah teruk PRU12 yang lalu????

Tanpa Nama berkata...

Baru2 ni saya terbaca kes yang sama berlaku di Rompin,
Cara penipuan pun sama.

Tanpa Nama berkata...

salam...muskil ni...saya beli rantai emas untuk anak saya, seribu lebih, tapi yg herannya warna emas tersebut bertukar silver dalam beberapa hari...bila dirujuk kepada jurujual dia cakap mungkin terkena losyen atau apa2 yang menyebatkan rantai emas itu disaluti warna silver...selama ini tak penah la plak rantai emas lain jadi camtu...boleh ka benda camni berlaku atau emas yang dibeli saya emas tak tulen????

Tanpa Nama berkata...

Maaf le klu tulisan aku ni agak sensitif. Ni pandangan aku aje.

Aku perhatikan kbnyakan org2 tua di kg yg skrg tinggal sendirian atau berdua suami isteri,mempunyai koleksi brng2 emas yg agak bnyak.

Rumah mereka jauh antara satu dgn lain, mereka ni jadi target pencuri2 & penipu.

Anak2 yg cerdik2 kerja di bandar yg dah jwtan tinggi & bljar agama tu, cakap baik2 kat org tua2 agar jual le barang2 kemas tu, buat sesuatu yg akan jadi bekal mereka, seperti wakafkan duit utk kebajikan, pi haji/umrah ke dll.

Jgn le simpan banrang2 kemas tu banyak2, dah tua2 tu tak payah le pakai & simpan. Takkan nak pi mesjid pun nak usung. Klu tak bawa, nanti pi masjid atau kebun, penyangak pecah rumah.

Atau duit tu, masukkan kat tabung haji anak2 cucu, hibahkan.

Mudah2an dgn amal kebajikan & pengorbanan tu (jual/wakaf/infak barang2 yg kita sayang, Allah akan pelihara kita dunia akhirat. Amin)

Yg muda2 kot teringin nak pakai sbgai perhiasan, silakanlah, tapi pakai le yg kecik aje. Klu besar macam lipan tu, takut2 niat dah jadi lain pulak.

Maafka aku.

Tanpa Nama berkata...

Ibu mentuaku ade sikit barang kemas tapi dia simpan aje.

Dia rajin pi majlis ilmu kat masjid.
Satu ketika dia nak pi umrah (haji dah pi), duit tak cukup, aku cadangkan jual emas tu utk top up.
Dia agak sayang nak jual (sentimental) tapi aku pujuk, lagipun tak pakai, baik manfaatkan utk yg kita suka di dunia ni.
Dia ikut cadangan aku.

Adik beradik lain yg suka barang2 kemas ada yg tak setuju kat aku, aku tak kisah le. Lagipun ibu mentuaku suka kat aku sebab kalau aku sembang2 dgn dia, aku sembang perkara2 agama & yg baik2. Tak ngumpat & sembang kosong.

Kami pulak tu tak lupa jenguk & beri duit belanja tiap2 bulan kat dia & sering solat jemaah dgnya.

Syukur sbb ibu mentuaku rajin pi majlis ilmu wlu dah umur >70an & kami follow insyaAllah.