Rafidah: Shahrizat tak korban untuk Umno, negara
Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas menteri perdagangan dan industri antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail hari ini.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar "dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah. -mk

12 ulasan:
najib,mahyudin,mat naslan kena lah jaga hati sharizat,masing masing ada bahagian,nanti sharizat beritau semua pasal bangunan kazastan,mahyudin tukang lulus,xkan xjanji apaapa kot,mat maslan mati pun bodek,jadi pujilah sharizat,mudahanmudahan sharizat xde melenting sampai hancur semua
Dendam kesumat akan menunjuk belang dikalangan pemimpin parti sekutu apco pandi kutty !
Stuju dgn Kak Fidah, kalau Kak Izat awal-awal lagi letat jawatan, iaitu sejak kes fidlot ini terbongkar, baru la boleh dikatakan 'BERKORBAN' ..tapi dia tunggu sampai penggal senator abih..korban penama nih? Nak KORBAN Lembu ..tunggu lah Hari Raya Korban nanti. Buat lah KORBAN besar-besaran, kan lebih baik..! Tapi halalkah LEMBU-LEMBU tu nak dijadikan KORBAN.?? Pulak..?
biarkan geng2 gerombolan dibodohkan oleh bapak2 lembu...jadi mengapa rakyat terbanyak mahu jadi lembu sama?olih itu mari kita sembelih lembu2 tu sekor2 pada pru13 nanti!!!
makcik pidah pulang paku buah keras!! hehehe
gasak korang laa betina (wanita?) umno oii.
tumpang iklan.. tabung haji yang semakin menyimpang... kasihan umat islam...kene tipu..
http://yazidothman.com/content/view/23/7/
rakyat nak tukar kerajaan BN PRU13 insyaallah
ganti Bn PRU13, habis cerita
SOKONG!!!!! ngan makcik Pidah.... berkorban apebendanye???? yg kata berkorban tu lagi BANGANG!!!!! awak dah bangang jgn lah rakyat pun nak suruh ikut bangang.... bahlul.
Dulu opah pidah balaiah AP..juta juta gak...tuuu saham kat menantu,..tak kan sonyap jeaaa....alah..2X5 jea.... mongkalau nama UMNO tak balaih tak buleh fulus baik jangan jadik ketua... tak gitu kak mah
SAMA NAIKK LAAAA DUA2 EKOR NIII.....SEORANG DAH LAMA KENYANG...TAPI DAH LAPAR SEMULA ..SEORANG LAGI BELUM CUKUP KENYANG TAPIII...KALAU SEMPAT CUBA NAK SUMBAT2 LAGI
Macam Ayam kata pada Kambing lah...Hey kambing, engkau nie sungguh alim pasal janggut panjang..Tapi sayang nampak telur...Kambing pulak balas, Hai Cik Yam, engkau nie memang cantik bila tengok pada balong...Tapi sayang kaki tak pakai kasut...Jadi elok jugak lah korang bergasak..kurang2 rakyat tahu siapa kau orang. Sykadeer.
Catat Ulasan