DAP persoal ‘keimanan’ Hasan
SHAH ALAM – Seorang pemimpin kanan DAP mempersoalkan ‘keimanan’ bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana tindakannya melempar tuduhan yang dianggap melulu terhadap Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.
“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.
“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.
Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.
“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.
“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.
Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.
“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau (bekas) anggota Pas.
“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.
“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.
Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin PAS. -SH
Ulasan GB
Jangan kata orang Islam, orang bukan Islam pun merasa jelek dan jijik dengan perlakuan Hassan Ali.
Benarlah, dia telah dilemparkan ke lembah suuq (kehinaan)...
Petikan munajat sebelum ini
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Hasan Ali ‘Budak Suruhan’ Umno Yang Tak Boleh Dipercayai Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 2 FEB : Agenda sebenar Dr.Hasan Ali sudah jelas terbongkar dengan kenyataan terbarunya yang dangkal, bebal dan berasaskan fitnah semata-mata seraya menzahirkan beliau adalah orang suruhan Umno ,tegas Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP, Zairil Khir Johari.
Menurut Zairil, semasa berceramah di Bangi baru-baru ini dilaporkan Hasan berkata apabila Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah republik. Di samping itu, Hasan Ali juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
“Motif politiknya sebagai orang suruhan UMNO sudah terbongkar. Saya berasa kesian kerana Hasan Ali terpaksa menjual harga dirinya dengan menipu rakyat untuk mendapatkan publisiti murahan.
“Katanya memperjuangkan Islam, tetapi yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga merupakan sindiran yang menderhaka dan berunsur hasutan yang bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman,” kata Zairil dalam kenyataan medianya.
Menurut Zairil, beliau percaya taktik fitnah taraf UMNO ini tidak akan dipercayai umum. DAP adalah sebuah parti yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak mengambil pendirian yang mencabar teras-terasnya.
Sebagai bukti pendirian DAP dalam mempertahankan kerangka kenegaraan yang sedia ada, termasuk sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan,
Tiga perkara yang terkandung dalam Deklarasi Shah Alam yang baru sahaja dibentangkan, dibahas dan diluluskan dengan sebulat suara oleh para pewakilan dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2012 Disember lepas.
1. Mempertahankan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. DAP komited untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai undang-undang yang paling agung negara dan meluhurkannya dalam semangat Merdeka 1957 dan Perjanjian Malaysia 1963.
2. Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
3. Memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan serta kebebasan untuk mengamalkan agama-agama lain dengan aman dan damai, seperti yang termaktub dalam Artikel 3 dan 11 Perlembagaan Persekutuan.
Petikan di atas jelas membuktikan komitmen DAP untuk menjunjung dan mempertahankan teras-teras Perlembagaan Persekutuan.
“Dan jika benar DAP mempunyai hasrat untuk merendahkan status Islam, kenapakah Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di Pulau Pinang meningkatkan berkali-kali ganda peruntukan tahunan untuk hal ehwal Islam?
Kenapakah di Pulau Pinang jauh lebih banyak bantuan diberi berbanding dengan Kerajaan BN untuk pembesaran tapak perkuburan, pembangunan Sekolah Agama Rakyat dan program-program sambutan kebesaran Islam? ” ujar beliau.
Tambah Zairil, dengan fitnah dan tuduhan yang melampau ini, peranan Hasan Ali sebagai musuh dalam selimut sudah tidak diragui.
“Sesungguhnya seseorang yang begitu cepat berpaling tadah dan menyongsangkan pendiriannya tidak layak dipercayai,” katanya. -selangorkini
Fokus PRU-13, tak perlu layan Hasan Ali
KUALA LUMPUR, 2 Feb: Semua ahli PAS diseru memberi fokus kepada persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 dan tidak perlu melayan isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas Exco Selangor Datuk Dr Hasan Mohd Ali.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Hasan berhak memperkatakan apa sahaja yang beliau mahu namun PAS tidak akan melayannya, lebih-lebih lagi bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga sudah dipecat dari parti itu.
"Kita ambil sikap tak layan lah sebab kita anggap dia bukan lagi ahli PAS dan dia nak kata apa pun itu pandangan dia.
"Dalam konteks parti ini bukan tumpuan utama buat masa ini sebab seluruh jentera kita harus fokus kepada pilihan raya," katanya ketika ditemui Harakahdaily.
Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung pendirian PAS terhadap siri jelajah oleh Dr Hasan yang antara lain menyerang beberapa pimpinan parti itu.
"Walau apapun, kita akan pantau perkembangan dia (Hasan) dan bagaimana serangan dia kepada PAS.
"Kalau kita lihat serangan itu bersifat fitnah atau sebagainya, kemungkinan ada pihak akan ambil tindakan undang-undang secara peribadi," katanya.
Mengulas penubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jati oleh Dr Hasan pula, Tuan Ibrahim yakin ianya tidak menjejaskan PAS sama-sekali.
Malah sebagai sebuah negara demokrasi, Dr Hasan sememangnya berhak berbuat demikian dan PAS sama sekali tidak menghalang.
"Nak tubuh NGO Jati ke apa ke, ikut dia la sebab negara kita dasar terbuka dan dia bebas untuk tubuhkan apa-apa dia mahu," tegas Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim ketika mengulas perkara itu kepada beberapa media sebelum ini berkata, penubuhan NGO Jati itu juga bukan satu ancaman kepada PAS.
Malah beliau juga yakin ahli PAS sendiri tidak mudah terpengaruh dengan isu yang dibawakan Dr Hasan itu.
Tuan Ibrahim berkata, melalui tinjauan yang dijalankan dalam kalangan ahli parti, penubuhan Jati dan pelbagai isu yang dibawakan Hassan tidak menjejaskan pendirian dan kesetiaan ahli terhadap parti.
“Buat masa ini, kita tidak mahu melayan dan rasa terganggu dengan ‘kemuncup’ yang ada,” katanya. -HD
Ulasan GB
Jangan kata orang Islam, orang bukan Islam pun merasa jelek dan jijik dengan perlakuan Hassan Ali.
Benarlah, dia telah dilemparkan ke lembah suuq (kehinaan)...
Petikan munajat sebelum ini
Ya Allah Ya Tuhan kami
bersihkanlah parti kami
dari mereka yang berpura-pura bersama kami
sedangkan hati mereka bersama dengan
musuh Engkau dan musuh kami
hantarkanlah pukulan keras Engkau
kepada mereka yang berpura-pura itu dan
pancunglah mereka untuk kami serta
hantarkanlah mereka ke lembah suuq (buruk)
klik untuk baca
12 ulasan:
Sudahlah tu. Jangan layan orang gila meroyan ni. Biar dia menyalak ke sana ke mari...kita bukit dia ibarat anjing...anjing menyalak bukit takkan runtuh.
Sudah2lah hasan ali oii...x baik nk buruk2kan sesama manusia...mungkin nasib hasan ali telah ditakdirkan berpisah dgn PAS..terima je lah...berdiam diri itu lebih baik..
sebagai orang bijak saperti yang diakui oleh DHA sendiri.... carilah jalan yang lebih bijak kalau dia betul2 bijak bukan mundur kebelakang saperti apa yang cuba dilakukan semasa nak masuk PAS kita boleh dengar macam2 pujian dari beliau tetapi bila disingkir segala macama perkataan di haburkan jangan salah orang salahkan diri sendiri IKLAS kah anda didalam perjuangan PAS ? sesiapa pun didalam parti apa pun termasok juga UMNO IKLASkah mereka 2 ini didalam perjuagan mereka... tepok dada2 masing2 kita mesti ingat yang kita ada orang YANG LEBIH BERKUASA LEBIH MEGETAHUI APA YANG ADA DIDALAM DADA KITA
DULU KATA KAT ANWAR JGN DIHERET RAKYAT BERSAMA UTK SELAMATKAN ISU PERIBADI ANWAR....SEKARANG YG HASSAN PENAKUT BUAT ROAD SHOW BUKANKAH ISU PERIBADI HASSAN SEBAGAI PERASIT???
Hasan Ali yang aku kenal di tahun 90an adalah jauh beza dengan sekarang ini. Rupanya manusia yg selalu menasihati manusia lain dalam ceramah Ehwal Islam dan ceramah motivasi sanggup mengadai maruah dan membelakangkan prinsip hidupnya selama ini.Marah sungguh DHA nie...Baliklah kepada ISLAM yang sebenar wahai DHA.
semoga hassan dikurniakan taufiq....
dan dia terus amar maaruf & nahi mungkar
Cakap tak serupa bikin ~ Prinsip Minafikun. Halal haram bukan matlamat dan penghalang. Yang penting, misi harus diutamakan dan dicapai.
Cakap orang cina, ini manusia yang manusia pun tak serupa manusia, hantu pun tak serupa hantu. Kenapa ma? Sebabnya ialah dia 'cuba' jadi manusia dan pada masa yang sama, dia adalah hantu.
Kalaulah DHA ni benar-benar ikhlas terhadap Islam, adakah dia akan berbuat sedemikian? La ni Orang Islam amat mengenali hang KECUALI orang Melayu (terutama yang dok dalam UMNO piang).
Kalau kau ikhlas terhadap Islam, sudah tentu kau bukan hentam PAS sahaja malahan hang akan hentam Menteri Agama yang guna zakat? Hang akan hentam isteri PM yang pakaiannya tidak Islamik. Hang akan hentam NFC? ..... tapi apa yang hang buat, DHA ni? dok bising pasal suatu benda yang belum wujud atau tak mungkin wujud. Yang daha wujud depan mata, hang tak komen. Haram jadah punya munafikun. Patut le muka kau makin hari makin lebar, nur pun makin pudar, ........
Hasan telah membuktikan bahawa sanya beliau bukan seorang warak, bijak pandai atau Intelektual seperti yang beliau menggambarkan dirinya selama ini. Memang oatut pun dia kalah semua jawatan dalam PAS. In i membuktikan ahli2 PAS bijak meilih pemimpin.
Sepatutnya seorang yang warak ya ng tahu selok belok agama patut berhenti bercakap banyak, merapu jauh sekali BUAT TUDUHAN LIAR TERHADAP BEKAS TEMAN SEPERJUANGANNYA. Kami rakyat pun boleh menilai apabila dia ni sudah kuat MENIPU DEMI UNTUK KEPENTINGAN DIRI. SAYA MERAYU KEPADA BELIAU DEMI UNTUK MELINDUNG MERTABAT DAN KEHORMATAN KELUARGANYA ELOK LER BERDIAM DAN BANYAK MLHON DOA KEPADA ALLAH AGAR TUNJUKKAN JALAN YAN G BENAR. JANGAN BIARKAN DIRI DIPERALATKAN OLEH PIHAK KETIGA UNTUK KEPENTINGAN MEREKA. KAMI RAKYAT TAHU SAPE MEREKA ITU.
Semua peringat ahli PAS tidak perlu ulas/layan isu yang ditimbulkan Hassan Ali kerana dia bukan ahli PAS lagi.
HA INI MEMANG OTAK DIA SUDAH 'OUT OF ALLIGNMENT'....HAHAHAHAHA
Hasan ali dah jadi penceramah motivasi UMNO alias baths Umno
Hasan ali dah jadi penceramah motivasi UMNO alias baths Umno
Catat Ulasan