2 Feb 2012

1 Dunia Sudah Tahu Hal Rosmah, Bagaimana Najib Hendak Membela Isterinya?

Laporan Rosmah 'belanja sakan sengaja direka' - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan Datin Seri Rosmah Mansor dengan mendakwa bahawa laporan kononnya isteri beliau berbelanja sakan di Sydney baru-baru ini "sengaja direka" untuk memburukkan imej mereka.

Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pengguna di Twitter yang meminta beliau untuk mengesahkan sama ada tulisan di blog fesyen Australia - Frockwriter yang menganggarkan isterinya membelanjakan sekitar A $100,000 (RM323,000) untuk membeli pakaian oleh pereka terkenal.

"Ini cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.


Sebelum ini, wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan bahawa Rosmah ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia. Tulisannya kemudian dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Dalam seksyen 'Private Sydney' kolumnis akhbar itu, Andrew Hornery memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp , kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana.

Menurut kolum itu lagi, Rosmah dan Najib, semasa cuti tersebut, menginap di penthouse A$20,000 (RM65,100) semalam di Hotel Darling.

Dengan tajuk 'Super Kerr Now a Model Citizen', kolum itu turut melaporkan bahawa Rosmah telah meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan Kapp ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya. -mk

Penulis blog dedahkan e-mel 'belanja sakan' Rosmah

Wartawan fesyen Patty Huntington dalam blognya Frockwriter mendedahkan urusan e-mel untuk membuktikan kesahihan laporan yang ditulisnya mengenai isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor yang ‘berbelanja sakan’ membeli pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia.

Buat kali pertamanya, Huntington menulis dengan panjang lebar di blog beliau dengan dijelaskan secara terperinci tentang apa yang berlaku antara beliau dan pereka Carl Kapp serta ‘publicist’ beliau, Little Hero, sebelum berita berkenaan dipetik oleh akhbar The Sydney Morning Herald pada 21 Januari.

Huntington (kanan) berkata bahawa beliau pertama kali mendapat maklumat pada 16 Januari oleh seorang kakitangan Littele Hero yang bernama Holly Beer yang menghantar e-mel kepada penulis blog itu menceritakan mengenai pembelian 61 helai pakaian oleh Rosmah dari kedai Kapp.

Dalam e-mel Beer ini kepada penulis blog itu, beliau menceritakan pertemuan Kapp dengan Najib dan Rosmah di penthouse Hotel Darling Hotel. Beer mendakwa ketika itu, pakaian berkenaan dipesan untuk majlis Rosmah yang dikatakan adalah banyak.


"Pakaian perlu disiapkan pada tempoh sebulan selepas percubaan kedua. Semua pakaian perlu diubah-suai supaya berlengan panjang, dengan memastikan tidak ada bahagian pergelangan kaki atau tangan yang terdedah.

"Beberapa fesyen yang dipesannya itu termasuk skirt Emilia dan blaus berlengan panjang.

"Dia (Rosmah) juga meminta pakaian tambahan lain selain 61 helai yang telah dipesan itu. Ini adalah campuran AW12 (Autumn Winter 2012) dan SS11 (Spring Summer 2011)," tulis Beer.

Huntington juga mempertahankan tulisan di blog beliau dengan mendedahkan bahawa Kapp diterbangkan ke Kuala Lumpur bulan lalu untuk pakaian berkenaan dicuba. Beliau sebaliknya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini pada 25 Januari menafikan perkara itu dan berkata bahawa lawatannya ke Malaysia adalah sebahagian daripada projek ‘Jelajah Asia’ dan bagi mendapatkan bahan untuk rekaannya.

"Kapp beritahu saya, dia (Rosmah) minta saya untuk datang ke KL untuk mencuba pakaian berkenaan.

"Saya (Kapp) berkata 'jika anda (Rosmah) membayar tambang perjalanan, pasti (saya akan datang) ... saya tidak percaya bahawa saya akan diterbangkan ke sana bulan depan semata-mata untuk pakaian itu dicuba untuk hanya selama sejam setengah.

"Dan kemudian diterbangkan sekali lagi pada keesokan harinya," katanya mendedahkan, sebahagian daripada petikan perbualan dengan Kapp pada 17 Januari lalu.


Ulasan GB

Persoalan kini, satu dunia sudah tahu tembelang belanja boros Rosmah. Ini kerana yang menyiarkan berita itu bukan Utusan, bukan Berita Harian, tepai Sydney Morning Herald.

Bagaimana penafian Najib mampu memadam berita berkenaan?

Mungkin ada satu cara: saman akhbar tersebut. Ada berani?

11 ulasan:

abu berkata...

NAJIB TAKUT KENA TALAK...TU YANG TAKUT NAK HALANG ROSMAH BELANJA SAKAN.....

Tanpa Nama berkata...

Melayu bodoh dia bolehlah nak kelentong

MNazri berkata...

Bagi jelah alasan biasa -menabung dari kecil.

Melayu kan ke mudah lupa..

Hehe

Tanpa Nama berkata...

Saman je lah najib. Apa nak takut kalau betul isteri tuan tidak buat.

antahberantah berkata...

Biasala..kena buat tebal muka...muka tak malu...orang kata kalau laki kao tau terlalu rendah pada bini maknanya laki tu DAYUS..heheheheh...

Tanpa Nama berkata...

Kita kan 1 M'sia...apa nak di gundah gulana kan. Nasib enko lah Najib, dapat bini mcm tu...Habis duit kami bini hang songlap. Maka nampak jelas dan lagi nyata...PRU13 nie jangan harap rakyat nak bagi undi kat BN. Fikir-fikirkan lah...

Tanpa Nama berkata...

dia ada duit...duit di biarlah dia berbelanja... bukan duit kau @ kerajaan.... pasal dia berbelanja guna duit dia pun sampai nak saman2... kau pun kalau ada banyak duit kau pun mcm dia jugak....

1 Malaysia berkata...

suami ... dayus. Kesian tengok dia, payah nak masuk syurga.
Kena nasi kangkang kot.

Tanpa Nama berkata...

anon February 3, 2012 2:51 PM ,
sape cakap tu duit dia?sehelai baju designer tu paling murah AU400. Seribu lebih duit ringgit malaysia tu. rakyat isi minyak pun susah. No , itu bukan duit dia , kalau duit dia, buktikan dan saman akhbar tu. Kau ni kalau banyak duit buat benda sama dia buat ke? cakap sebijik macam org takde iman. kesian.

insan perihatin berkata...

Aku rasa itu duit sendiri menabung sejak dari kecil.kita jgn buruk sangka tak baik tau.mana tau tokei2 besar bagi angpow hariraya cina tempohari ke.lagi pun RM org yg taat pada suaminya.korang fikirlah takkan FLOM nak gi shopping kat masjid india tentu dia nak jaga status dia sbg isteri PM.

Tanpa Nama berkata...

entah la wallahualam..... tp apa yg mat salleh tu war warkn tu dah termaktub btl... dia xakan saja2 buat2 berita mcmtu.. sbb dia nk jaga bisnes dia juga. jd dia nk bg tau dia mempunyai pelanggan yg menakjubkn... seperti artis di negara mereka mcm us ke... kalau korg ade customer yg menakjubkn ni jugak akan ceritakn pada org ramai contoh customer korg mariah curry la. confirm korg akan cerita yg benarnya mariah curry dtg kedai korg membelanjakn sekian2 byk itu dan ini. sbb apa??? sbb owner kedai butik ni dia nk buat sale la... ape lg artis tu dtg tmpt dia beli kaw2 sbb cantek sgt.. menampakkn org dibutik ni pakaian cantek2 dan professional.. jd mmg sahih la berita org australia ni. kalau xpercaya direct pergi australia la tny private.