25 Jan 2012

Zizan Tolak Tawaran RM18,000 Semata-mata Untuk Bersama Ust Azhar

Cerita Disebalik penglibatan Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya.

Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus.

Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.

Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas.

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu.

Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.

Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur.

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.

Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat.

Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.

Dipetik dari status founder wootmedia.my


Laporan sebelum ini
klik untuk baca





7 ulasan:

Ammyhassan berkata...

Semoga Allah swt memberkati hidup Zizan, panjang umo & muroh rezeki... Aamin! Apa org lain kata, katala... kubo masing2.. amalan masing2!

Tanpa Nama berkata...

Ajak sekali Johan.

Tkarkanlah melawak kpd menyeru kpd menghayati islam.

Sekali membuat org tertawa dgn lawak kita 70 tahun dlm api neraka.

Berapa puluh ribu kali org tergelak dgn lawak kita?

Fikir2kanlah Zizan.

Kpd tolong tanyakn kpd UAI naktanya apa hukum berlawak yg menyebabkan org tertawa berdekah2?

Aku hamba Allah.

Tanpa Nama berkata...

aku hamba allah>>mana kau dengar hadis orang yang buat lawak masuk neraka 70 tahun...sila baagi hadis...nak tau gak..

Tanpa Nama berkata...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”

Riwayat Ibnu Abi Dunya

Tanpa Nama berkata...

Dia muda, dia dah mula terfikir & berjinak2 utk mendekati orang2 beragama setelah peristiwa kontrovesi dulu, tanda2 suka pada agama & nak berubah tu dah ada,
cuma dia perlu lebih banyak kpd persekitaran agama banding artis2 & hiburan2 campur dedah2 aurat, gossip sia2 (melodi) dll...

Kan ada kisah antara cara nak kembali kpd agama seriously ialah banyak bercampur persekitaran yg baik.

Sama2 kita doakan .. setakat ni antara contoh yg ok ialah Sham Kamikaze. Artis wanita ramai pakai tudung, tapi baju masih ketat & masih nyanyi atau jadi mentor nyanyian, aku kurang setuju sbb dia promosi & menggalakkan perempuan2 mengalun2 suara & bergaya di khalayak ramai.

Lebih baik klu dah kaya tu, buka kedai halal mart, butik muslimah ke, & beri peluang pekerjaan kpd remaja. Seminggu sekali panggil ustaz/ustazah di kedai beri tazkirah. Kembali kepada hidup sederhana. Sbb artis ni sering nak kelihatan cantik & anggun, jadi belanja mewah.

Cahaya petunjuk berkata...

Salam. nice blog and lots of info

Tanpa Nama berkata...

Semoga azizan . dan kawan dapat pertunjuk drp Allah. dunia ini hanya sementara sahaja.ingatlah hari mati.ingat dan takut lah pada allah.