Kemiskinan orang Melayu bukanlah berpunca dari tindakan kaum lain yang tamak dan mengambil kesempatan dari ekonomi Negara.
Bekas wakil rakyat Umno, Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bahkan mengatakan, perjuangan untuk membebaskan orang Melayu dari kemiskinan tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Dan usaha mencapai saham bumiputera 30% daripada kekayaan negara sebenarnya tidak pernah berkembang.
Beliau mengatakan demikian dalam tulisan terbarunya yang disiarkan sebuah laman berita internet.
Bekas ADUN Pulau Manis, Pahang itu menegaskan punca-punca kemunduran orang Melayu adalah disebabkan oleh tingkah laku pemimpin Melayu itu sendiri.
Katanya, Kepimpinan Melayu di semua peringkat tidak bertindak demi kepentingan orang Melayu sebenarnya.
Namun, katanya, 30 orang pemimpin elit orang Melayu bertambah baik kehidupannya.
Oleh itu, beliau berkata walaupun pemimpin Umno berjuang kononnya mempertahankan 30% pemilikan orang Melayu, sebenarnya mengeksploitasikan hak-hak tersebut untuk diri sendiri.
Pemimpin Elit Umno itulah yang sebenarnya yang menjadi perasuah dan pengampu yang berselindung disebalik ketuanan Melayu.
Dato’ Mohd Ariff Sabri Aziz bukanlah calang-calang orang dalam Umno.
Beliau adalah bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ketuanya.
Jawatan Ketua Penerangan ini bukan ditentukan secara pemilihan, sebaliknya melalui cara lantikan oleh Ketua Bahagian.
Dato’ Mohd Ariff Sabri ialah orang kepercayaan Najib sehingga dipilih sendiri olehnya untuk menjadi Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan.
Dengan jawatan-jawatan yang pernah disandang olehnya, dan hubungan baiknya dengan Najib, adakah ia memberi kesan kepada orang-orang Melayu yang masih menyokong Umno.
Baru-baru ini juga, bekas Menteri Umno, Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir A.Kadir Sheikh Fazir mendakwa Umno gunakan wang pada kempen pilihan raya lalu untuk membeli undi.
Beliau berkata demikian dalam satu forum dengan menjelaskan mengalami pengalamannya sendiri memberi RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi.
“Saya telah menjadi ketua dalam banyak kempen dan saya diberikan wang dalam jumlah yang banyak untuk diagihkan,
“Ia secara terang-terangan untuk membeli undi,” katanya.
Abdul Kadir masih memegang jawatan dalam Umno, berkata, beliau mahu mengingatkan rakyat tentang 'Amanah Merdeka' yang bermaksud memberi rakyat hak untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau turut menggesa Umno agar tidak perlu takut untuk kalah sekiranya ikhlas dalam perjuangan.
“Jika anda kalah, terimanya; rakyat ubah kerajaan banyak kali di USA dan Australia, Saya adalah ahli Umno, saya tiada masalah jika kalah, Jika anda ikhlas, tiada apa yang perlu ditakutkan,” tambahnya.
Beliau berkata untuk mempunyai pilihan raya bersih dan adil, perlu ada akses sama rata terhadap media, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan jabatan kerajaan mesti neutral.
“Anda perlu berikan mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan akhbar, selama 50 tahun PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak diberikan kerana kerajaan pembuli besar,”tegasnya.
Abdul Kadir manambah, semasa pilihan raya, BN tidak sepatutnya menggunakan Kementerian Penerangan, Felda, Felcra dan Unit Cawangan Khas (SB) serta agensi lain untuk membantu kempen mereka.
Kedua-dua mereka yang menyuarakan kebenaran adalah mereka yang pernah memimpin jutaan ahli-ahli Umno.
Walaupun pendedahan seperti ini telah banyak dibuat oleh bekas-bekas pemimpin Umno, namun adakah orag-orang Melayu dikampung-kampung tahu?
Adakah oang-orang Melayu yang pernah mereka pimpin itu percaya? -apakhabarganu

4 ulasan:
kita kena lihat dulu , apa yang telah kita buat, baru kita tunding jari kat orang lain. apahal perkabaran bergini sebenarnya lebih kepada orang tertentu, ia tak sampai pong kemana. just muhasabah kan diri dulu apa yang telah kita lakukan dahulu dan apa yang kita tak leh lakukan sekarang, bila tak de kuasa baru nak bersuara sebenar nya kita melayu masih banyak PHD lagi. tak kemananya kita kalu masih bercakaran sepatut nya kita berjumpa dan ambil kata sepakat apa yang patut kita buat untuk bantu orang melayu. jangan kita esok jadi melayu yang kampungnya tergadai dek kerana kerenah PHD . sebanar nya kita boleh menyumbang dengan harta sendiri untuk mamajukan orang kita jadi lah orang yang hebat dan disegani seprti Syed Bukhari yang menolong orang tanpa berkata-kata memajukan bangsanya tanpa ada batasan. tak kemana harta dalam dunia ini tak leh bawa pong, sekurang-kurangnya dengan mengeluarkan sedikit harta yang kita ada itu untuk memajukan bangsa dan negara nya itu dapat menghindarkan kita dari seksaan yang amat dasyat apabila telah sampai janji-janji Allah s.a.w.
Aku tak kira kalau engkau orang semak maknanya aku punya komen engkau orang dah baca...
Sebenarnya semua orang politik sama aje...tak kira dari parti apa ..bangsa apa...sebab "Politik" maknanya "Putar Belit" jadi sesiapa yang bukan ahli politik adalah golongan yang kena putar dan kena belit...kenapa isu macam ni disimpan ,sekarang baru nak buka..sebab dulu lain sekarang lain...aku pun tak faham...yang aku tau dia orang kata aku warganegara yang tak bertanggung jawab sebab "AKU TAK MENGUNDI" malas nak campor dengan gang yang tak pernah telus tak jujur dan tak amanah...janji poket penuh anak beranak kaya raya...peduli apa dengan agama, bangsa dan negara...!
Hai saudara Alhajinoh Abidin,
jawapan kau sebiji macam jawapan yang sering diberi oleh kawan Aku yang umno piang. Bila cerita tentang keburukan puak UMNO, maka dia akan sebut perkara yang sama dengan hang. Bila kita ajak dia kaleh, dia kata tak boleh dengan alasan semua ahli politik sama aja, kotor.
Jangan jadi manusia yang spesis ini sebab kau juga manusia kotor yang mengamalkan politik kotor. Kau cuba menyatakan semua manusia yang terlibat dengan politik tu kotor sudah mencerminkan kau juga main kotor. Aku percaya bukan semua manusia kotor dalam permainan politik dan Aku amat percaya bahawa semua politikus dari BN/UMNO/MCA/MIC/.... memang kotor. Depa tak terlibat dengan perniagaan tapi harta bertimbun. Depa membenarkan kemungkaran berlaku walaupun depa diberi kuasa untuk membendungnya tapi tidak cuba melakukannya.
Aku kata kau bermain politik kotor sebab kau tak cuba membuat perubahan dan hanya tahu menyalahkan semua orang seolah-olah kau seorang saja yang 'bersih' sedangkan kau ni lemah dan kotor.
Salam,
aku bukan pun suka sangat nak komen pasal mereka ini..tetapi bila terbaca pasai sheikh Kadiaq yg sekarang sudah tak ada kuasa/jawatan tapi harta berpuluh juta masih lagi nak komen tentang kerajaan BN.
Dulu dia pancung habis semua musuhx politiknya termasuk Ketua Bahagiannya sendiri, abang Tard (Hj Mokhtar bin Omar) menantu Speaker Kedah. Semasa itu di Timbalan Ketua Bahagian..Kulim Bandar Bahru.
Dah pencen dari jadi menteri dan ahli politik tak payahlah nak komen banyakx.
Wahai kadiaq, duduk rumah yg sebesar Kelab Golf itu...mohon ampun dari Allah SWT kerana banyak makan duit haram dan aniayai org lain sampai ada yg kena pindah disebabkan kamu..
Tok sah merapu mcm nenek kebayan...kubur kata mari, rumah kata pigi wahai mamak tongkang pecah... semasa ada kuasa dulu lupa diri...dah pencen dok senyap-senyap ..ingat Allah SWT kerana dosa dlm UMNO kamu itu banyak..
wasallam.
Catat Ulasan