25 Jan 2012

SUHAKAM Selar Polis Guna Hukum Sendiri Dalam Insiden Dewan MBSA Jalan Kebun

Suhakam: Polis tak nak bicara tapi terus hukum

KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Shaani Abdullah berpendapat institusi polis seolah-olah tidak faham dengan prinsip hak asasi manusia terutamanya dalam hal bertolak ansur semata-mata untuk melindungi kepentingan kumpulan tertentu.

Malah mereka menyalahgunakan kedudukan dengan mengurangkan kebebasan rakyat hanya untuk memudahkan kerja sendiri sedangkan tanggungjawab polis adalah untuk melindungi semua rakyat dan bukan untuk golongan majoriti, dakwa Shaani.

Tak nak (guna) waran tapi mahu terus tangkap, tak nak bicara tapi mahu terus hukum,” tegurnya selepas mendengar aduan daripada wakil gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) Badrul Hisham Shaharin di pejabat Suhakam di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian ketika mengulas mengenai cara polis bertindak menangani serangan kumpulan samseng semasa program ceramah anjuran ABU dan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam pada malam 21 Januari lalu.

Shaani berkata polis sepatutnya mendidik masyarakat supaya tidak mengambil tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan bukannya menggunakan hukum sendiri dengan menyerang majlis ceramah tersebut.

"Majlis diadakan oleh badan yang sah, bukannya majlis anjuran kongsi gelap. Kalau rakyat marah, pergi buat aduan polis bukan guna hukum sendiri," katanya.

Turut hadir mendengar aduan tersebut Pegawai Bahagian Aduan dan Siasatan Suhakam Yustina Ishak.

Polis disyaki bersubahat

ABU dalam memorandumnya kepada Suhakam mendakwa salah seorang dari kumpulan penceroboh yang mengganggu ceramah itu adalah pegawai polis yang tidak mengenakan pakaian seragam dan mengesyaki polis bersubahat dengan kumpulan penyerang terbabit.

Badrul juga berkata polis pada malam kejadian tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun penyerang masih ada di tempat kejadian, sebaliknya menyuruh penganjur memberhentikan ceramah.

Selain memorandum, turut dikemukakan bukti rakaman video serangan malam kejadian dan gambar penyerang yang dikenal pasti.

Beliau turut menafikan laporan akhbar Berita Harian bahawa seramai 1,000 penduduk yang tidak berpuas hati mengepung dewan berkenaan, sebaliknya mendakwa hanya kira-kira 10 pemuda dipercayai penyokong Barisan Nasional (BN) mengganggu dengan menjerit dengan kata-kata perkauman sambil mengugut orang ramai keluar dari dewan itu.

“Mereka kemudian mengejar dan menyerang hadirin berrketurunan India dengan kayu, topi keledar serta mencampak kerusi ke merata tempat.

“Berikutan itu, sorang lelaki India yang juga ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS mengalami kecederaan dan sehingga hari ini masih ditahan dalam wad,” katanya.

Sehubungan itu, ABU menuntut supaya Suhakam menubuhkan jawatankuasa khas menyiasat kejadian itu dan mengumumkan laporan penyiasatan tersebut.

Gerakan itu juga mahu Suhakam memastikan penyerang terlibat dikenakan tindakan undang-undang selain mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan menggunakan kekerasan dan berbaur perkauman bagi menghalang hak orang awam berhimpun secara aman.

“Kami juga mahu Suhakam menyiasat sama ada polis bersubahat dengan penyerang yang terlibat,”
katanya.

Sementara itu Shaani dalam responnya berkata pihaknya akan membawa perkara ini ke mesyuarat pesuruhjaya untuk tindakan selanjutnya.

Katanya dalam mesyuarat itu terpulang kepada keputusan Suhakan sama ada wajar suruhanjaya itu ditubuhkan atau mengadakan sesi pendengaran inkuiri awam. -FMT

Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mohd Sha'ani Abdullah naik angin hari ini berhubung apa yang disifatkan sebagai "kebodohan" dan ketidakmatangan pegawai kanan polis dan kenyataan mereka mengenai gangguan di ceramah anti-BN, di Klang baru-baru ini.

Sebagai pegawai kanan, katanya, standard mereka adalah jauh lebih tinggi dan mereka mesti tahu fakta dan tahu tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita di ibupejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) di ibunegara hari ini, Mohd Sha'ani berkata beliau tidak boleh menerima kenyataan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu berusaha supaya dihormati dan tidak hanya menunjukkan bahawa mereka adalah 'bos'.


Mohd Sha'ani bagaimanapun menjelaskan bahawa ini adalah pandangan peribadi beliau, walaupun beliau akan membentangkannya kepada Suhakam.

Beliau berkata, pihak polis adalah mewakili semua anggota masyarakat, dan bukan hanya majoriti.

Beliau membidas polis kerana didakwanya seolah-olah membuat alasan menyebelahi pihak orang yang bertindak ganas, untuk mereka berbuat sesuka hati, sehingga menjejaskan hak asasi manusia mereka yang menjadi mangsa serangan.

Katanya, institusi unggul di Malaysia itu tidak memahami prinsip-prinsip hak asasi manusia, sambil menyifatkan sebarang kompromi terhadap hak asasi manusia untuk "tujuan keselamatan sebagai satu penyalahgunaan kuasa".

Beliau menegaskan bahawa polis sepatutnya menjaga keamanan dan mencegah kejadian yang tidak diingini, dan bukannya berkompromi dan mengurangkan hak-hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Shah Alam dan polis berhubung kejadian itu Sabtu lalu apabila kira-kira 20 remaja, yang mungkin termasuk ahli Umno dan BN, didakwa mengganggu ceramah yang diadakan oleh gerakan anti-BN - Asalkan Bukan Umno (ABU).

Pihak polis telah dilaporkan mengulas bahawa ceramah yang menurut mereka bermula semasa solat dan mengandungi ucapan yang menimbulkan kemarahan lebih 1,000 penduduk kampung, terpaksa dibatalkan ekoran bantahan penduduk.

Polis juga menegaskan bahawa tidak berlaku sebarang kerosakan di tempat ceramah dan gerai-gerai sekitarnya dan tidak ada yang cedera.

Bagaimanapun, penganjur ABU yang datang untuk membuat laporan kepada Suhakam hari ini mempertikaikan satu persatu kenyataan tersebut. -mk


Laporan sebelum ini
klik untuk baca




5 ulasan:

hairan berkata...

1 cara aje untuk mendapatkan keadilan kat Malaysia nih !

ABU
ABU
ABU
ABU
ABU

Awanama berkata...

Mungkin kenyataan OCDP berdasarkan laporan daripada anak buah semata-mata.

Awanama berkata...

Yg di komen lebih oleh OCPD ialah pasal NGO tak beritahu polis. Tapi, perkara pokok yang lebih utama iaitu SAMSENG2 YG MENCEROBOH, MEMBUAT KACAU, MEMBUAT KEROSAKKAN DAN MENGHINA KAUM INDIA langsung tak di ulas.


Betul2 menjatuhkan MARTABAT

Awanama berkata...

sesungguhnya didunia ini tidak ada keadilan 100%. Oleh kerana itu bersedialah kita untuk menerima keadilan ALLAH di padang masyar nanti. Tapi cuba berlaku adil kpd manusia lain. Dengan mendokan yg baik2 sesama islam. Jangan sempitkn pemikiran kita dngn politik kepartian. Cuba teliti kumpulan politik manapun...semuanya mementigkn apa yg mereka boleh dpt. Allah menyuruh kita berdakwah tetapi ALLAH tak salahkn kita Skiranya org yg di dakwah x mahu kpd kebenaran . ALLAHUAKBAR

Awanama berkata...

Polis mana boleh faham.Depa tak kenal Perlembagaan Negara.Mereka tahu hanya Akta Polis.Depa fikir Akta Polis tu lebih hebat dari Perlembagaan Negara.Disinilah masaalahnya.