Najib tepung tawar van Skuad Sayang Wanita UMNO Kelantan
KOTA BAHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.
Majlis ringkas berkenaan berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada jam 11.50 pagi ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Halimah Mahamad.
Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.
Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd Fatmi di Jalan Hospital di sini.
Sementara itu, Halimah berkata, van Skuad Sayang itu akan digunakan 14 bahagian UMNO di negeri ini manakala sebuah lagi akan digunakan Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Beliau berkata, kemudahan itu akan dapat melancarkan lagi kegiatan Pergerakan Wanita UMNO Kelantan dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat di seluruh negeri.
"Sebelum ini, Wanita UMNO menggunakan kenderaan sendiri termasuk untuk masuk ke kampung bagi mendekati rakyat dan membantu meringankan beban mereka," katanya.
Beliau berharap dengan adanya van berkenaan, ahli pergerakan itu akan lebih gigih lagi mendekati dan memberi bantuan kepada rakyat. - BERNAMA
Ulasan GB
Apa cerita Jamil Khir yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal agama di dalam UMNO dan kabinet? Mana mufti-mufti? Mana sekalian para ustadz dan ulamak dalam UMNO?
Mahu share juga ker dalam bab khurafat yang terpampang jelas dilakukan oleh PM?
Kebenaran terdedah jua: bahawa Najib dan UMNO masih terkongkong dengan amalan-amalan khurafatnya, lagi mahu bising cakap pasal Islam dan wasatiah.
Wasatiah Najib dan UMNO membolehkan kerja-kerja khurafat dan syirik di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Garis Panduan Hukum Khurafat Dan Azimat
Akidah
Tarikh Keputusan: 5 Jul, 2011
Keputusan:
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka bil. 3/2011 yang bersidang pada 4 Sya’aban 1432H bersamaan 5 Julai 2011 sebulat suara bersetuju dengan Garis Panduan Hukum Khurafat dan Azimat seperti berikut :
....
c) Antrara bentuk-bentuk khurafat adalah seperti berikut:
- Kepercayaan kepada keramat seperti makam, kubur, pokok kayu, telaga keramat, batu, cincin, bukit, tongkat, haiwan tertentu dan sebagainya;
- Kepercayaan kepada sial majal seperti adat mandi safar, adat mandi membuang sial dan sebagainya;
- Kepercayaan kepada jin dan memohon pertolongan darinya seperti adat memuja kampung, adat merenjis tepung tawar, adat semah pantai dan sebagainya;
- Kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki seperti adat memuja semangat padi, bersemah, membuang ancak ke sungai dan laut dan sebagainya;
- Kepercayaan kepada petanda-petanda dan pantang larang contohnya seperti tidak melihatkan bayi di muka cermin kerana kelak ia akan mati di dalam air, tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi kerana takut mendapat sial atau bala dan sebagainya;
Ulasan GB
Apa cerita Jamil Khir yang bertanggungjawab di dalam hal-ehwal agama di dalam UMNO dan kabinet? Mana mufti-mufti? Mana sekalian para ustadz dan ulamak dalam UMNO?
Mahu share juga ker dalam bab khurafat yang terpampang jelas dilakukan oleh PM?
Kebenaran terdedah jua: bahawa Najib dan UMNO masih terkongkong dengan amalan-amalan khurafatnya, lagi mahu bising cakap pasal Islam dan wasatiah.
Wasatiah Najib dan UMNO membolehkan kerja-kerja khurafat dan syirik di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
12 ulasan:
syirik yg nyata...sapa yg nak tegur ni?
Menyuap pasangan pengantin oleh ibu bapa, tok nenek, pok cik makcik dll sedara mara dgn 'pulut semangat' tu ok ke tak?
Aku konfius sbb masih banyak dilakukan skrg, malah keluarga tok bilal, dll yg sering pi majlis2 ilmu.
ini bukan najib saja yg buat amalan ni..ni amalan kebanyakan org melayu...yg suka pada amalan turun menurun..termasuk bersanding ...dan kenapa tidak ada org melarang pasangan yg berkahwin dari bersanding..??
hahahaha. mufti2 umno semestinya DAYUS...dayus yg nyata ala-ala syaithon bisu. so umno dan khurafat memang tak dapek nk dipisahkan lagi.
beginilah pemimpin otak kemetot yg tidak mengaji hukum hakam/syariat.
standard laa kan... United MUNAFIKS National Organization. mau tau arrrrrr.
Dah tahu salah nak sokong lagi buat apa. berubah lah.dri skr.
Tak pa la tu. Kan UMNO tu Melayu. Khurafat mana ada dalam kamus Melayu. Yang ada khurafat ni hanya dalam kamus Islam aja.
Nak hairan apa. Yang halal pun dan berani diharamkan manakala yang haram pun dah berani dihalalkan. Tiada beza dengan tambah yang satu ni.
Hidup Melayu. Dari dulu, AKU dah cadang adakan TANAH PERKUBURAN MELAYU supaya hanya puak UMNO saja yang dapat disimpan di sana tapi setakat ni tiada yang berani mengwujudkannya termasuk puak UMNO sendiri. Orang PAS dan yang lain simpan di TANAH PERKUBURAN ISLAM. Kan Perlembagaan UMNO mengutamakan Melayu dari Islam. Begitu juga dengan tindakan depa.
Sekali lagi hidup Melayu. Hidup Hang Tuah. Sejarah telah pun menunjukkan siapa Pejuang Kemerdekaan yang sebenar? Siapa pejuang yang 'celup'?
Hmmm...o.k.lah tu....setakat simbolism. Tak payahlah nak kutuk-kutuk nenek moyang keturunan Melayu - Kalau tak ada mereka - anon-anon kat atas yang celupar mulut tu tak ujud.
Orang Arab muslim pun banyak bidaahnya, banyak adat dan pantang larangnya.
Yang penting - Allah anugerahkan Aqal - fikir-fikirkan sajalah. Biar cantik dalam berbahasa, sopan dalam berbudi!
Saudara Zairil,
Rajin-rajin ke surau dan ngaji agama supaya kau tu selamat dunia akhirat. Simbol? pi tanya ustaz. Jangan menyesat dengan akal saja. Logik mesti berpandukan Al-Quran dan hadith. Banyak perbezaan antara Melayu dan Islam.
Aku setuju, elok Si Zairil ni kerap sikit ke surau ke masjid ke. Kerap2 sikit dengar ceramah dengar tok guru baca kitab.... Agar Zairil keluar dari dunia KEBANGANGNGANGNYA....
yg menjadi persoalan saya... najib guna duit siapa lah ya.. beli van duit dari tabongan umno ke... tak apa lah.. tapi entah2 guna wang dari pejabat menteri kewangan malaysia... maknanyer duit rakyat...
Err...betul tu..nak tanya satu soalan je..UMNO ada duit ke?
Catat Ulasan