Pegawai dendam, jual maklumat NFC'
Kontroversi Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja kerana didakwa pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang.
Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Bila dia kena pecat, dah buat laporan polis, dah jadi kes CBT (pecah amanah), dia tak puas hati dia balas dendam. Balasannya, memang dia ada akses kepada pendrive, jadi dia jual maklumat," katanya.
Tanpa mendedahkan eksekutif pemasaran itu, Ibrahim berkata beliau difahamkan, laporan polis sudah dibuat terhadap pegawai yang didakwa terlibat pecah amanah RM2.7 juta, yang dikatakan diperoleh daripada jualan bekalan daging kepada pasar raya.
Jumlah itu, menurut Ibrahim lagi, berjaya diperoleh kerana kutipan jualannya sehari mencecah RM150,000 dalam bentuk tunai.
Kebocoran maklumat syarikat itu sebelum ini pernah dimaklumkan dalam taklimat Mohamad Salleh kepada beberapa media terpilih di Gemas, Negeri Sembilan,
PERKASA bagaimanapun berkata, maklumat dalam pendrive itu tidak terperinci dan hanya memberikan gambaran sehala tentang sesuatu itu.
"Mungkin nyatakan jumlah (bayaran) saja, bayar untuk apa sekian-sekian tetapi tidak cerita apa dan untuk apa," katanya.
Bercakap dalam sidang media selepas taklmat berkenaan, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap.
"Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi.
PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan Mohamad Salleh, suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil. -mk
Ulasan GB
Kini semacam ada usaha terrancang beberapa pihak untuk membersihkan nama UMNO yang sudah terpalit denagn najis lembu NFC.
Lebih dari itu, rakyat melihat wujud satu usaha rapi mengalihkan isu ini menjadi isu perkauman!
Dikatakan, kes ini sudah berada di dalam siasatan Polis & SPRM. Mengapa pula PERKASA & NGO terhegeh-hegeh turut serta dan mengapa pula pihak NFC dibenarkan membuat pertemuan dengan pelbagai pihak? Bukankah itu prejudis dan boleh menjejaskan siasatan Polis & SPRM? Mengapa Polis & SPRM membenarkan pihak NFC terus-terusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berhubungkait dengan maklumat NFC?
Kemudian seperti >ada usaha untuk mengheret isu perkauman dengan melibatkan Perkasa dan dibuatkan kenyataan "eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit."
Apa erti semua ini?
Untuk mendapatkan sokongan Melayu semula supaya menyokong NFC?
Penglibatan PERKASA yang sudah dikenali sangat identiti mereka sebagai pejuang Melayu totok, dengan kenyataan yang tak diperlukan seperti menyatakan keterlibatan seorang eksekutif pemasaran "bukan Melayu" kononnya telah menjual maklumat kepada PKR adalah sesuatu yang serius dan jika benar adanya hal tersebut berlaku sekalipun, Pengerusi NFC hanya perlu mendedahkan kepada pihak Polis dan SPRM, bukan Perkasa.
Hukum Kebenaran: Yang bersalah tetap bersalah dan perlu diheret ke muka pengadilan. Kita berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan serta menghalang apa juga konspirasi untuk menutup penyelewengan dan salahlaku lewat skandal NFC ini.

Pemberi maklumat NFC telah mencuri RM2.7 juta, dakwa Ibrahim Ali
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.
Presiden Perkasa itu berkata, eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.
Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.
"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini.
Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.
Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.
Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada "cerita sebenar" dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.
Menurutnya, Perkasa akan menunggu keputusan tersebut memandangkan kedua-dua badan berkenaan yang mempunyai kuasa untuk menyiasat terhadap dakwaan dan pertuduhan rasuah.
Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.
Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.
PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.
Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.
NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.
Shahrizat telah memohon cuti selama tiga minggu kepada perdana menteri selepas pendedahan bukti terbaru rasuah dalam projek NFC.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas mengumumkan kerajaan akan melantik firma audit untuk menyemak dan mengaudit akaun NFC. -TMI
Ulasan GB
Kini semacam ada usaha terrancang beberapa pihak untuk membersihkan nama UMNO yang sudah terpalit denagn najis lembu NFC.
Lebih dari itu, rakyat melihat wujud satu usaha rapi mengalihkan isu ini menjadi isu perkauman!
Dikatakan, kes ini sudah berada di dalam siasatan Polis & SPRM. Mengapa pula PERKASA & NGO terhegeh-hegeh turut serta dan mengapa pula pihak NFC dibenarkan membuat pertemuan dengan pelbagai pihak? Bukankah itu prejudis dan boleh menjejaskan siasatan Polis & SPRM? Mengapa Polis & SPRM membenarkan pihak NFC terus-terusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan berhubungkait dengan maklumat NFC?
Kemudian seperti >ada usaha untuk mengheret isu perkauman dengan melibatkan Perkasa dan dibuatkan kenyataan "eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit."
Apa erti semua ini?
Untuk mendapatkan sokongan Melayu semula supaya menyokong NFC?
Penglibatan PERKASA yang sudah dikenali sangat identiti mereka sebagai pejuang Melayu totok, dengan kenyataan yang tak diperlukan seperti menyatakan keterlibatan seorang eksekutif pemasaran "bukan Melayu" kononnya telah menjual maklumat kepada PKR adalah sesuatu yang serius dan jika benar adanya hal tersebut berlaku sekalipun, Pengerusi NFC hanya perlu mendedahkan kepada pihak Polis dan SPRM, bukan Perkasa.
Hukum Kebenaran: Yang bersalah tetap bersalah dan perlu diheret ke muka pengadilan. Kita berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran itu kebenaran dan kebatilan itu kebatilan serta menghalang apa juga konspirasi untuk menutup penyelewengan dan salahlaku lewat skandal NFC ini.
11 ulasan:
dulu aku undi UMNO, tetapi bila UMNO mengunakan IBRAHIM katak untuk digunakan untuk kepentingan UMNO dalam NFC, aku rasa nak muntah kerana suara pemimpin UMNO dayus membisu,mulai saat ini aku tidak akan undi umnoBN lagi kerana aku rasa ditipu oleh kedayusan pemimpin UMNO yang semuanya HIPOKRIT dan mementingkan kekayaan diri sendiri dan tidak memperdulikan masaalah ahli UMNO di bawah.
diharap semua ahli UMNO yang kena tipu oleh pemimpin UMNO cawangan dan Bahagian UMNO, ingatlah kita hanya di perkudakan sahaja yang untung dan kaya hanyalah pemimpin UMNO sahaja.
selamat tinggal UMNOBN.
Kalo betul la NFC ni ada wat jualan daging kepada pasaraya, logik ke NFC tu akan meminta pasaraya tersebut membayar dengan wang tunai? Ada ke urusan pasaraya melibatkan pembayaran tunai mencecah ratusan ribu ringgit? Logik la sikit Si Katak.
Baik punya game... melayu perkasa dan pekida bolehlah korang tipu sb mereka dah menjalani proses pembodohan secara berjamaah. Lagi pun puak-puak perkasa dan pekida ni sekolah tak tinggi mana pun.
Kalau dah presiden bangang melampau, apa nak hrp dgn ayahanda, abg long? Pasti lebih bangang berlipat kali ganda secara berjamaah sebab dah berbaiah utk jadi melayu bangang buat selamanya. Kalau cerdik dah kira langgar sumpah.
Poorahh!!!
Ayah! Apa bising2? sekarang sudah pukul 3.34 pagilah. Besok orang mau raya cinalah.
Encik, saya punya lembu ada berak. Dia punya najis saya punya muka ada kena. Saya bilang ini perempuan kasi cuci. Dia tak mau. Ini perempuan batu besar kepala atas ada duduk.
Tahi lembu punya pasal pun mahu gaduh kah? Angkat kasi cuci sudahlah.
Sudahlah masuk tidur.
Hei Breheng mu menyibuk apa hal.
Hanya Melayu yang bodoh, bangang dan bahlol aja yang percaya akan cerita PERKASA. Yang keluar laporan penyelewengan ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Yang tipu kerajaan tu ialah Melayu + Mamak. Ini bukan Melayu pulak dikambinghitamkan. Kalau dah katak, cuba haiwankan orang lain pulak.
Jangan buang masa nak layan Brahim Katak ni.Biar dia buat apa pun,jangan peduli,jangan ambil hal dan anggap dia tak ujud.Habis cerita.
Ane rasa ini katak tarak lama idup punya. Sebab aa dia punya kesihatan aa bukan berapa baik, itu kasi campur sama orang punya sumpah aaa tarak lama punya. Coming punya eleksyen aaa dia mesti bungkus punya.
Macam ni macam ni : Malaun yang curi maklumat dan songlap duit tu kan dah dipecat, tunggu hukuman mahkamah pulak... selesai bab tu. Sekarang cuba tengok maklumat yang dibocorkan tu, siasat maklumat tu. Bukan siasat pemberi maklumat ! Patut la tak paham sebab hampa guna bahasa melayu, lain kali guna bahasa Katak baru dia paham.....
Kita jangan lari dari prinsip asal penggunaan kewangan di NFC. Pokoknya kewangan itu diselewengkan untuk kegunaan persenderian yang tidak ada bersangkut paut dengan NFC. Ini patutlah dipantaukan olih pehak yang bertanggung jawab.
Yang Pentingnya duit rakyat 250 juta telah digunakan tidak mengikut landasan perniagaan mengikuti Project requirement.
Itulah casenya.
1 malaysia kasi tukar nama boleh enggak,amboi amboi amboi...sedap2 kau kutuk keje bapak aku yg keje sbg juruaudit ye! ko igt bapak aku tu sokong 100% ke dkt kerajaan...dia sendiri kdg2 merungut dkt aku aku yg kdg2 kerajaan pun seleweng duit rakyat apa cerita!!! politik kerajaan ke,pembangkang ke sama je penipu!!! politik ni tipu je bak kata abah aku!
Catat Ulasan