21 Jan 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia, Ambillah Iktibar Daripadanya

Dunia hiburan pada Jumaat telah dikejutkan dengan kematian penyanyi popular Izwan Pilus, akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius.

Izwan, 32, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini beberapa jam selepas dimasukkan ke wad.

Pengurusnya, Shaiful Shazwan yang dihubungi mStar Online di sini mengesahkan berita sedih ini.

Katanya, Izwan meninggal dunia kira-kira pukul 6.15 petang.

Allahyarham yang popular dengan lagu Kembali Senyum telah dimasukkan ke hospital tersebut pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam Jumaat selepas mengadu sesak nafas dan keadaannya semakin kritikal menjelang petang.

"Allahyarham sempat bercakap dengan saya pagi tadi (Jumaat) dan dia kata dia sihat. Tidak sangka pula lain yang berlaku. Saya amat sedih," kata Shaiful lagi.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampungnya di Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka untuk dikebumikan pada pukul 11 pagi Sabtu.

Pada awal Disember lalu, Allahyarham bersama adiknya, penyanyi Aril yang merupakan finalis Akademi Fantasia 7, pernah dimasukkan ke Hospital Pusrawi dekat sini akibat demam panas yang berpanjangan.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini bagaimanapun dibenarkan keluar dari hospital sebelum sakit semula sejak dua minggu lalu. -mstar

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia.

Gambar terakhir yang disiarkan melalui laman Facebook beliau untuk dikongsi bersama peminat beberapa hari sebelum meninggal dunia.

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bapa kepada Penyanyi ini iaitu Pilus Mohd Jani telah mengesahkan pemergian anaknya itu akibat jangkitan kuman tikus dan kuman dalam darah.

Jenazah akan di bawa pulang ke Melaka pada malam ini juga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pelembang, Gubah, Melaka sekitar jam 11 pagi esok.

Beliau menjelaskan kesemua keluarga Allahyarham termasuklah adiknya yang juga Penyanyi kelahiran AF 7 Ariel berapa disisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Mengikut sumber Norhadiani Baharom yang juga wartawan Harian Metro berkata, Izwan Pilus pada mulanya telah mengalami deman teruk dan dimasukan ke Hospital Pusrawi, Jalan Tun Razak hujung tahun lalu, bagaimanapun telah kembali pulih selepas mendapat rawatan.

Bagaimanapun, Allahyarham telah dimasukan ke Hospital Ampang pada tengah malam semalam apabila mendapati mata dan kulitnya berubah bewarna kuning.

Sekitar jam 3 petang tadi, Allahyarham seterusnya telah mendapat alat bantuan life support daripada pihak hospital kerana keadaannya yang semakin kritikal sehingga menghembuskan nafasnya yang terakhir. -KLPOS



Ulasan GB

Semalam GB menulis:

"Kematian" datang kepada kita apabila ajal sudah tiba. Datang pelbagai cara dan tak kira kita di mana. Apabila daun sudah gugur ia tidak tercepat atau terlambat walau sesaat jua.

......

Justeru beringatlah kita sentiasa, sebelum malaikatul maut menjemput kita. Mungkin "dia" sudah ada dalam kereta yang kita naiki, dalam pejabat, atau di mana saja kita berada... entah esok entahkan lusa...

Kepada almarhum.. alfatihah... kita sedekahkan pahala agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.


"Kematian" adalah guru paling utama. Ambillah iktibar daripadanya terutama kepada mereka yang berada di dalam dunia hiburan. GB hendak bertanya: Hidup di dunia ini berapa lama? Bukan tak boleh berhibur, tetapi setiap sesuatu ada had dan batasnya. Usah dilanggar batas-batas itu.

Alfatihah untuk almarhum, semuga Allah mengampuni apa jua dosanya dan dimasukkan dia di kalangan para hambaNya.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

artis2 mungkin gemar makan diluar/kedai2 makan, so x mustahi1 kencing tikus ada. BERSIHKAN LONGKANG2 PARIT.

Sari berkata...

alfatihah buat allahyarham.....
kematian datang tanpa disangka-sangka...kpd kwn2 artis yang selama ini terlalu taksub dgn keglamoran dunia hiburan.... insaflah.....masih belum terlambat.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn GB, hasil drp kerja-kerja sbg penghibur adakah halal dan berkat, walaupun kerjanya lumayan dan glamor tapi di sisi Allah bagaimana?

mudah2an Allah memberikan jodoh yg baik kpd anak cucu zuriat kita terutama sekali anak2 org pas, mudah2an zuriat kita tidak salah memilih jln hidup.

zaman sekarang, pelakon/penyanyi/pengacara yg melanggar adat islam nampak hebat dan istimewa, berbeza dgn zaman dahulu, risau zaman anak2 kita nnti benda baik bercampur dgn benda tak baik sebab sensitiviti masyarakat kpd isu2 yg melanggar batas agama dah lain.