21 Jan 2012

Isytihar Harta Menteri: Pendirian Nazri Timbulkan Tandatanya

Isytihar harta: Apa ‘bahaya’ disembunyikan Nazri? – Srikandi

KUALA LUMPUR 20 Jan: Srikandi KEADILAN mempersoalkan mengapa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz terlalu bimbang sekiranya aset menteri kabinet wajib diisytihar kepada umum.

Ia ekoran kenyataan Nazri yang mempertikai keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyifatkan tindakan itu ‘mengundang bahaya’.

“Apakah ia akan memperlihatkan jumlah sebenar kekayaan menteri Umno yang tidak sebanding dengan kesusahan Rakyat di bawah?

“Apakah Nazri Aziz bimbang seandainya aset milik mereka dipersoal oleh rakyat, pemimpin Umno tidak lagi boleh memperolehi kekayaan yang banyak?,” soal Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail.

Menurutnya lagi, sekiranya Nazri Aziz merasakan beliau telus dalam pentadbiran, mendahulukan rakyat dan berkhidmat dengan “jujur”, maka tiada istilah “bahaya” yang harus dibangkitkan.

“Rakyat harus tahu sikap dan sifat pemimpin mereka, maka saya pasti rakyat akan menanti semua Menteri-Menteri kabinet mengistiharkan harta mereka dengan kadar segera.

“Kita menanti dan sekiranya mereka “gagal” maka jelaslah, ada sesuatu “bahaya” yang sedang disembunyikan,” kata Aishah.

Menurutnya lagi, keputusan tidak timbul kerana kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan berani mengistiharkan aset milik exco kerajaan negeri itu termasuk Ketua Menteri sendiri.

“Ini dilakukan atas dasar ketelusan dan kejujuran kerajaan pakatan rakyat yang yakin bahawa tiada apa yang harus disembunyikan dan “bahaya” untuk diketahui oleh umum,” ujarnya. -KD

Tak payah isytihar harta, hanya isytihar kepada PM sahaja: Nazri

Sekarang isu pengisytiharan harta oleh ahli Jemaah Kabinet menjadi bahan perbincangan rakyat ramai di mana-mana. Belum pun habis dengungan saranan yang anjurkan oleh DAP serta MACC, Nazri Aziz, seorang menteri kanan kerajaan negara, dengan pantas tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Nazri memberikan alasan yang jika dilakukan pengisytiharan harta itu ia akan merbahayakan keselamatan individu itu. Apa bahayanya saya pun tidak tahu melainkan Nazri didapati mempunyai harta yang bertimbun secara haram. Nazri bersetuju jika pengisytiharan harta itu hanya dibuat kepada Perdana Menteri sahaja. Lain-lain perkataan Nazri hanya sanggup memberitahu PM sahaja berapa jumlah harta beliau sejak menjadi menteri ini.

Selangor telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli Exconya dua tahun lepas dan P Pinang telah mengambil tindakan mengisytiharkan harta ahli majlis mesyuarat kerajaannya dan boleh dilihat melalui internet oleh semua rakyat. Contoh-contoh baik yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ini patut diikuti oleh kerajaan BN di peringkat persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbirnya.

Dalam kes pengisytiharan harta ini nampaknya pihak Pakatan Rakyat lebih telus dan nampak kesediaan harta mereka dilihat dan diketahui umum. Bak kata Lim Guan Eng, DAP merasakan rakyat sepatutnya tahu tentang harta-harta yang ada pada mereka yang menduduki jawatan awam terutamanya yang mewakili kumpulan legislatif dalam kerajaannya.

Keengganan Nazri dan yang lain-lain dalam Kerajaan Persekutuan untuk mengisytiharkan harta secara terbuka menunjukkan yang kumpulan pemimpin dalam BN ini mempunyai banyak perkara yang hendak dilindungi dari pengetahuan umum.

Pengisytiharan harta ini merupakan amalan yang biasa bagi negara-negara yang maju dan mengamalkan pentadbiran mengikut undang-undang dan etika yang tinggi. Di negara-negara maju memang inilah amalannya. Selagi pengisytiharan harta ini tidak dilakukan selagi itulah kerajaan itu tidak boleh dianggap sebagai negara yang telus pentadbirannya dan tinggi etika kepimpinannya.

Jika menteri-menteri kita hanya mengisytiharkan harta mereka kepada Perdana Menteri sahaja ia tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengisytiharan harta itu. Jika cara Nazri ini dilakukan hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu dan tidak akan dapat ‘public scrutiny’ seperti yang berlaku di negara-negara maju.

Jika hanya Perdana Menteri sahaja yang tahu, paling mampu yang dilakukan oleh Perdana Menteri ialah untuk membandingkan di antara jumlah harta yang dikumpulkan oleh Nazri dan harta yang dikumpulkan oleh Perdana Menteri dan isterinya.

Kenyataan Nazri itu amat mengecewakan ramai dan ia hanya memberikan gambaran yang pemimpin-pemimpin kita tidak berani untuk menunjukkan bagaimana harta-harta yang menggunung itu didapati oleh mereka. Dalam isu pengisytiharan harta ini kita akan nampak dengan jelas yang di sebelah BN dan UMNO, pemimpin mereka tidak menggemari ini dilakukan dan hanya pihak Pakatan Rakyat sahaja yang berani melakukannya.

Maka stigma UMNO itu adalah kumpulan perasuah semakin diyakini oleh orang ramai dan sebaliknya keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat itu bertambah utuh dan kuat. Di sini kita boleh lihat yang UMNO tidak berdaya untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sahsiah dan kejujuran mereka.

Hanya satu suara dari Kabinet Negara yang menyambut pengisytiharan harta ini dengan baik, iaitu Ismail Sabri Yaacob. Secara peribadi saya juga pernah mendengar yang menteri ini tidak pandai mencari duit luar dari jawatannya. Jika Ismail mahu bersama untuk membersihkan negara dari rasuah yang keterlaluan ini, saya berharap Ismail bersama PR kali ini.

Tetapi Nazri bolehlah mengisytiharkan harta beliau kepada Perdana Menteri. Kita tahu jika itu dilakukan oleh Nazri, maka Perdana Menteri hanya akan dapat membandingkan harta yang Nazri kumpulkan dengan harta yang PM sendiri kumpulkan.

Selepas itu elok Perdana Menteri mengisytiharkan hartanya kepada Nazri pula. Nanti Nazri dan Najib sama-sama tahu jumlah harta yang mereka masing-masing kumpulkan. -aspanalias


5 ulasan:

Amuraria berkata...

PENYAMUN ALI BABA PUN ISTIHAR HARTA TAPI PENYAMUN PARTI PANDI KUTTY TAKUT ! HAHAHA MESTI ADA PASAI LAA !

Tanpa Nama berkata...

Aku keja tetap masuk 20 thn lebih, kerani aje, aku hidup sederhana tiap2 bulan aku buat potongan THaji RM100.00, kalu 20thn bayangkan berapa tu, banyak juga kan?
Klu minta istihar harta pada umum pun lum pasti aku setuju, sbb nanti sedara2, kenalan aku akan kata, wau! banyaknya duit. Malu juga, sbb aku jenis tak suka tayang2.
Tu blum lagi penyangak, perompak, org jahat..

Sedangkan aku tak merokok, pakai keta murah aje, belanja berhemah, dlm pada tu aku tak lupa zakat, sedekah, bantu ibu bapa, adik beradik, sedara2 & pihak2 yg memerlukan.
Aku tunggu panggilan pi haji & nak beli rumah cash (takut riba) harga sederhana. Sekarang ni menyewa, alhamdulillah tempat aku sewa agak ok.

Kadang2 aku tukang azan & sesekali imam kat surau aku. Kadang2 tu aku ajar ngaji sapa2 yg perbaiki bacaannya.

Aku ulang, klu tanya aku persenolly aku tak setuju harta aku diketahui umum, cukup le bos & pegawai tempat aku keja. Klu SPRM nak siasat, silakan.
Tapi klu aku wakil rakyat, menteri pun, tak tau le apa reaksi aku.

1 Malaysia berkata...

Depa memang takut. Depa memang dalam bahaya kalau isytihar harta depa. sebab bila depa isytihar, rakyat akan menilai dan membuat analisis cara depa mendapat harta tersebut. Kan kes lembu dah menjadi contoh.
Semua pegawai kerajaan kena isytihar setiap dua tahun untuk memastikan integriti pegawai tersebut dan juga untuk proses kenaikan pangkat. Depa tak komplen pun.
Sekali lagi, memang menteri BN akan berada dalam "bahaya", bahaya bukan dari penjenayah tetapi dari sudut penilaian RAKYAT. Sindrom penafian seorang munafikun.

Unknown berkata...

sokong isytihar harta....kalau takut JANGAN JADI WAKIL RAKYAT.jd orang biasa.takde lh orang pertikai nanti....jadi wakil kena BERSIH.saring dulu wakil tu baru NEGARA BEBAS RASUAH...

Art Pokon berkata...

depa pon ikut tari menari yang diajak oleh PR ... hahahaha...
Ini bermakna orang yang dalam keadaan tersepit ...