31 Dis 2011

[Video] Musnahnya Sebuah Sejarah Warisan Di Sura Jetty

Teluk Lipat – Pepatah Melayu mengatakan, ‘sekali ombak menghempas, sekali pantai berubah’, inilah realiti berlaku terhadap pantai peranginan Teluk Lipat yang menjadi kebanggaan warga Dungun susulan tragedi ombak besar sejak beberapa hari lalu yang disifatkan tsunami kecil itu.

Penduduk yang menyaksikan peristiwa itu bagaimanapun terpaksa akur dengan fenomena alam yang melumpuhkan hampir keseluruhan sistem lanskap sebagai penyeri kepada keinda-han pantai yang menjadi daya tarikan pelancongan di daerah ini sejak lebih suku dekad lalu.

Setiausaha Persatuan Sejarah Melayu Terengganu cawangan Dungun, Wan Mohd Rosli Wan Ngah menyifatkan, tragedi ombak besar itu sepatutnya menjadi iktibar kepada semua pihak untuk mengambil insiatif awal memelihara khazanah alam yang amat berharga agar tidak terus musnah sehingga boleh menjejaskan ekosistem, budaya serta tidak mustahil memberi kesan kepada ekonomi masyarakat tempatan.

Katanya, dalam konteks warisan, keaslian pantai Teluk Lipat atau nama sejarahnya Sura Jetty sudah lenyap dari pandangan dan tidak boleh dikembalikan semula biarpun usaha untuk memulihkannya semula dilakukan.

“Biarpun jutaan kos dikeluarkan untuk membentuk semula struktur landskap Teluk Lipat yang musnah akibat hakisan ombak itu, namun ia gagal mengembalikan nostalgia asalnya yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi itu.

“Bagi mereka yang pernah menyaksikan peristiwa kegemilangan pelabuhan Sura Jetty, visual tersebut hanya satu kenangan dan sedikit sisa-sisa sejarah yang ada gagal disaksikan kerana kegagalan kita menyemalatkan warisan kita sendiri yang amat berharga ini,”katanya. -SH






2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ingatkan saranan ttg iktibar tu antaranya ialah ttg kekuasaan Allah yg boleh buat apa saja wlu jutaan ringgit telah dibelanjakan .. ni sebut ttg budaya, warisan... ape da.. tak yah sebut org pun tak amik pot. Bole menambah iman?

Tu ha .. rakyat miskin ilmu agama & material hendaklah dipantau & diambil tau, tak de le yg jual keset dangdut kat pasar malam sbb nak sara keluarga.

YB, YB, JKKK, ketua2 ape2 ntah lagi ... jengok2 le mereka .. beri insentif/duit sikit & heret mereka berjemmah di rumah2 Allah yg hampir, kasi modal utk jual kaset2 agama pulak (jgn pula ada penguatkuasa serbu sbb hal2 agama ni biasanya sensitif), klu depa degil .. amik nama utk tindakan seterusnya sampai depa sedor & insaf..

AHA berkata...

Allah musnahkan tempat tu sbb selama ni banyak sangat maksiat berlaku di situ...ambil iktibar sebelum Allah musnahkan seluruh kediaman berhampiran...