31 Dis 2011

Sembilan Kepala Babi Depan Masjid. Provokasi Siapa?

Johor Bahru – Penduduk Islam di Taman Desa Jaya, dekat sini, gempar apabila sembilan kepala babi ditemui di luar pintu Masjid Al Falah, di sini, dalam dua kejadian berasingan.

Dalam kejadian pertama, empat kepala babi yang dibungkus dengan plastik ditemui oleh beberapa penduduk di pintu bahagian tepi masjid ketika datang ke rumah ibadat itu untuk membersihkan kawasan sekitarnya, jam 5 petang kelmarin.

Susulan penemuan, jawatankuasa masjid membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Belum pun reda dengan kejadian pertama, jemaah masjid dikejutkan dengan penemuan lima lagi kepala haiwan itu diletakkan di pintu pagar hadapan mas­jid kira-kira jam 5.10, pagi semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al Falah, Kasim Darim, 62, berkata, pengurusan masjid kesal dengan tindakan kumpulan atau individu yang menyentuh sensitiviti masyarakat di kawasan itu.

Beliau berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

“Sebelum ini, pihak kami (masjid) tidak mempunyai­ masalah dengan masyarakat setempat dan saya tidak menuduh sesiapa yang melakukan perkara ini.

“Namun bagi kami, jika ada masalah, kita boleh berunding tanpa perlu membuat perkara seperti ini. Saya kecewa dengan sikap kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan ini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Kassim berkata, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, Biro Keselamatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Jaya, Mohd Khairi Abdul Latip menyifatkan perbuatan itu menggugat keharmonian masyarakat setempat.

“Perbuatan ini boleh dianggap sangat biadab kerana tidak menghormati masyarakat di sini.

“Kami berharap agar pihak polis dapat menyiasat dan mencari dalang yang melakukan perbuatan yang menghina agama ini,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk pertubuhan bukan kerajaan, me­ngadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut. -SH

DAP kutuk tindakan meletak kepala khinzir di hadapan masjid

GEORGETOWN: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.

Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.

"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya. - BERNAMA


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perbuatan yang sengaja dilakukan untuk mencetuskan tegangan antara kaum supaya kerajaan BN dapat mengumumkan darurat dan seterusnya pilihan raya ke 13 tidak dapat dijalankan???? Ini berbau macam taktik lama saja.

Hanya orang yang bodoh saja akan dipatuk oleh ular yang sama dari lubang yang sama.

1 Malaysia berkata...

Kalaulah ada manusia yang "khianat" meletakkan kepala babi di depan masjid, buang sajalah. Sentuh babi bukan HARAM pun, lepas sentuh samak aja. Yang dok sentuh (salam cara UMNO) antara lelaki dan perempuan, kita tak rasa jijik pulak. Kan itu HARAM dan bukan boleh samak pun. Ekorannya, "ANAKA HARAM" pun terjadi. Tambahan lagi, yang dok "makan babi", kita tak hairan sedikit pun.
Sedarlah bahawa ini adalah kerja-kerja puak munafikun yang tidak takut akan balasan dari Allah swt. Puak yang sengaja menumbulkan suasana tidak selesa, tegang, celaru, .... agar manusia yang "tidak cerdik" akan bertindak. Ini umpan aja. Jangan kita terkena mata kailnya. Buruk padahnya. Faham tak?

Tanpa Nama berkata...

Amat setuju dgn 12.32am. Tak mungkin mana2pun hamba Allah yang beriman atau tidak untuk membuat kerja2 bodoh ini kecuali mereka yang ada saham arak, saham judi, saham maksiat menentang hukum Allah bagi tujuan provokasi.
Sama2lah kita berdoa mudah2an munafik2 ini dilaknati Allah.

Tanpa Nama berkata...

kerja jahat UMNO nak provokasi?

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn komen semua, ini taktik lama umno, provokasi kepala babi dan tuduh pihak lain utk wujudkan ketegangan kaum, sorry la taknik dah tak menjadi

s_kid berkata...

Hadapi dengan tenang sebarang provokasi, kuatkan ukhwah, kemenangan pasti datang..insyaallah