31 Dis 2011

[INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok

Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. -hm

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mashuk kantung.....GST setengah kedai dah ada..bila sebenarnya umno nak mula projek mashuk ni?

husna berkata...

besela pru dh dkt..kenala cr duit tambahan..

Jiwa Islam berkata...

kena beringat selalu la ni...untuk keselamatan...

LangkawiHomestay.net berkata...

utk kebaikkan sendiri juga.. :)

Tanpa Nama berkata...

Budak2 selalu tido kat bahagian belakang dgn dijaga org tua, kalau diikat dgn tali pinggang kleder depa rimas & meronta2 tak nak ... cam ne tu ye? Beri idea sikit.

Ziera Ieyah berkata...

apsal lak dy nk kuatkuasakan balek r bnde ni...leceh la klu de ank kcik rmai kat blkg

Tanpa Nama berkata...

PDRM NAK CEGAH JENAYAH TAK MAMPU... SO DARI BAHAYAKAN DIRI DUK AMBIL TAHU HAL JENAYAH.... BAIK AMBIL TAHU HAK JENAYAH DALAM KERETA....
DAH X DE KERJA... DUK SUSAH KAN RAKYAT JE TAHU.....
PAKAI TAK PAKAI PUN... KALAU DAH AJAL TU.... MANA BOLEH LARI...
CEGAH JENAYAH YANG SELALU BUAT JENAYAH MACAM CURAH MINYAK HITAM KAT ATAS JALAN RAYA.. NI TIDAK...

Tanpa Nama berkata...

makin banyak saman sebab najib nak guna wang untuk PRU13, bukan nak jaga keselamatan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Kena ingat, duit yang sekarang depa dok tabur..tu RM100 kat pelajar...RM500 untuk isi rumah...itu dut yg dulu kita bayar saman. Sekarang dah dekat pilihanraya pulak...Nak tabur lagi kena cari lagi lah...Inilah cara pemimpin negara barat buat cara2 nak pusing duit untuk menunjukkan Kerajaan yg perihatin. Porahhh...hey dey Najib....Sab ting glaa??

Tanpa Nama berkata...

korang ingat kalu PR jadi kerajaan, undang2 ni tak berkuatkuasa ke..? ini hal keselamatan pengguna... keselamatan adalah bermula dari kita semua dan ini adalah langkah pencegahan atau untuk membudayakan hal keselamatan untuk pengguna. jadilah contoh terbaik wahai umat yang terpilih.