31 Dis 2011

Seorang Anggota Polis Wanita Dera & Toreh Kemaluan Anak Angkatnya

Didera ibu angkat

ALOR SETAR - Penderitaan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dipercayai didera ibu angkatnya sejak empat bulan lalu berakhir apabila dia diselamatkan polis Rabu lepas.

KESAN lebam yang terdapat pada perut mangsa (gambar kecil) ketika ditemui di Alor Setar semalam.

Perkara itu terbongkar selepas seorang jiran membawa mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk diperiksa selepas mendapati badan dan mata kiri kanak-kanak itu lebam-lebam. Lebih tragis kemaluan kanak-kanak itu mempunyai kesan torehan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan memberitahu, sebelum kejadian, mangsa ditinggalkan ibu angkatnya untuk dijaga oleh jiran di Taman Derga Jaya, Jalan Datuk Kumbar di sini pada pukul 4.30 petang Rabu lalu.

Katanya, wanita itu meninggalkan mangsa sementara di situ kononnya kerana hendak ke Kelantan.

"Jiran mangsa yang berusia 39 tahun kemudian terperanjat apabila menemui kesan lebam dan torehan pada badan mangsa ketika hendak memandikannya sebelum membawanya ke hospital.

"Polis kini mencari ibu angkat mangsa berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak," katanya. -kosmo

Kemaluan mangsa dera ibu angkat kena toreh

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain kesan torehan pada kemaluan, dipercayai akibat didera ibu angkatnya sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, perbuatan kejam ibu angkatnya yang juga seorang anggota polis itu terbongkar selepas kanak-kanak berkenaan ditinggalkan sementara di bawah jagaan jirannya, berikutan suspek yang berusia lingkungan 30-an mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.

Jiran wanita itu yang bersetuju membantunya menjaga kanak-kanak itu terkejut apabila mendapati banyak kesan lebam pada badan, selain bekas torehan benda tajam di bahagian kemaluan mangsa ketika mahu memandikan kanak-kanak itu, sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian kemaluan dengan kesan torehan benda tajam, selain terdapat kesan lebam di bahagian mata dan badan.

Katanya, kanak-kanak itu diselamatkan jiran suspek yang melaporkan kes itu kepada polis selepas mengesan kesan dera berkenaan pada tubuh mangsa, kelmarin.

“Mangsa kini berada di HSB untuk pemeriksaan lanjut dan polis sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, mangsa dipercayai dipelihara suspek yang masih bujang itu sejak daripada kecil dan tinggal bersamanya di rumah wanita itu di Taman Derga Jaya, di sini.

“Wanita itu dipercayai mendera mangsa sejak beberapa bulan lalu berikutan terdapat banyak kesan lebam dan kecederaan di bahagian kemaluan, mata dan badan kanak-kanak itu,” katanya.

Mangsa kini di bawah pemerhatian doktor dan pengawasan polis sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut. -BH


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Quote"

"Polis kini mencari ibu angkat mangsa berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak," .. ibu angkatnya yang juga seorang anggota polis...

kali pertama dlm sejarah Tanah Melayu.. yg aku baca..
kes polis cari polis !!!

IbnAbdHalim berkata...

Polis cari pencuri selalunya payah sebab pencuri selalunya selangkah kehadapan tapi polis cari polis lagi payah sebab polis tahu mana sembunyi.

yeb :D berkata...

pompuan skrg ni bukan lambang lemah lembut da... siyes!