Pendang - Pendapatan lebih 100 pekerja termasuk pemandu bas henti-henti Cityliner terjejas berikutan pemberhentian operasi di 18 daripada 20 laluan di Sungai Petani, Pendang dan Kulim sejak awal bulan ini.
Gambar: SEBAHAGIAN daripada pemandu bas Cityliner mengadakan demonstrasi secara aman di Stesen Bas Pendang, Pendang semalam.
Langkah itu terpaksa dibuat ekoran syarikat Kenderaan Langkasuka Sdn. Bhd. yang mengendalikan bas tersebut menanggung kerugian mencecah RM400,000 sebulan sejak beberapa tahun lalu.
Pengerusi Kesatuan Pengangkutan Awam Semenanjung Malaysia (TWU) Sesi Alor Setar, Mohd. Shukri Mahmood berkata, kakitangan syarikat berkenaan kini hanya memperoleh pendapatan asas tanpa bayaran elaun dan kerja lebih masa.
"Pemandu bas hanya menunggu di depoh dan memperoleh pendapatan sekitar RM400 sebulan berbanding lebih RM800 (termasuk elaun) sebelum ini.
"Selain pendapatan pekerja, ia turut menjejaskan ribuan penduduk yang menggunakan khidmat bas henti-henti setiap hari," katanya kepada pemberita di Stesen Bas Pendang di sini semalam.
Mohd. Shukri berkata, pemberhentian operasi itu melibatkan laluan dari 13 buah taman perumahan di sekitar Sungai Petani, Pendang ke Alor Setar, Sungai Petani-Kulim, Baling dan Jeniang selain Alor Setar ke Kangar.
Bagaimanapun, syarikat itu masih meneruskan operasi di laluan Butterworth ke Sungai Petani dan ke Alor Setar.
Sementara itu, seorang pemandu, Ahmad Dahlil, 59, berkata, ini adalah kali pertama masalah seumpama itu berlaku sejak dia berkhidmat dengan syarikat itu kira-kira 30 tahun lalu.
"Sebelum ini majikan dapat menyerap kos tetapi sekarang syarikat mungkin tiada pilihan dan terpaksa hentikan operasi," katanya.
Seorang penduduk di Kobah di sini, Zaiton Shafie, 46, memberitahu, ketiadaan bas henti-henti menyukarkannya untuk pergi ke pekan memandangkan kos tambang teksi yang mahal.
"Saya terpaksa membayar tambang teksi sebanyak RM6 untuk pulang ke rumah berbanding tambang bas hanya RM1.30," katanya yang bekerja di kilang.
Dalam pada itu, jurucakap syarikat memberitahu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bersetuju berjumpa dengan pihaknya bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Menurutnya, pihaknya berharap masalah itu dapat diselesaikan akhir bulan ini bagi membolehkan operasi bas henti-henti disambung semula awal tahun depan iaitu sebelum sesi persekolahan bermula.
"Kita harap satu dana disuntik sama ada menerusi bantuan kerajaan Pusat atau negeri bagi menampung kerugian yang ditanggung syarikat," katanya. -kosmo
Ulasan GB
Sudah menjadi semacam satu trend mutakhir ini dimana apa jua masalah yang diakibatkan oleh pihak lain, terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat, maka kerajaan negeri yang menjadi sasaran untuk dipersalahkan.
Banyak kes sedemikian berlaku di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah. Ada pihak yang sengaja menjadi dalang menghasut rakyat untuk memburukkan kerajaan-kerajaan PR tersebut.
Kendatipun demikian, kerajaan negeri PR tidak menolak untuk bertemu mereka. Sedia untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Contohnya baru-baru ini di Selangor dimana pada minggu lalu 686 orang yang mendakwa telah ditipu untuk membeli rumah murah oleh satu sindiket yang mendakwa dirinya Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
Tetapi yang dijadikan sasaran ialah pejabat Menteri Besar Selangor. Dan lebih buruk apabila terdapat media massa arus perdana mungubah fakta kononnya lelaki tersebut mendakwa sebagai kakitangan pejabat MB Selangor untuk mengaitkan nama dan memburuk kerajaan Selangor.
Sama dengan kes-kes di Pulau Pinang dimana masalah-masalah yang ditinggalkan oleh Kerajaan Gerakan / BN kesemuanya kini ditudingkan kepada kerajaan PR pimpinan Lim Guan Eng sebagai penyebabnya.
Namun kebenaran tidak boleh ditutup. Ia akan tetap terdedah. Kerajaan negeri di bawah pimpinan PR sudah membuktikan track record pemerintahan yang baik walaupun belum sampai sepenggal mentadbir negara. Ia diakui dengan fakta-fakta yang terbentang di dalam Laporan Audit Negara sendiri.
Laporan sebelum ini
klik untuk baca

3 ulasan:
Kerajaan Negeri PR perlu buat kenyataan sebegini" Kami PR akan memberi bantuan kepada syarikat bas dengan menggunakan dana kerajaan negeri yang ada sementara menunggu PRU13 yang akan datang. Kami berjanji jika PR menang, pemberian subsidi khas untuk pengangkutan awam(untuk bas henti-henti) akan diberi.
Percayalah rakyat akan dapat jika PR menang nanti.....
Lepas ini kita tengok apa Umngok akan buat.. tentu mereka ini yang mengelabah GILA.......
Salah satu taktik jahat UMNO.
KTB ni bermasalah la. operasi banyak negeri nak dihentikan atas alasan tak dapat menanggung kos operasi. satu lagi faktor mungkin driver sndiri yang kaki songlap duit. ini yang buat keadaaan jadi parah. kalo benda macam ni pun nak dipolitikkan teruk la. negeri sembilan pun cityliner hadapi masalah sama juga
Catat Ulasan