Lihat siapa pemilik San Miguel’ sebelum cabar Anwar, PKR gesa Mahathir
KUALA LUMPUR, 18 Dis — PKR menggesa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat dahulu siapa pemegang saham dalam syarikat arak San Miguel sebelum mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan surat didakwa ditulisnya kepada Bank Dunia meminta bantuan semasa krisis kewangan 1997/98.
Semalam, Dr Mahathir mencabar Anwar, Ketua Pembangkang dalam isu itu sambil menegaskan beliau orang yang menolak pinjaman Bank Dunia pada masa itu.
“Beberapa hari lalu Dr Mahathir telah mencabar Anwar bersumpah dengan menjunjung al-Quran.
“Sewajarnya sebelum bekas perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al-Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel,” kata PKR dalam satu kenyataan hari ini.
Laporan media ini pernah mengaitkan pegangan saham dalam San Miguel, syarikat dari Filipina, dengan anak lelaki Dr Mahathir iaitu Mirzan.
Kenyataan PKR itu menambah, sewajarnya dinyatakan tatkala masih menyandang jawatan Menteri Kewangan, Anwar telah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.
“Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul,” kata kenyataan itu yang menyertakan pautan laman web menunjukkan Dr. Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau sendiri.
Katanya, jika diteliti, ia jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran Dr. Mahathir.
Dalam satu reaksi semalam, Dr Mahathir berkata, “saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.”
“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran.
“Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya lagi.
Dr Mahathir memecat Anwar sebagai dari jawatan kerajaan pada awal September 1998 dan sebagai timbalan presiden Umno serta dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa.
Malah semalam, Dr Mahathir berkata Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.
“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita.
“Tetapi dia telah ikut cara-cara bank dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.
Kenyataan PKR hari ini juga berkata, sekian lama Anwar telah ditohmah dengan pelbagai tuduhan, antaranya kononnya beliau adalah alat kepada Bank Dunia dan IMF.
“Tuduhan ini direkayasa semenjak 1998 lagi lantaran komitmen Anwar dalam memastikan disiplin pengurusan kewangan negara yang berteraskan tatakelola dan pertanggungjawaban.
“Anwar bertegas menolak preskripsi ekonomi yang mahu menyelamatkan kroni dan elit politik ekonomi sedangkan rakyat perit berhadapan krisis ekonomi 1997/98,” katanya lagi.
Ia menambah, lantaran ketegasan Anwar, Dr. Mahathir merasakan perlu menyingkirkan beliau dari tampuk kepimpinan negara.
“Setelah lebih dari satu dekad fitnah terhadap Anwar dan keluarga beliau masih diteruskan oleh pimpinan Umno serta juak mereka.
“Pimpinan Umno mahu beliau terus ditohmah hatta bercanggah dengan kehendak agama dan nilai budaya yang tulus,” kata kenyataan itu dan menegaskan, pimpinan Umno dan Dr. Mahathir tidak sedari yang rakyat tidak lagi senang diperbodohkan.
“Fitnah yang direkayasa tidak ampuh menggugah keyakinan rakyat untuk mendokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Malah tegas kenyataan itu, tohmahan Dr. Mahathir bahawa Anwar adalah ejen Barat, IMF dan Bank Dunia kini mula menghantui mantan perdana menteri tersebut.
“Rakyat Malaysia tidak mudah lupa bagaimana Dr. Mahathir bersekongkol dengan Jack Abramoff dalam usaha beliau melobi untuk bertemu dengan (bekas) Presiden Amerika Syarikat George W. Bush.
“Malah menurut rekod Bank Dunia, selepas Anwar dipecat, Malaysia masih menerima bantuan Bank Dunia sedangkan di hadapan khalayak tanpa segan silu mantan perdana menteri itu sembrono memfitnah Anwar sebagai perkakas Bank Dunia sekali gus ejen Barat,” katanya lagi

PKR dedah pautan bantuan Bank Dunia pada Dr M
PKR hari ini terus mempertahankan pendiriannya bahawa bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah terlibat dengan bantuan Bank Dunia semasa era pemerintahannya.
Dalam kenyataan hari ini, parti itu malah mendedahkan pautan ke laman Bank Dunia yang dikatakan "jelas menunjukkan komitmen Bank Dunia kepada Malaysia".
Kedua-dua pautan ituboleh dilayari di alamat http://go.worldbank.org/U29R77EBX0 dan http://www.worldbank.org/projects/searchlang=en&searchTerm=&countryshortname_exact=Malaysia&src=.
"Rujukan pada pautan di bawah adalah bukti jelas betapa Tun Dr Mahathir telah berbohong dan cuba memutarbelitkan fakta kenyataan beliau yang terdahulu," demikian menurut kenyataan itu.
Dr Mahathir semalam mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikannya pernah menulis surat kepada Bank Dunia untuk meminta bantuan semasa krisis kewangan pada 1999 seperti yang didakwa.
Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak pernah berbuat demikian sebaliknya menolak permintaan daripada Bank Dunia yang datang untuk menawarkan bantuan.
Sehubungan itu, PKR dalam jawapan balasnya itu turut membangkitkan isu lain membabitkan kepentingan dalam syarikat arak.
"Sewajarnya sebelum mantan perdana menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," katanya. -mk
5 ulasan:
che det lah manusia munafik
Inilah jadinya apabila manusia sudah tidak sedar diri. Satu persatu kejahatan lampau sudah muncul dan dihakimi rakyat (pengundi).
bohong telah menjadi nasi makan air minumnya.dulu dia kata lepas letak jawatan, nak tumpu kpd aktiviti keagamaan, tak juga.dulu kata anwar pukul diri sendiri,asyik tipu jaaaaaaa. itulah kerja ngko
ikut perbahasa melayu "Berani kerana benar, takut kerana salah" klau anuar diatas kebenaran baik dia buat sumpah laknat demi ALLAH yg dia bukan seperti yg dituduh dengan bermacam2 tuduhan spt tuduhan liwat, tuduhan agen zionis, tuduhan IMF. buat jee sumpah tu dimasjid baru org Melayu Islam akan mempercayainya, kemudiaan kita lihat samaade beliau menerima bala atau tidak, jika tidak sudah pasti le beliau dipihak yg benar & sudah pasti ramai yg tanpa ragu2 menyokongnya termasuk sya.
Kena apa nak layan orang yang sudah nyanyok ni.Heiran masih ada yang jemput dia untuk resmikan itu dan ini,masih ada yang sambut dia macam raja,masih mau dengar cakap dan nasihat dia wal hal manusia yang bernama Mahathir Kutty ni sudah nyanyok dan sedang "mengulang-ulang" dosa dan kesalahannya masa lampau.
Catat Ulasan