Umno-BN bakal kehilangan undi mahasiswa pada pilihan raya umum akan datang apabila meluluskan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang bertentangan dengan perlembagaan dan demokrasi.
Demikian ‘manifesto’ yang dinyatakan wakil-wakil kesatuan mahasiswa dalam himpunan aman membantah penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman di depan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya hari ini.
“Apakah Malaysia sudah menjadi negara polis hingga rakyat tak dibenarkan bersuara? Mana agenda tranformasi yang dilaungkan Perdana Menteri Najib Razak?
“Fokus RUU PA ini jelas untuk menyekat suara mahasiswa, sedangkan kami adalah golongan semak dan imbang.
“Kami tahu di mana akan pangkah,” kata Akram Ikrami, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis).
Kira-kira 50 aktivis mahasiswa berarak dari Masjid Putra, Putrajaya menuju Seri Perdana selepas solat Zohor untuk menyerahkan memorandum bantahan RUU PA yang dibentangkan kerajaan di Dewan Rakyat, minggu lalu.
Antara yang hadir termasuk dari Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia, Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).
Mereka melaungkan slogan ‘tuntut himpunan aman’, ‘tolak akta zalim’, ‘hidup mahasiswa, ‘tolak AUKU’ dan ‘hidup rakyat’ sambil membawa sepanduk tertera perkataan ‘demokrasi mati’ dan ‘mahasiswa bukan lembu fidlot’
Kumpulan mahasiswa berkenaan turut berjalan sejauh kira-kira 500 meter sambil diperhatikan beberapa anggota polis beruniform dan preman yang diiringi sebuah kereta peronda.
Selepas perbincangan dengan pihak berkuasa lima wakil dibenarkan memasuki bangunan Seri Perdana dan menyerahkan memorandum kepada wakil Pegawai Sulit Perdana Menteri, Saiful Azhar.
Menyentuh isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berkata, surat jemputan debat telah dihantar kepada Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang.
“Ini tawaran mahasiswa kepada kerajaan dan pembangkang. Mana pihak yang akan membebaskan mahasiswa dan ahli akademik,” katanya memaklumkan tarikh debat AUKU akan dimaklumkan selepas menerima jawapan rasmi Perdana Menteri. -KD

Mahasiswa Hantar Memorandum Bantah Undang Perhimpunan Awam kepada PM
PUTRAJAYA, 7 DIS: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaan supaya membatalkan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 yang disifatkan menyalahi prinsip hak asasi manusia dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.
Mereka menuntut agar kerajaan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun secara aman tanpa sebarang kekangan undang-undang dan meminta polis memainkan peranan sebagai pengawal kepada proses demokrasi dan tidak membataskan hak rakyat.
Tuntutan tersebut dinyatakan di dalam sebuah memorandum bantahan yang dikemukan kumpulan mahasiswa itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Hampir 50 mahasiswa hadir bagi penyerahan memorandum tersebut dan mereka terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS) Kumpulan Anti Mahasisiwa Indipendent (KAMI) Gerakan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) dan Pro Mahasiswa Nasional (PRO-MN).
Pengerusi PRO-MN Mohd Syahid Zaini menyatakan terlalu banyak akta dalam negara ini yang menyekat mahasiswa dan akan mematikan suara mereka.
Katanya, mahasiswa yang sedia ada merupakan mereka yang celik intelek dan bukannya hanya menurut segala kehendak kerajaan semata-mata.
"Saya sangat yakin anak muda mampu memimpin negara satu masa kelak dalam keadaan yang lebih baik dan rasional berbanding pimpinan yang ada sekarang," katanya.
Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Mohd Safwan Anang menegaskan, mahasiswa akan terus berjuang supaya Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) dihapuskan.
"Kita kecewa diperingkat PM yang mengakatakan ingin memansuhkan AUKU akan tetapi dalam masa yang sama kerajaan merayu dalam kes UKM 4," katanya.
Beliau menambah, tindakan ini hanya akan meningkatkan kemarahan mahasiswa terhadap kerajaan.
Ujarnya lagi, amat memalukan sekiranya negara terus menghalang mahasiswa daripada berhimpun dan keadaan ini hanya mengakibatkan Malaysia tertinggal jauh dari sudut demokrasi. -tvsnews
4 ulasan:
SEMOGA UMNO/BN KALAH TERUK DALAM PRU13 AKAN DATANG...AMIN.
MALAYSIA adalah sebuah negara yang benar2 mengamalkan DEMOKRASI?? Ptuii...!!
Saya sebagai bekas mahasiswa pun tetap tak akan undi BN pada pilihanraya yg akan datang..
ABU undi - PRU 13
Catat Ulasan