Kerajaan Persekutuan digesa merampas aset termasuk kondominium, kereta mewah dan tanah di Putrajaya yang "tiada kaitan" dengan perniagaan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, tindakan tersebut sekurang-kurangnya boleh membantu kerajaan "mendapat semula sebahagian wang yang telah diluluskan tetapi telah digunakan untuk tujuan yang tidak bersangkutan".
"Dalam keadaan seperti ini, kerajaan seharusnya bertindak cepat untuk menyelamatkan semaksimum mungkin jumlah wang yang telah diluluskan itu.
"RM250 juta wang rakyat ternyata sebahagiannya telah digunakan di luar skop pemberian/pinjaman ini diluluskan... Ia dengan itu, juga adalah satu pecah amanah," katanya dalam satu kenyataan.
Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, turut menggesa aset yang diletakkan atas nama persendirian atau syarikat persendirian oleh NFC juga harus segera diarahkan untuk diserahkan kepada kerajaan.
Husam turut menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwanya berdiam diri "seakan menunjukkan skandal sebesar ini tidak menjadi keutamaan kepada beliau".
Bahkan tegasnya laporan ketua audit negara dan pendedahan ekoran dari itu sepatutnya sudah cukup untuk Najib bertindak terhadap semua pihak terlibat. -mk

7 ulasan:
bukan tak mahu bertindak ,cuma tengah kerah pemutar belit untuk mencari jalan keluar, kononya biar lambat sikit asalkan dapat direka konspirasi yang di 'yang boleh melenyapkan issu ini.sebabnya kerajaan ada media gergasi yang boleh menembusi segala ceruk ,sekali mereka ,bercakap. didengar dan mampu memperdaya fikiran rakyat malaysia yang sememangnya mudah di perdaya...so ...kita semua dah boleh baca cara mereka bertindak ...rakyat okay aje walaupun tahu sentiasa di pergunakan oleh pihak berkepentingan..macam yang digempak oleh syarizat tempoh hari....
Bodoh pnya kerajaan, tkut sngt dgn sharizat jalil tue, apa dia dh bg kt ko smpai ko cover sngt kesalahan dia tu ya..
Bukan sharizat dah bg mereka tp mereka mengharap sharizat meng-cover mereka. " aku tolong ko... Ko tolong aku"
Macam mana Najib mau ambik tindakan pada Sharizat!.Nanti jadi macam cerita seniman Bujang Lapok.
Ayu:"Abang Sudin 20 sen"
Abang Sudin "Allah mak macam mana budak ni boleh terlepas nii haa. Abang Sudin takda duit duit kecik laa.."
Ayu" Kalau tidak rahsia kasi pecah haa!!"
Kemudian Eton kakak Ayu telah memberi shiling 20sen kepada abang Sudin. Rahsia sudah kasi tutup.
jangan risau tuan puan, mak ijat akan jadi macam nek rafidah bila sampai masa nanti, semua perbuatan terkutuk tu akan tercover dengan sendirinya.....
Mari kita nyahkan lembu dari kondonya pada PRU-13 nanti.Siapa yang sokong BN lagi kompom bodoh dan mudah di bodohkan.Tak percaya tanya beruang hehehe....
Anon 2.30pm,
Bukankah baru-baru ni,hampir 2000 ekor lembu bersidang diPWTC? Nak cari tempat lain,buat apa? Mereka inilah perosak bangsa dan agama.Dah puas jolly diKL,mereka akan balik kekampong masing-masing untuk tipu Melayu.
Catat Ulasan