9 Dis 2011

Akhirnya Aziz Bari Buat Keputusan Tinggalkan UIAM

Dungun – Konflik membabitkan pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari dengan majikannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berakhir apabila beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan universiti berkenaan.

Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau kini berasa tidak lagi sesuai untuk terus berkhidmat di universiti itu.

Menurutnya, beliau telah cuba untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli akademik yang prihatin de­ngan masalah masyarakat, apabila melontarkan beberapa pandangan terhadap isu yang kritikal, namun pesekitaran di universiti berkenaan menyebabkan niatnya itu dianggap sesuatu yang ganjil, sekali gus gagal untuk menjadi seorang ahli akademik ideal.

“Saya terpaksa tinggalkan UIAM kerana dalam keadaan sekarang, saya tak nampak ada ruang sesuai untuk saya terus berkhidmat di universiti itu mahupun di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang lain,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis minum petang bersama pertubuhan bukan kerajaan, Waris Badan Bertindak Pewaris Bumi Malaysia di Mayang Sari Resort di sini, petang semalam.

Ketika ditanya apakah beliau akan menyertai politik selepas meninggalkan UIAM, Abdul Aziz yang juga seorang kolumnis Sinar Harian berkata, beliau lebih suka memilih bidang akademik sebagai kerjaya dan buat masa ini, tidak berhasrat untuk menyertai parti politik sama ada kerajaan ataupun pembangkang. -SH

5 ulasan:

cikmunaafro berkata...

eh, betul ka ni? ruginya UIA hilang pensyarah macam Prof Aziz Bari ni..

yes berkata...

Kerugian UIA keuntungan rakyat. Tahniah Dr Bari, kerana punya pendirian yg tegap tentang sesuatu isu, bukan flip flop seperti sesetengah dari mereka. Tentang menyertai politik, masa depan ada lah ketentuan Allah , tiada siapa yg dapat menduga. Semoga Dr berjaya dunia akhirat

IbnAbdHalim berkata...

Tak ada guna tunggu kalau dah tak diperlukan. Rezeki Allah yang beri. Insya Allah tempat baru mungkin lebih baik lagi. Yang penting teguhkan pendirian dan bertakwa kepada Allah. Selamat berjuang Prof.

Tanpa Nama berkata...

Sayangnya pakar sebegini disekat untuk mengeluarkan pandangan secara ilmiah. Kalau begini keadaannya, suatu masa nanti negara kita hanya ramailah professor kangkung. Inilah akibatnya kalau pemimpin kerajaan tidak mahu rakyatnya dicelikkan dengan pelbagai pengetahuan.

Tanpa Nama berkata...

ELOK LAH BLAH PROF 'DIA' SURUH MELAYU JD CERDIK BILA CERDIK SIKIT 'DIA'SURUH JD BODOH MCM 'DIA' BALIK.ITULAH 'DIA'.sniper7