15 Nov 2011

KR1M - MYDIN: Pelanduk Dua Serupa [Updated]

Mydin nafi barangan 1Malaysia tak bermutu

Pengendali Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Mydin, hari ini menangkis sebahagian besar tohmahan, khususnya daripada ketua antagonis, Tony Pua - bahawa produk 1Malaysia dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.

Pada sidang akhbar yang diadakan khas di gudangnya di Kelana Jaya, petang ini, pengarah urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin yang diiringi beberapa pembekal barangan yang didakwa kualitinya mencurigakan itu, membekalkan beberapa laporan makmal bagi menguatkan hujah mereka.

Katanya, hanya satu daripada 10 dakwaan yang dibuat oleh ahli parlimen DAP dari Petaling Jaya Utara, Ton Pua dianggap sah, iaitu berkenaan sos tiram syarikat tersebut.

Justeru, katanya, Pua berlaku tidak adil kepada pembekalnya dan menggunakan taktik kotor.

Dakwa Ameer lagi, dakwaan Pua juga tidak berasas dan “separuh benar” kerana beliau membandingkan produk yang salah dan berlainan kualiti serta kategori dengan memetik undang-undang yang salah.

"Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu,” bidasnya terhadap Pua yang lulusan Oxford itu. -malaysiakini

Ulasan GB

Hairankah kita apabila Mydin membela produk-produk KR1M? Bukankah Mydin dan KR1M adalah burung-burung yang serupa bulunya? Maka sewajarnya untuk mereka terbang beriringan... memadu asmara bersama.

Megapa GB berkata begitu. Kerana Mydin sendiri adalah sebuah pasaraya yang sememangnya menjual produk-produk yang rendah kualiti!

Pergilah ke mana-mana cawangan pasaraya Mydin yang berdekatan dengan anda, anda akan mengakui kata-kata GB di atas, kerana di sana anda akan memperolehi barang-barang yang dibeli secara pukal Made In China yang juga terjual di kebanyakan kedai barangan RM2, tetapi di Mydin its above RM2.

Kedua, Pak Menteri mana yang ada berbelanja di Pasaraya Mydin dan kedai KR1M? Tidak ada. Kerana orang kaya-kaya tahu barangan di sana adalah rendah mutunya. Hatta drebar dan amah pak menteri tak berbelanja di Mydin dan kedai KR1M.

Ketiga, jika Mydin ini berada di negara maju sudah lama mereka diheret ke mahkamah. Tetapi di Malaysia dimana persatuan pengguna kita lemah dan Kementerian Hal Ehwal Penggunanya bukan untuk pengguna, kamu dijulang kerana kononnya menjual harga-harga di paras yang rendah, dan lantarannya rakyat marhaen terpesona sekalipun barangan yang dibeli rendah kualitinya.

Keempat, pihak Mydin menyatakan dakwaan Pua juga tidak berasas, sedangkan Mydin mengakui bahawa dakwaan Pua adalah separuh benar. Bererti dakwaan Pua tidak seratus peratus salah. Justeru dakwaan Pua BERASAS dan kenyataan pihak Mydinlah yang salah.

Kelima, pengurusan Mydin nampaknya berlagak dengan mengeluarkan kenyataan berikut "Sebelum tuduh orang lain, belajar dulu atau pergi ke sekolah ... sebelum kata sesuatu".

GB ingin bertanya tinggi mana tahap kamu bersekolah sehingga kamu boleh mengeluarkan perkataan penghinaan sedemikian rupa? Pangkat PhD atau sarjana mana yang kamu ada atau kamu beli sehingga boleh menempelak taraf keilmuan orang lain semata-mata kamu ingin mepertahankan perniagaan kamu yang berasaskan barangan yang rendah kualitinya selama ini? Tony Pua, seorang graduan dari Universiti Oxford, anak beranak Mydin?

Keenam, kamu boleh menipu sesetengah manusia dalam sesetengah masa, tapi kamu tidak boleh menipu semua manusia dalam semua masa. Kamu boleh mengambil sikap berkonfrantasi dengan Pakatan Rakyat tetapi INGAT: bahawa di dalam pilihanraya yang lalu separuh pengundi di negara ini mengundi Pakatan Rakyat. Apa kata jika rakyat yang kamu berkrontasi itu mengambil sikap memboikot Mydin selepas ini?

Ketujuh, tindakan kamu Mydin memalukan. Kamu sepatutnya membela dan berpihak kepada rakyat marhaen dan pengguna yang selama ini banyak membantu kamu, tetapi kamu lebih suka membela dan berpihak kepada menteri yang tak pernah pun beli barangan kamu. Hukum kebenaran dan keadilan akan berlaku: jika sikap kamu berterusan begitu, kamu akan binasa di satu masa.

They say one good name deserves another, but in the above case one bad name has enticed another.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mydin ni boleh caya ka!!!! saya cadangkan supaya semua barangan KR1M ni di periksa kualiti barangan tersebut tu betulke oleh badan bebas. Saya percaya bila kebanyakan barangan tersebut ditentusahkan butiran tahap kualitinye mesti rendah.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah eeeeeee.......
eeeeeee....... juga.
bung mokhtar dah marah pada tony fernandes.
tony fernandes tu siapa?
eeeeeee....... juga.
nampaknya, eeeeeee.......
ni banyak menimbulkan masaalah.
mahathir.
nor yaakob.
shahrizat.
khairi.
noh omar.
dan ramai lagi.

fidel castro berkata...

aku tak pernah jejak kaki kat mydin sbb keturunan mamak banyak kaki penipu.

Yong berkata...

Kat Jepun ada produk dari China. Ia dijual dikedai 99 yen dan 100 yen. Dalam RM3.00 lah. Tapi kat Malaysia, bahan-bahan ni dijual dengan harga RM5.00. Agak2 penggna yang beli ni pandai ke bingai?

Kedai Mydin? What the heck?

Tengku Cik Tengku Jamil berkata...

saya suka jika ada kecoh begini, sebab saya sendiri tak suka masuk kedai tu sejak dulu, imej harga rendah tu mengaburi orang kita. kasihan. tapi mentaliti melayu masih begitu nak buat macam mana. sikit hal ke situ, sikit benda nak beli ke situ.sampai nak beli sabun sebuku pun ke situ. padahal kedai tepi rumah pun jual benda yang sama. hitunglah dulu kos nak pergi sana tu jangan asalkan kedai tu semua nak pergi.

Tanpa Nama berkata...

kalau tuan2 masih ingat kisah ini ;

http://www.malaysiakini.com/news/48485

....dari dulu lagi dah tak jujur!

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR 17 Mac - Pelakon dan pengacara TV, Wardina Saffiyyah Fadlullah (gambar) hari ini menyaman syarikat pemborong, Mydin Mohamed Holdings Berhad bagi menuntut ganti rugi RM300,000 kerana didakwa menggunakan gambarnya untuk promosi Pasar Raya Mydin tanpa kebenaran.

Wardina, 27, selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Abdul Aziz & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam pernyataan tuntutan, Wardina mendakwa, beliau membenarkan syarikat itu selaku defendan menggunakan gambar atau imejnya untuk promosi dan iklan Pasar Raya Mydin melalui satu perjanjian bertarikh 15 Julai 2002.

Dakwanya, antara terma-terma perjanjian itu ialah defendan bersetuju membayarnya RM10,000 bagi tahun pertama untuk papan iklan pertama dan RM1,000 setiap tahun berikut serta yuran tambahan RM1,000 setahun bagi setiap papan iklan.

Selain itu, defendan perlu memaklumkan secara bertulis hasrat menggunakan imej plaintif bagi papan iklan seterusnya dan untuk memperbaharui perjanjian itu serta mengakui segala imej plaintif yang diguna adalah hak eksklusif dan harta intelektual plaintif.

Bagaimanapun, defendan didakwa melanggar hak harta intelektualnya apabila hanya membayar RM10,000 sedangkan imejnya digunakan pada papan iklan kedua di Lebuh Raya Persekutuan.

``Defendan juga menggunakan imej plaintif pada lain-lain material pengiklanan dan promosi seperti poster gergasi, kain rentang dan beg-beg kertas tanpa pengetahuan dan kebenaran plaintif,'' ujarnya.

Defendan seterusnya, dakwa Wardina, masih menggunakan imej dan hak harta intelektualnya untuk promosi dan iklan pasar raya itu sehingga kini meskipun perjanjian telah tamat pada 31 Julai 2003.

Selain ganti rugi am RM300,000, faedah, kos dan lain-lain relif, Wardina memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada menggunakan sebarang imejnya pada bahan pengiklanan dan promosi syarikat berkenaan.

Wardina yang sedang sarat mengandung anak kedua ketika ditemui oleh pemberita berkata, saman itu dikemukakan bagi menuntut haknya yang didakwa dieksploitasi oleh sebuah syarikat besar.

``Sebenarnya saya tidak suka datang ke mahkamah dan berjumpa media mengenai perkara ini, tetapi kalau hak kita dipijak-pijak dengan sewenang-wenangnya, kita terpaksa bertindak,'' katanya yang ditemani oleh suaminya, Ikhwan Johari, 31.

Tanpa Nama berkata...

belajar le kejatuahn kerajaan melaka disebabakan oleh sapa?...

mamak bendahara.....

Tanpa Nama berkata...

kejatuhan melaka kerana mamak bendahara.
mamak tu siapa?
mistilah eeeeeee.......
mahathir tu, siapa?
sudah pastilah eeeeeee.......
yang buat kacau di pulau pinang tu siapa?
eeeeeee....... juga.
dalam kabinet najib ramai juga eeeeeee.......
itu sebab jadi kelam kabut.
setiausaha bn siapa?
adnan menyamar tengku.
eeeeeee.......
siapa rampas jawatan mb perak?
zambry lumut.
eeeeeee.......
wajah2 dalam perkasa siapa ramai?
eeeeeee....... juga.
shahrizat lembu, eeeeeee.......
fernandes tune, juga eeeeeee.......
bung mokhtar dah bantai mereka.
dan suruh shahrizat letak jawatan.
(patut juga, bung mokhtar suruh najib letak jawatan.
kerana dia pun jadi liabiliti pada bn/umno).
itu sebab, india, pakistan, bangladesh
dan sri lanka tak pernah aman.
kerana di sana ramai eeeeeee.......
bagaimanapun, bukan semua eeeeeee...... tak baik.
ramai juga yang baik.
yang baik tu, patut kita hormati.

Tanpa Nama berkata...

Ingatkan pembekal KR1M perniagaan produk UMNO dimiliki kaum Melayu, rupa-rupanya produk Mamak tipu Melayu.