17 Nov 2011

Bagaimana Wang Rampasan Dalam Simpanan Polis Boleh Hilang?

Wang rampasan hilang dari IPD Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada AS$300,000 (RM950,000) wang tunai dirampas daripada tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamun tiga pengurup wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 September lalu dilaporkan hilang dalam simpanan polis.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mengesahkan kehilangan itu, berkata selain wang tunai RM11,700, beg duit milik semua suspek turut dilaporkan hilang dari pejabat pegawai penyiasat kes yang terletak di bangunan lama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

"Kita menjalankan siasatan terhadap semua pegawai dan anggota kita yang mengendalikan kes berkenaan serta mereka yang bertanggungjawab untuk berada di pejabat penyimpanan bahan bukti siasatan kes,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan sehingga siasatan yang dijalankan pihaknya sendiri selesai.

Dalam kejadian 15 September lalu, polis menahan tiga pegawai kanan SPRM kerana dipercayai terbabit melakukan samun ke atas tiga penggurup wang asing selepas dipercayai bersubahat bersama dua lagi suspek awam.

Bagaimanapun, sehingga sekarang polis hanya berjaya merampas sebahagian wang tunai daripada ketiga-tiga suspek, manakala selebihnya dilaporkan berada dalam simpanan suspek awam yang masih diburu.

Ketiga-tiga pegawai SPRM terbabit didakwa ke Mahkamah Sesyen Sepang pada 7 Oktober lalu atas tuduhan bersubahat melakukan rompakan, penyamaran dan penipuan serta menyembunyikan rancangan rompakan terhadap tiga warga Singapura yang dalam proses membawa wang berkenaan keluar dari negara. -BH

Ulasan GB

Kecuaian? Konspirasi?

Sepatutnya Ketua Polis Selangor perlu letak jawatan kerana kegagalan menjalankan tugas dan tanggungjawab menjaga "bahan bukti".

24 ulasan:

Wak Labu Farm berkata...

wak tau sape yang kebas......

mohd faizal kamil berkata...

what's new ....?

Tanpa Nama berkata...

Siapa lg yg boleh kita harap skrg...Polis pun dah jadi penyamun.

Tanpa Nama berkata...

Satu konspirasi untuk tutup fail. Polis yang bersabit patut dibuang kerja dan dihadap ke makahmah.

Tanpa Nama berkata...

Siapa lg yg boleh kita harap skrg...Polis pun dah jadi penyamun.

Tanpa Nama berkata...

lepas ni sure senyap tutup kes

Tanpa Nama berkata...

aku ingat in kerja orang pr ni.....nak suruh siapa pulak siasat,suruh simpan pun hilang tak ada lagi ke polis di malaysia ni yang boleh di percayai....buka mata, buka telinga,buka mulut tapi akhirnya kemaluan sendiri terbuka,,,profesional konon,profesional taik kucing.......

mahyuddinm berkata...

Pepatah melayu ada berkata "Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi"

Hanya orang (Polis) yang amanah sahaja yang membuat kerja dengan tekun dan jujur, yang lainnya bersubahat dengan 'Syaitan'.

Tanpa Nama berkata...

pa dh jd ni...memalukan polis n negara jer...kalu dh hilang dlm jagaan polis agak2 sp punya kj tu...

puspawangi berkata...

dadah berkotak pun hilang..inikan pulak duit tunai...ke 'bahan bukti' tu 'menghilangkan' diri secara sendiri? atau ada terjun kat mana2...baik cek betul2..main sorok2 kut..

Tanpa Nama berkata...

polis pun dah tak heran sape menteri yg jaga mereka..sama2 penyapu ... keh2

Tanpa Nama berkata...

hmmm..
ni kes besar ni...
bleh kata konspirasi peringkat tertinggi ni...

kalian cuba bayangkan...
katakan la....
wang tunai yg dirampas itu cuma berjumlah 7.50 sen hilang... dlm jagaan budak jaga stor simpanan...

apa akan berlaku..???

masing2 cuba teka jawab je laa..
dlm diri/hati masing2... yea..

batu pelangi/BZ berkata...

Inilah salah satu perkerjaan yang dijanjikan
NERAKA JAHANAM oleh ALLAH SWT
diakhirat kelak seandainya penjawat
itu melakukan salahgunakuasa semasa
didunia ini.Semua ini disaksikan
sendiri oleh NABI SAW semasa Israk
Miraj baginda.Tanyalah para ulama
mengenai peristiwa ini.Wallahua'lam.
Semestinya diingatkan selalu kepada
anggotax PDRM tentang peristiwa ini!!

tambyrohim berkata...

selagi umno wujud di bumi malaysia ni,selagi itulah rakyat tak kira pihak berkuasa akan terikut-ikut cara mereka melantak khazanah rakyat....

hancur umno@apco sejahtera Malaysia,amin...

Tanpa Nama berkata...

kebenaran pepatah melayu;
bapak kencing berdiri anak kencing berlari.

Tanpa Nama berkata...

pelaq sungguhhhhh hgpa ni polis...memang tak bole harap. penyamun berlesen hgpa nih.

Tanpa Nama berkata...

Kalau ikut ide khairy si menantu pak lah tuh,cuba sisat betul-betul. Mana lah tau jika modus operandinya same macam kes beli 'kondominium' supaya duit tuh tak beku nilai dalam balai tuh. Macam kes lembu lah pulak jika ladik lagu tu ho.... booooohhhhhhhhh....

Tanpa Nama berkata...

-rampas duit hampir 1 juta, pastu yg ilang cume 10 ribu je..hahahahaha...

-polis memang pndai buat bukti n buang bukti..aku rase kes ni kuar sebab ade pihak lain yg xdapat nk kekah skali, hati rase panas + dengki trus mngadu ke org atasan..

-teringat kes kat jb beberapa tahun dulu, pil extacy 70000 biji hilang dalam simpanan polis,akhirnya xde sape2 yg kena dakwa,sebab sume dah lalok..

-kes ni pun camtu gak, mane2 mulut polis yg bocorkan kes ni akan disuap dgn gula2 smpai kenyang,sudahnya....kes tutup!!!..

-polis malaysia mmg terbaik didunia,bawah skit je dr polis israel..

Tanpa Nama berkata...

haha biasa laa...org nie dok tgk boss atas dok sapu duit berjuta2 jadi apa salah nya dia pun sapu sikit..sama2 nak hidup la kan...

Tanpa Nama berkata...

banyak lagi wang yang hilang, kalau nak bukti serah kepimpinan negara kepada pakatan rakyat, kalau UMNO perintah bagaimana nak siasat wang yang mereka sendiri hilangkan

ajaib berkata...

1MALAYSIA BOLEH !!!
hahahaha
POLIS curi barang POLIS!
pas tuh POLIS buat laporan POLIS
kemudian POLIS buat siasatan sapa POLIS yang curi barang tuh kat dalam balai POLIS :))

akhirnya POLIS tak tau sapa yang curi sebab POLIS tuh sendiri tak pasti sebab POLIS penyiasat tuh sendiri tah2 POLIS PENCURI...

lawak siot polis malaysia nih

Tanpa Nama berkata...

tengok perut polis mana yang lebih kembong mereka tulah yang kedarah duit tu, bukan susah nak cari bukti

Tanpa Nama berkata...

betul tu.dadah pun boleh hilang.nikan duit.dah la duit orang.buat main rullet ke apa..diorang berehat kejap la amik rasuah pasal kebas duit tu..

Tanpa Nama berkata...

Yang jadi jenaka besar,kes ini akan disiasat oleh polis sendiri.Betul-betul kes Musang Berjanggut.Pepatah Melayu menyebut "Bersaksi kelutut".Dulu Ketua Polis Negara(IGP) belasah DSAI hampir nak maut,polis siasat.Tak jumpa tukang pukulnya.Satelah diadakan Suruhanjaya Penyiasat Bebas,baru tau siapa kaki pukul tu.
Tengok kereta-kereta yang terlibat dengan kemalangan,disimpan dibalai-balai polis - habis terbogel semuanya.Yang tinggal hanya rangka kereta. Ini siapa punya kerja?