PAS akui kemelut di Kedah bantutkan jentera Pakatan
PAS mengakui kemelut politik di Kedah berikutan beberapa pemimpin termasuk exco yang tidak berpuas hati dengan cara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu "sedikit sebanyak kesan" terhadap fokus jentera parti dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, pergeseran berkenaan juga mengganggu kerancakan gerak kerja jentera dan 'membantutkan' usaha Pakatan Rakyat memandangkan pilihan raya umum akan berlangsung dalam masa yang terdekat.
"Ia sedikit sebanyak memberi kesan dan merencatkan kerancakan gerak kerja (jentera) pilihan raya (yang) menyebabkan semua peringkat dalam parti semua hilang fokus pilihan raya, kepada membincangkan kemelut yang berlaku.
"Bila gangguan itu berlaku kepada jentera pilihan raya, maka sudah tentu masyarakat juga akan terkesan. Sebab jentera fokus dan sentuhan mereka (untuk) menguasai masyarakat.
"Tapi jentera hari ini sendiri pun berada dalam keadaan tidak dapat memberi tumpuan kepada sasarannya (iaitu) pengundi. Maka sudah tentu semua akan 'jam' (terbantut). Ini merugikan PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.
Bercakap pada wawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berharap isu tersebut dapat diselesaikan dengan segera supaya fokus jentera gabungan itu dapat dikembalikan bagi menghadapi pilihan raya umum kelak.
Khamis lalu, Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas dan memutuskan untuk bertemu kepimpinan PAS Kedah termasuk Azizan yang juga pesuruhjaya negeri, timbalannya Datuk Phahrolrazi Zawawi dan ADUN Alor Mengkudu Dr Ismail Salleh bagi menyelesaikan kemelut itu.
Dilaporkan kepimpinan PAS Pusat akan bertemu di Alor Setar malam ini untuk menyelesaikan masalah yang berlarutan itu.
Phahrolrazi dan Dr Ismail dilapor enggan mengangkat sumpah semula sebagai exco kerana mendakwa tidak berpuas hati dengan pentadbiran Azizan. Ekoran itu, hanya lapan exco sahaja yang mengangkat sumpah memegang semula jawatan itu baru-baru ini.
Mengulas kemelut yang berlarutan itu, Mahfuz yang juga yang dipertua PAS Pokok Sena optimis masalah itu dapat diselesaikan walaupun mendakwa "tidak begitu tahu dan tercari-cari" apa punca sebenarnya disebabkan beliau “berada di luar kerajaan negeri”.
Katanya, adalah menjadi hasrat Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mahu mengekalkan semua sepuluh exconya tetapi Phahrolrazi dan Dr Salleh enggan menyertainya.
Mahfuz juga menolak tanggapan ketegasan Azizan dalam Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (AUKU) atau akta yang mirip dengannya terhadap pelajar Kolej Univerisiti Insaniah (KUIN) menjadi punca permasalahan di negeri itu.
"Kami tidak duduk dalam kerajaan, sebab itu kami mencadangkan (untuk) mengadakan satu pertemuan, untuk mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Jadi saya harap pertemuan itu nanti, dapat merungkai permasalahan yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan sebagainya," katanya.
Ditanya mengenai dakwaan sesetengah ahli bahawa Azizan seorang pemimpin tua yang degil dan sukar didisplinkan, Mahfuz berkata manusia harus ada sentuhan seni memahami tabiat, keperibadian dan cara bergaul mengenai seseorang pemimpin.
"Jadi jika orang dapat memahami dari segi seni ini, saya percaya tidak timbul perkara-perkara itu. Sebab itu, kadang-kadang manusia tidak boleh diprovok.
"Kalau ada provok, dia akan menunjukkan satu sikap yang kadang-kadang kita tengok macam sukar untuk didisplinkan. Dia mempertahankan sesuatu yang dia buat," katanya sambil menjelaskan bahawa kenyataannya itu tidak merujuk kepada Azizan. -mk
Ulasan GB
GB dah banyak kali ulas. Walaupun pada awalnya GB cuba untuk pastikan kemelut Kedah ini ditenteramkan dengan menyiarkan berita ini, tetapi ianya tidak diberikan perhatian oleh mereka berdua, maka GB terpaksa menggunakan nada keras bagi mengingatkan mereka supaya jangan dituruti sikap dan gelagat parasait terdahulu melalui ulasan GB di sini .
Pun masih tiada perubahan, malah semakin galak. Maka GB sebutlagi ulasan di sini dan di sini.
Tanpa rasa bersalah dan berdosa, sungguh malang apabila tindakan mereka dilakukan saat kita di ambang menghadapi pilihanraya.
Apa yang disampaikan oleh Yang Dipertua Pas kawasan Baling, Tn Hj. Abd Wahab Hassan yang menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin menjawat jawatan tertinggi sekalipun, hendaklah menunggu masa yang sesuai bertepatan dengan apa yang GB telah kemukakan sebelum ini:
Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang HARAKAH, mengungkapkan di hujung tulisannya "Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor" di dalam Bahaya Ribut Dalam Cawan.
Di dalam tulisan Ketua Pemuda PAS di SINI, sepatutnya diterima oleh semua pihak. Ditutup tulisannya dengan memberikan garis panduan dan seruan "Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh" dengan:
a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang.
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah.
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah.
f] Dengar dan taat arahan pimpinan.
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri.
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i] Urus konflik dengan bijak, adil, telus dan jujur.
GB pernah mengungkapkan di dalam entri yang lalu
Semuga kemelut PAS Kedah ini dapat diakhiri secepat mungkin dan semuga pertemuan malam ini di antara PAS Pusat dan pemimpin bermasalah di dalam PAS Kedah membuka lembaran baru dan memberikan kekuatan PAS Kedah untuk merapatkan ukhwah dan bertindak di dalam satu saf yang terususn rapi mempertahankan kemenangan dengan lebih gemilangan lagi di dalam pilihanraya akan datang ini.
Firmanullah:
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Ali Imran 103

Isu Kedah: Presiden PAS minta ahli bertenang
KUALA LUMPUR, 2 Mac: Seluruh ahli PAS diminta bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan parti menyelesaikan isu yang melanda Kerajaan Negeri Kedah.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, beliau yakin isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin dengan semangat ukhwah yang tinggi.
"Saya menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong PAS supaya bertenang dan menyerahkan kepada kepimpinan untuk menyelesaikan beberapa isu yang melanda negeri Kedah mutakhir ini.
"Insya Allah ia akan selesai sehari dua lagi atas usaha kepimpinan dan semangat ukhuwah seluruh pihak yang mendukung perjuangan ini," katanya dalam kiriman mesej ringkas kepada Harakahdaily lewat petang ini.
Presiden PAS itu kini masih di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air esok.
Dalam pada itu, seluruh pimpinan PAS Pusat akan turun ke Kedah esok bagi mengadakan pertemuan mahabbah dengan pimpinan parti di negeri itu berhubung kemelut yang melanda.
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat AJK PAS Pusat malam tadi.
Mesyuarat kira-kira empat jam itu yang dipengerusikan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.
Pada sidang media semalam, Naib Presidennya, Salahudin Ayub berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.
Difahamkan sebelum ini, Mohamad Sabu, Salahudin Ayub dan Penolong Setiausaha Agung, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi telah mengadakan pertemuan hati ke hati dengan Azizan dan Phahrolrazi secara berasingan bagi menyelesaikan masalah mereka.
Hasil pertemuan tersebut dibawa ke mesyuarat malam tadi.
Pada Selasa lalu, lapan daripada 10 Exco Kedah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di depan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah.
Dua lagi exco iaitu Phahrolrazi dan Datuk Dr Ismail Salleh dikatakan enggan menyambung jawatannya. -HD
Isu Kedah : Kenyataan Bersama Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah
1. Dewan Ulamak PAS Kedah dengan ini menyokong penuh dialog antara Menteri Besar Kedah, YAB Datuk Seri Diraja Ustaz Azizan Razak dan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah, Wakil-Wakil Rakyat PAS Kedah dan Ahli Badan Perhubungan PAS Kedah untuk mendapatkan penjelasan bagi apa sahaja isu yang dibangkitkan akhir-akhir ini. Hal ini berlandaskan arahan Allah Taala bermaksud: "Dan segala urusan mereka berlaku dengan perbincangan sesama mereka." (Surah al-Syura ayat 38)
2. Dewan Ulamak PAS Kedah menegaskan sama sekali tidak menyokong sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan PAS Negeri Kedah.
3. Dewan Ulamak PAS Kedah sentiasa istiqamah untuk mempertahankan Kerajaan PAS Negeri Kedah bersama-sama dengan ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia.
4. Dewan Ulamak PAS Kedah menyokong penuh sebarang usaha menggantikan mana-mana pemimpin yang sabit penyelewengannya.
YB Datuk Tuan Guru Harun Taib,
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Tuan Guru Syeikh Mohamad Abdullah,
Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah.
Jumaat, 2 Mac 2012 bersamaan 8 Rabi'ulAkhir 1433H, 5.30 petang
Madrasah Makarimul Akhlak, Pondok Hj Abdullah Kecil, Langgar, Alor Star, Kedah Darul Aman.
Jangan khianati perjuangan
ALOR SETAR - Sikap beberapa pemimpin dalam Pas Kedah yang bermotifkan kepentingan peribadi dan perbezaan pandangan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak hingga ada kalangan mereka sanggup mengkhianati usaha parti memberi tumpuan dalam memantapkan pentadbiran dan berdepan PRU13 amat dikesali.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Kedah, Abdul Wahab Hassan berkata, pihaknya kesal kerana ahli dan jentera parti peringkat akar umbi berusaha memenangkan parti dan membantu menjaga keutuhan kerajaan, namun pemimpin atasan pula berbalahan sesama sendiri.
“Saya ingin menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin menjawat jawatan tertinggi sekalipun, hendaklah menunggu masa yang sesuai.
Saya ingin merujuk kepada nasihat Presiden Pas, Dauk Seri Abdul Hadi Awang melalui sepucuk surat yang ditujukan kepada beberapa tokoh ulama di negeri ini baru- baru ini, yang menegaskan pertukaran jawatan sekarang tidak kena pada tempat dan masanya,” katanya.
Menurutnya, seluruh pemimpin dan pendokong gerakan Islam harus mengelak diri daripada terlibat dalam perbuatan yang boleh digolongkan dalam usaha ‘menebuk bahtera’.
“Fokus kita sekarang harus ditumpukan kepada gerak kerja untuk menang dalam PRU13 dan membina masyarakat yang patuh pada perintah ALLAH SWT,” katanya.
Abdul Wahab berkata, pihaknya menyeru dan meminta semua pimpinan dan ahli Pas di semua kawasan di Kedah supaya wala’ kepada kepimpinan negeri dan Pusat bagi memastikan kemenangan dalam usaha mengukuhkan jentera parti.
Abdul Wahab yang juga Yang Dipertua Pas kawasan Baling berkata, Pas kawasan itu menyokong penuh pendirian dan tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam menyelesaikan kemelut membabitkan dua Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh.
Menurutnya, kesemua ahli Pas kawasan itu berdiri teguh di belakang kepimpinan Azizan dan meletakkan keyakinan penuh dengan pentadbiran cemerlang selama empat tahun menerajui Kedah.
“Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yang sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan Bughah (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam,” katanya.
Abdul Wahab turut memetik sepotong hadis yang bermaksud: “Akan memerintah belakang daripada Aku oleh beberapa pemerintah. Maka memerintahlah yang baik itu dengan kebaikannya dan yang jahat itu dengan kejahatannya. Dan dengarlah dan taatlah akan kamu dengan pada barang yang betul dan yang sebenar. Kalau mereka itu berbuat baik bagi kamu, kamu juga akan mendapat kebaikan dan bagi mereka itu. Dan jika mereka itu berbuat jahat bagi kamu mendapat balasan kebaikan bagi mereka itu mendapat bala.” -SH
Ulasan GB
GB dah banyak kali ulas. Walaupun pada awalnya GB cuba untuk pastikan kemelut Kedah ini ditenteramkan dengan menyiarkan berita ini, tetapi ianya tidak diberikan perhatian oleh mereka berdua, maka GB terpaksa menggunakan nada keras bagi mengingatkan mereka supaya jangan dituruti sikap dan gelagat parasait terdahulu melalui ulasan GB di sini .
Pun masih tiada perubahan, malah semakin galak. Maka GB sebutlagi ulasan di sini dan di sini.
Tanpa rasa bersalah dan berdosa, sungguh malang apabila tindakan mereka dilakukan saat kita di ambang menghadapi pilihanraya.
Apa yang disampaikan oleh Yang Dipertua Pas kawasan Baling, Tn Hj. Abd Wahab Hassan yang menasihatkan mana-mana pemimpin yang ingin menjawat jawatan tertinggi sekalipun, hendaklah menunggu masa yang sesuai bertepatan dengan apa yang GB telah kemukakan sebelum ini:
Jangan terlalu angkuh dan sombong walau sebanyak manapun pendapat kita tidak diambil kira apabila berada di dalam sesebuah organisasi.
Itu adalah ujian bagi diri kita samada kita ini bersabar di dalam perjuangan atau hati masih tebal dengan penyakit mazmumah.
Ahmad Lutfi Othman, Ketua Pengarang HARAKAH, mengungkapkan di hujung tulisannya "Mungkin misi BN akan menjadi lebih mudah di Kedah berbanding Selangor" di dalam Bahaya Ribut Dalam Cawan.
Di dalam tulisan Ketua Pemuda PAS di SINI, sepatutnya diterima oleh semua pihak. Ditutup tulisannya dengan memberikan garis panduan dan seruan "Jadilah anggota atau pimpinan jamaah yang baik dan soleh" dengan:
a] Suburkan Amal Tarbawi di dalam organisasi jamaah
b] Cernakan kemurnian spiritual sebagai seorang pejuang.
c] Tutup segala ruang buat syaithan menguasai minda
d] Pelihara adab dan akhlak berjamaah.
e] Patuhi peraturan dan tatacara jamaah.
f] Dengar dan taat arahan pimpinan.
g] Utamakan jamaah mengatasi kepentingan diri.
h] Hormati pandangan sahabat seperjuangan
i] Urus konflik dengan bijak, adil, telus dan jujur.
GB pernah mengungkapkan di dalam entri yang lalu
Di dalam qaedah usul-fiqh pun sepatutnya masing-masing mengetahui bahawa kita sepatutnya mengutamakan kemaslahatan jamaah ke atas kemaslahatan seseorang individu atau peribadi.
Semuga kemelut PAS Kedah ini dapat diakhiri secepat mungkin dan semuga pertemuan malam ini di antara PAS Pusat dan pemimpin bermasalah di dalam PAS Kedah membuka lembaran baru dan memberikan kekuatan PAS Kedah untuk merapatkan ukhwah dan bertindak di dalam satu saf yang terususn rapi mempertahankan kemenangan dengan lebih gemilangan lagi di dalam pilihanraya akan datang ini.
Firmanullah:
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Ali Imran 103
32 ulasan:
Untuk tidak membantut jentera parti dan pakatan,pihak j/kuasa parti dan pakatan pusat mesti mengkaji hingga akar umbi calon atau pemimpin yg akan dilantik @ dipilih agar tidak timbul masalah kemudian hari.contoh jelas di Kedah ketika ini.
GB, Jangan tergesa mencari punca utama, dengar kedua pihak dan pihak ketiga juga. Ini tidak ulas berterusan dan nampak ada pihak lain tidak diberi peluang melainkan tuduhan dan andaian serta tohmahan kerana ada berpihak. Lihat Dewan Ulamak dalam kenyataan nya, perlulah lapangkan dada, dengar semua pihak dan ini bukan sesuatu yang baru berlaku kerana YB Fakhrulrazi tolak Exco sahaja
jangan hanya dipersalahkan exco berdua itu. MB Azizan juga perlu menilai semula cara kepimpinan beliau, jangan difikir beliau maksum dari segala kesalahan?
jika mahathir dikritik cara beliau memimpin negara, adalah mustahil Azizan tidak membuat kesilapan dalam keputusan beliau?
atau....pemimpin UMNO dinilai dari sudut yg berbeza dari pemimpin PAS?
Alimasoud,
anda masih tebal dengan sikap membela phahrolrazi sdgkan pas pusat sudah dinyatakan oleh AJK Dewan Ulamak Pas Kedah, Abdul Wahab Hassan, "Tiada sebab untuk kami menentang pentadbiran Azizan. Saya ingin tegaskan kami bimbang perbuatan dan tindakan mengganggu gugat kerajaan dan parti yang sedang berlaku sekarang ini boleh membawa mereka ke dalam golongan Bughah (penderhaka) yang amat berat hukumannya di sisi Islam".
Masih nak membela phahrolrazi apabila seluruh AJK PAS Pusat terpaksa turun menyelesaikan masalah yang disebabkan oleh phahrolrazi?
Tak nak jadi exco tak apalah, apa pasal sampai menghasut orang lain supaya boikot sehingga Ir Amiruddin, TYDP Pas Kuala Kedah pun cuba hendak dipaksa jgn menerima jawatan exco?
Ya Allah kau hancurlah kumpulan penderhaka ini termasuk para pengikutnya.
salam'
dari permerhatian saya, GB juga patut dipersalahkan kerana menokok tuduhan palsu keatas beberapa pemimpin Kedah tanpa mencari pelbagai maklumat terperinci, GB hanya sekadar meluahkan apa yang ada diri sendiri ...Mohon maaf atas kekakasaran perkataan saya...moga Allah memberi nikmat dan keredhaan kepada tuan GB..Amin
apalah alimasoud, sampai dewan ulamak pun ditibainya, dah dasar penderhaka tu penderhaka jugak. dulu buat klaim kononnya dewan ulamak kedah sokong phahrolrazi, skrg bila ulamak kedah buat kenyataan supaya sokong mb kedah, berputar pula kepala otak mereka untuk mencemuh kenyataan dewan ulamak.
Anonymous said...
salam'
dari permerhatian saya, GB juga patut dipersalahkan kerana menokok tuduhan palsu keatas beberapa pemimpin Kedah tanpa mencari pelbagai maklumat terperinci, GB hanya sekadar meluahkan apa yang ada diri sendiri ...Mohon maaf atas kekakasaran perkataan saya...moga Allah memberi nikmat dan keredhaan kepada tuan GB..Amin
Apa yg GB tokok tambah?
Yang kedua, GB sentiasa berpegang kepada prinsip menengakkan kebenaran dan keadilan.
Sebelum memberikan ulasan-ulasan terhadap isu Kedah ini GB telah menhadap Ilahi dengan mengikut arahan pimpinan iaitu mengambil wuduk dan mendirikan solat dua rakaat disamping melfazkan doa yang sering GB tulis:
1) Allahumma arinal haqqan haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathilan bathila, warzuqnajtinabah
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathilu innal bathila kana zahuqan
Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap
Hasilnya kini kebenaran semakin terserlah. Kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat bersama PAS Kedah, tulisan-tulisan orang terkenal seperti Ahmad Lutfi dan Ketua DPPP, dan lain-lain lagi membuktikan bahawa ulasan GB selama ini benar.
Malam ini malam pertemuan AJK PAS Pusat dengan pimpinan PAS Kedah. Kita sama-sama berdoa agar kemelut PAS Kedah berakhir kerana kita tidak boleh menang dengan wujudnya perselisihan berpanjangan.
Saya nak tanya pengkomen2 di sini, sudahkah anda lakukan seperti yang diminta oleh pimpinan PAS Pusat iaitu mengambil wudhu dan mendirikan solat dua rakaat untuk memohon kepada Ilahi agar kemelut PAS Kedah ini selesai?
Jika belum dan tidak melakukannya bererti tulisan2 anda sepatutnya GB tak perlu siarkan kerana ianya ditulis bukan dengan kebenaran dan ilmu tetapi dengan pandangan syaitaniah dan nafsu..
wallahu'alam.
Berkaitan komen2 ini:
Anonymous said...
"jangan hanya dipersalahkan exco berdua itu. MB Azizan juga perlu menilai semula cara kepimpinan beliau, jangan difikir beliau maksum dari segala kesalahan?
jika mahathir dikritik cara beliau memimpin negara, adalah mustahil Azizan tidak membuat kesilapan dalam keputusan beliau?"
atau....pemimpin UMNO dinilai dari sudut yg berbeza dari pemimpin PAS?
March 3, 2012 11:18 AM
dan yg ni:
Anonymous said...
salam'
"dari permerhatian saya, GB juga patut dipersalahkan kerana menokok tuduhan palsu keatas beberapa pemimpin Kedah tanpa mencari pelbagai maklumat terperinci, GB hanya sekadar meluahkan apa yang ada diri sendiri ...Mohon maaf atas kekakasaran perkataan saya...moga Allah memberi nikmat dan keredhaan kepada tuan GB..Amin
Apa yg GB tokok tambah?
Yang kedua, GB sentiasa berpegang kepada prinsip menengakkan kebenaran dan keadilan."
Salam:
Saya rasa ada yg lebih besar dari isu menolak jawatan exco dan kes kuin..bukan nak bela yYB yg 2 tu tapi kita kena cari punca yg lebih besar yg menjadi perbalahan antara pimpinan PAS negeri. Kalaulah tidak ada masalah masakan 2 org YB tu masih tegas dan berkeras?. Saya rasa ada tangan luar yg cuba porak-perandakan PAS Kedah dengan menggunakan pemimpin dalaman PAS Kedah sendiri.PAS pusat tolong selidik punca sebenar dan bersikap natural dalam kes ini. Dengar cerita semua ini disebabkan ketidak-puasan hati exco-exco (bukan yang 2 tu saja) disebabkan masih ada pemimpin yg masih mengikut nasihat dan telunjuk UMNO dalam membuat keputusan kerja-kerja pembangunan negeri dimana ianya menguntungkan UMNO dan kroninya.Dalam kita melawan dan benci pada UMNO tapi ada org yg masih mahu mengikut telunjuk musuh PAS.Jadi semua ini mesti dihentikan tak kira siapa pun dan apa pun jawatannya.Jangan jadi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan.Bukan senang ahli dan penyokong PAS mendapatkan Kedah dari tangan UMNO dulu, tapi bila dah berjaya pemimpin cuba main kayu tiga dengan mereka.Jangan hendak menunjukkan kita ini terlalu adil dan telus sampai lupa keringat perjuang ahli bawahan. Oleh itu, hari ini semua keputusan terletak kepada kebijakan, kewarasan serta ketegasan pemimpin utama PAS dalam meredakan krisis ini. Kalau tidak ada ribut masakan pokok tumbang...melainkan anai2 dah makan pangkal pokok....sekian maaf atas komen sekira nya ada yg terasa. wasallam
maaf saudara GB, kalau yg bukan islam juga nak bagi pandangan dan nasihat adakah dia perlu ambil wudhu dan solat sunat juga ?
Anonymous said...
maaf saudara GB, kalau yg bukan islam juga nak bagi pandangan dan nasihat adakah dia perlu ambil wudhu dan solat sunat juga ?
March 3, 2012 1:29 PM
Yang Islam buat cara Islam yang kafir buat cara kafir. Anda kafir atau Islam?
anon 1:23 pm menulis
Dengar cerita semua ini disebabkan ketidak-puasan hati exco-exco (bukan yang 2 tu saja) disebabkan masih ada pemimpin yg masih mengikut nasihat dan telunjuk UMNO dalam membuat keputusan kerja-kerja pembangunan negeri dimana ianya menguntungkan UMNO dan kroninya.Dalam kita melawan dan benci pada UMNO tapi ada org yg masih mahu mengikut telunjuk musuh PAS.
Inilah yang GB kata menulis tidak dengan ilmu, kerana sumbernya ialah "Dengar cerita semua ini disebabkan ketidak-puasan hati exco-exco".
Sahihkan sumber terlebih dahulu sebelum menuduh MB Kedah dengan tohmahan palsu.
Sama seperti kes UG dahulu. Ramai membuat tohmahan apabila GB menolak UG. Akhirnya?
Sama juga kes Hassan Ali. ramai jugak tak bersetuju dgn pandangan GB. Akhirnya?
Begitulah juga pementerhatian GB di dalam kes Kedah dan Phahrolrazi ini.
InsyaAllah GB tidak silap.
Salam....
Inilah yang GB kata menulis tidak dengan ilmu, kerana sumbernya ialah "Dengar cerita semua ini disebabkan ketidak-puasan hati exco-exco".
Sahihkan sumber terlebih dahulu sebelum menuduh MB Kedah dengan tohmahan palsu.
Sorry GB...
Takkan lah pasal "dengar cerita" tu saja dah dianggap tidak berilmu, itu cuma penyedap kata...nanti kalau bagi cerita sebenar cempera pula semua pemimpin PAS....GB pergi sendiri ke PAS Kuala Kedah cari cerita sebenar....maaf.
salam....
"Anonymous said...
maaf saudara GB, kalau yg bukan islam juga nak bagi pandangan dan nasihat adakah dia perlu ambil wudhu dan solat sunat juga ?
March 3, 2012 1:29 PM
Yang Islam buat cara Islam yang kafir buat cara kafir. Anda kafir atau Islam?"
Seni sungguh bahasa yang GB guna....orang kata bukan islam dia sambut kafir lah pulak...falsafah tu.
anon 1:57
lain kali menulis jangan sama-sekali menyatakan "dengar cerita".
behujjah di kedai kopi pun orang akan bertanya: siapa cakap? mana kau dapat berita ini?
Pencipta hadis-hadis daif pun sentiasa memulakan ayatnya begitu, "dengar cerita Rasulullah begitu begini..." tidak sahih, sanadnya tidak bersambung, tidak mutawatir dan tidak memberikan faidah “ yaqin bil qath'I”(sepositif-positifnya).
Sebagai blogger yang bertanggungjwab, selain mengharapkan hidayah dan inayah Allah swt, GB sudah membuat beberapa rujukan pihak tertentu dari pelbagai sumber termasuk dari Kedah sendiri terhadap apa-apa yang GB tuliskan.
Justeru itu GB kata GB yakin, insyaAllah pemerhatian GB tidak silap.
Aku tak kesah apa-apa pun alasan, siapa pun yg bersalah semuanya ku tak kesah TAPI yg aku paling kesah ialah tentang hakikatnya berkaitan dengan Ustat-ustat dan ahli-ahli agama dan pakar-pakar motivasi yg berteraskan agama sekarang ni.....tak perlulah ku nak ulas panjang lebar tentang ustat dan ahli2 pakar agama ni tapi cukuplah ku buat kesimpulan bahwa la ni ramai 'pakar-pakar' tersebut telah dan sedang menjerumuskan diri dengan istilah-istilah seperti: Gila harta, gila kuasa, angkuh dan takbur.....yang teramat sedihnya 'guna nama/alasan agama utk kumpul harta dan kuasa', jual dari jual kismis/herba dan air jampi hingga la berhujjah berdalil berceramah dgn bayaran puluhan ribu sejam.
mlm ni kita tengok sapa yg betul, org yg menghentam phahrolrazi atau org yg memilih utk berlapang dada supaya kedua-duanya didengari dan diadili dgn seadil-adilnya.
anon 2:00 PM
Di dalam aqidah cuma ada dua iaitu samada kamu Islam (menyerah diri, patuh, tunduk) atau kafir (engkar, bantah).
Pertentangan yang berlaku dari dulu pun adalah pertentangan Islam dan Kafir.
Yang tidak Islam itu kafir dan yang kafir itu tidak Islam adanya.
Tiada boleh nombor 1 bersamaan dengan nombor 2 dan tidak akan sama nombor 2 dengan nombor 1.
Bertoya-toya cuba nak berhujjah dengan GB, GB kata pergi mengaji dahulu. (maaf, bukan takbur, tapi kecetekan ilmu anda amat membuangkan masa GB melayannya)
Wallahu'alam
GB kata:Bertoya-toya cuba nak berhujjah dengan GB, GB kata pergi mengaji dahulu. (maaf, bukan takbur, tapi kecetekan ilmu anda amat membuangkan masa GB melayannya)"
marah benar nampaknya GB....pihak belah mana yang GB rujuk seperti kata GB "rujukan pihak tertentu dari pelbagai sumber termasuk dari Kedah sendiri" tertentu tu siapa agaknya? cuba bagi sahih...jangan ikut style TV1 dan TV3. "pihak tertentu" tadi samalah juga macam sahabat tu kata pasal "dengar cerita" GB dah marah tapi GB pun sama tidak berani berkata secara jelas. maaf banyak2
syukran...
banyak ilmu yang saya dapat dengan mengikuti hujjah-hujjah GB di ruang komen ini. semuga GB terus dikurniakan kekuatan untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.
anon 2:40
Mana kamu belajar
"dengar cerita" sama dengan "membuat rujukan pihak tertentu"?
"dengar cerita" hanya kutip berita tanpa pertanggungjawaban, tetapi membuat rujukan tertentu sekalipun GB tidak isytiharkan siapa yang GB hubungi adalah dua yang berbeza.
GB tidak perlu isytiharkan siapa yang GB hubungi kerana di dalam dunia kewartawanan dan pemberitaan, kita ada etika untuk menutup "sumber berita" apabila "sumber itu tidak mahu identitinya didedahkan."
"Dengar cerita" pula tiada lansung merit untuk dijadikan laporan kerana ia hanya khabar angin, fitnah dan tiada siapa yang bertanggungjawab mengenainya.
Mari masuk bilik kuliah kalau nak belajar lebih.
Orang kalau ilmunya tinggi, kebenarannya jelas, hatinya bersih memang dapat jawab semua soalan yang diajukan kepadanya dengan cepat dan tepat.
cayalah sama GB. tu sebab hadith ada menyatakan mafhumnya memang syaitan2 takut dengan orang berilmu.
Hadith sahih : "2 rakaat solat (sunat) orang berilmu itu lebih afdhal daripada 1000 rakaat solat orang yang jahil"
malah ada di dalam satu riwayat pula menyatakan tidur orang berilmu itu lebih afdhal dari solat orang yang jahil.
Ya Allah masukkanlah kami di kalangan orang berilmu bukan orang2 yang jahil.
anon 3:00 PM
Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan kepadaNya kita berserah.
Firmanullah:
“Mereka menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana”. [Al-Baqarah: 32]
GB kata:
Mana kamu belajar
"dengar cerita" sama dengan "membuat rujukan pihak tertentu"?
"dengar cerita" hanya kutip berita tanpa pertanggungjawaban, tetapi membuat rujukan tertentu sekalipun GB tidak isytiharkan siapa yang GB hubungi adalah dua yang berbeza.
GB tidak perlu isytiharkan siapa yang GB hubungi kerana di dalam dunia kewartawanan dan pemberitaan, kita ada etika untuk menutup "sumber berita" apabila "sumber itu tidak mahu identitinya didedahkan."
"Dengar cerita" pula tiada lansung merit untuk dijadikan laporan kerana ia hanya khabar angin, fitnah dan tiada siapa yang bertanggungjawab mengenainya.
Mari masuk bilik kuliah kalau nak belajar lebih."
kan dah kata" dengar cerita tu hanya penyedap bahasa. tujuan sama mcm GB juga nak melindungi identiti sumber yang tak mau identitinya di dedahkan...sama mcm GB. Cuma perkataan yg digunakan saja berbeza, Takkan tu pun GB nak melenting? sorrylah GB saya ni tak sepandai GB pun, GB hebat! Saya ni cuma darjah 3 jer dan tolong pelekat poster dan gantung bendera PAS masa pilihan raya saja...tak layak nak berhujak dengan GB....maaf sekali lagi...selamat berjuang.
Anon 3:07
"Takkan tu pun GB nak melenting?"
GB melenting? Bila masa? GB berhujjah, masih tak jelas lagikah?
Anda menyatakan "tujuan sama mcm GB juga nak melindungi identiti sumber yang tak mau identitinya di dedahkan...sama mcm GB."
Baguslah jika ayat kamu itu bermaksud "ada membuat rujukan" dan "rujukan tidak mahu didedahkan identiti", dan bukannya hanya berita-berita palsu yang tiada pertanggungjawabannya.
Jika bukan dari mana-mana rujukan, maka bermohon ampunlah kerana mengada-adakan perkara yang tidak pasti.
Tentang sikap merendah diri menyatakan kamu darjah 3, hanya Allah Yang Maha Tahu keikhlasan seseorang hambaNya dan semuga Allah mengampun kamu jika ia tidak benar.
p/s kamu sepatutnya gembira GB mahu melayan dan menyiarkan hujjah2 kamu, mungkin di sana ada keikhlasan di hati kamu untuk berhujjah.
Ada pula yang lain ada yang GB tak siarkan dan tak layan. Allah menggerakkan hati ini tidak melayannya, mungkin di sana tiada keikhlasan...
Bila dah dapat kuasa....bodoh pulak dlm menguruskan kuasa....gila kuasa...inilah yg selalu jadi pada pas....di selangor pulak dah ada kuasa tak reti pulak nak guna...serah kuasa pada puak PkR dan DAP dan rela jadi unta selamanya....bila la pas nak pandai....bingai...
Salam. Untuk lebih memudahkan pemahaman tentang kemelut,cuba rujuk blog saya, http://helangjagat.blogspot.com
Semoga ada pencerahan dan kemelut dapat diselesaikan dengan tuntas serta mengelak terjadi Terengganu2.
Wassalam.
Sabar, GB. Di dunia ini memang ada ramai manusia yang tahu tapi buat-buat tak tahu. Mereka tak sanggup terima kebenaran dan lebih suka kepada kemungkaran. Tak usah dilayan puak ni. Depa kata depa ni setakat darjah 3 saja tapi bila berhujah, macam orang keluar universiti. Manusia jenis macam ni amat merbahaya. Dia kata dirinya "BODOH" tapi berlagak "PANDAI". Orang macam ni boleh diibarat sebagai setan dalam jelmaan manusia atau munafikun. Kalau depa nak marah kat AKU pun, aku akan biarkan dan bertindak seperti MB Kedah. Ingat, hanya Jauhari yang kenal Manickam.
Soalan antara Islam dan Kafir pun masih ragu-ragu. Bukan Islam tu adalah bahasa lembut dalam bahasa Melayu. Dalam bahasa Arab pulak, kafirlah tu. Istilah ni macam BABI dan Khinzir. BABI nampaknya kasar dan KHINZIR nampaknya lembut. Hakikatnya, kedua-duanya SERUPA aja. Munafikun selalunya dah mempamerkan diri mereka lebih bersopan dan beradab sedangkan depa ni lebih setan dari orang lain.
Teruskan penulisan anda yang bernas. GB.
Ali ada keluarga.
Abu ada keluarga.
Keluarga Ali ada konflik.
Keluarga Abu pun ada konflik.
Beza keluarga Ali dengan keluarga Abu adalah:
Ali dan anaknya mempunyai masalah, namun anaknya akur bahawa Ali adalah bapanya. Maka, anaknya dengan rendah hati menyimpan dan menutup rapat masalah itu. Agar maruah bapanya iaitu Ali tidak tercalar.
Manakala Abu dan anaknya juga mempunyai masalah yang sama. Tetapi anakya tetap dengan pendirian. Diceritakan semuanya kepada jiran bahawa dia adalah betul. Pendiriannya adalah benar.Ayahnya salah. Semua orang tahu. Imej ayahnya tercalar.
Dari kisah ini, keutamaan adalah pada menjaga nama baik keluarga. Selepas itu barulah berusaha secara dalaman selesaikan masalah. Tanpa ada sebarang gangguan luar.
Sama juga halnya masalah PAS Kedah. Utamakan yang utama. Selesaikan masalah secara adik-beradik. Tak perlu berkeras. Akibatnya, seluruh jentera terasa beban.
Anonymous said...
mlm ni kita tengok sapa yg betul, org yg menghentam phahrolrazi atau org yg memilih utk berlapang dada supaya kedua-duanya didengari dan diadili dgn seadil-adilnya.
March 3, 2012 2:20 PM
Ayat tu salah.
Sepatutnya macamni:
org yg menghentam phahrolrazi atau org yg menghentam Ustz Azizan..
barulah adil ayatnya. bingai.
menurut pengamatan saya, walaupun GB dah bawakan nas dari Al-Quran dan Hadith, golongan penyokong Phahrolrazi ni jenis keras kepala dan macam dah dirasuk syaitan di jiwanya.
Tak mahu terima yang kemelut yang disebabkan oleh Phahrolrazi itu menyebabkan isu Kedah menjadi semakin serisu sehingga seluruh AJK PAS Pusat kena datang ke Kedah untuk selesaikannya.
PAS di tempat2 lain pun kena tempiasnya hasil dari kerja engineer itu yang tidak meletakkan keutamaan parti mengatasi kehendak nafsunya.
Catat Ulasan