4 Okt 2011

Saksi Misteri Tampil Di Mahkamah, Najwan Halimi, Rakan Sekampus Saiful! [updated]

Kredibiliti pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam kes perbicaraan fitnah II, musnah berkecai apabila pihak peguam menampilkan saksi terbaru mereka.

Saksi berkenaan ialah Mohd Najwan Halimi, bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan rakan sekampus kepada Saiful Bukhari.

Beliau juga merupakan aktivis Anwar Ibrahim Club yang pernah menulis secara bersiri mengenai latar belakang Saiful dalam blognya, Riwayathayat.blogspot.com

Beliau memberi amaran mengenai kredibiliti Saiful dalam tiga siri tulisan bertajuk “Awas! Ada Musang Berbulu Ayam“ Siri (1), (2) & (3). Sebelum itu, Pengarah Jabatan Kimia Kuala Lumpur, Lim Kong Boon memberi keterangan sebagai saksi.

9.48am: Mahkamah bermula dengan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan prosiding. Pengarah Forensik dari jabatan Kimia, Lim Kong Boon dipanggil sebagai saksi.

Lim, 57 yang menjadi saksi pada fitnah I berkata, pada 2005, beliau mengetuai unit jenayah jabatan kimia. Menjawab soalan peguam Ram karpal Singh, Lim berkata sejak 2005, bahagian berkenaan diletak di bawah Legacy programme of the American Society of Crime Laboratory Directors Laboratory Accreditation Board ASCLD.

10.14 pagi: Ram Karpal bertanya samada Jabatan Forensik Jabatan Kimia mempunyai ekreditasi dalam kelayakan lain. Lim berkata ia diakreditasi dengan program pengurusan. Saksi berkenan kemudian beredar.

Sankara meminta mahkamah berehat sementara menuggu saksi terbaru mereka. Peguam Cara negara II , Yusof Zainal Abiden bertanya apakah relevan saksi berkenaan dipanggil, kerana ia tidak ada dalam senarai pendakwaraya.

11.11 pagi: Mohd Najwan muncul di bilik saksi, memakai pakaian kot hitam dan kemeja putih lengan panjang. Saksi berkenaan diiringi pembantu Sankara Nair.

11.22 pagi: Mohd Najwan dipanggil. Beliau berkata beliau bekerja sebagai pembantu Anwar atas kapasiti Anwar sebagai penasihat Ekonomi Selangor.

11.24 pagi: Mohd Najwan berkata beliau mengenali Saiful sejak 2003, dan tinggal di asrama berhampirannya di United.

“Saiful pelajar aktif dan ada kualiti kepimpinan. Saiful dan saya terlibat dalam program Baktisiswa.

“Dia mempunyai kepimpinan, tetapi suka mencari publisiti.

11.30 pagi: Najwan berkata beliau melihat Friendster Saiful, dan ternampak gambar Saiful dengan ramai pemimpin BN, termasuk Syed Hamid ALbar, Mustapa Mohamed dan Azlina Othman

“Pada 2008, Saiful adalah penyokong BN dan mengumumkan Anwar sebagai munafik,” katanya. Najwan juga berkata beliau pernah ternampak Saiful dalam satu ceramah politik.


11.31 pagi: Najwan berkata, Saiful berkempen untuk BN pada 2008.

11.33 pagi: Beliau menafikan Saiful mengagumi Anwar.

“Dia (Saiful) membenci Anwar” katanya.

11.34 pagi: Najwan disoal balas oleh Yusof. Beliau berkata beliau bekerja dengan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.

“Sebelum ini saya bekerja dengan menteri pengangkutan dan Uitm,” ujarnya. -KD

Saksi misteri tampil

Seperti dijadualkan, saksi misteri yang menjadi tanda tanya pada perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tampil.

Mohd Najwan Ali dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung semula selepas rehat sebentar.

Najwan merupakan bekas rakan sekolej pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan kini menjadi pembantu Anwar untuk tugasnya sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya, Najwan memberitahu, beliau mengenali Saiful sejak 2003 apabila tinggal berdekatan bilik pengadu semasa menuntut di Universiti Tenaga Nasional.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Katanya, program itu dilancarkan oleh bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik.

Najwan berkata beliau melihat Saiful di ceramah politik dan pengadu berkempen untuk BN pada 2008. Saksi bagaimanapun menafikan Saiful mengidola Anwar seperti dalam pengakuannya.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad dan dengan Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

Najwan bersetuju dengan cadangan Yusof bahawa tidak pelik untuk menunjukkan gambar dengan menteri tetapi tidak bersetuju bahawa apa yang dikatakannya tentang Saiful sebagai spekulasi.

Mahkamah kemudian ditangguhkan sehingga Khamis ini.- mk



5 ulasan:

hyhhh berkata...

bodo punya saiful...nasib baik la kwn sendiri jd saksi...

Jom terjah sini:
1)Apabila Butang “Mute” Wujud Dalam Dunia Realiti
2)5 Manusia Paling Berat Di Dunia
3) Kena Kejar Sebab Mandi Bogel
4) Porno Bagi Kesan Buruk Kepada Otak

Tanpa Nama berkata...

Alahai Dato Seri boleh caya ke mamat ni? Napi amik suku sakat kengkawan si sayfool juga. Penasihat ekonomi? Dato please la janganlah sia2kan jeritan reformasi kami di jalanan dulu. Aduhhhhhhhhhhhh.......... Tak ada org lain kah.

Punya ramai rakyat malaysia ni... Napelah mamat mcm ni yg d amik jadi penasihat? Penasihat 3 abdul ke?

Ingat balik Dato siapa yg menziarahi dato' sewaktu pembedahan diluar negeri. Mereka ( tidak semua) org yg secara bersembunyi menyokong dato. Tapi mereka duduk dlm perkhidmatan awam.

Tidakkah dato dpt melihat mereka yg memang berkaliber & berkelayakan lagi berilmu ini yg bila2 masa sanggup meletakan jawatan kalau diberikan kepercayaan.

Apa kelas dato penasihat mcm nih???

Saya takot dato pisang memang dah ada yg berbuah 2 x.

Adusss ngeri & bimbang jugak nengok budak ni. Silap hb timbang kati. Berapa harga sekilo Dato?

Tanpa Nama berkata...

Anon diatas, faham betul2...budak ni bukan penasihat... Dia bekerja sebagai pembantu Anuar dlm tugsan Anuar sebagai penaihat ekonomi selangor. Bukan budak ni yang jadi penasihat ekonomi selangor. Tugas pembantu banyak skop. Aku paham mcm tu la..

ZZ

zairil berkata...

Anonymous 1:34pm mengata orang cukup pandai tapi membaca tak pandai.....ehk..macam biasa jer golongan ni....

horahora berkata...

anon 1.34pm komen punya la panjang tapi konten salah semua. ibarat menjawab soalan fizik, bila hukum fizik F=ma ditunggang terbalikkan menjadi Fm=a maka segala jalan kerja pengiraan adalah terpesong dari awalnya.