27 Okt 2011

Obama Kurang Senang Layanan Buruk Ke Atas Mayat Gaddafi

Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) - Presiden AS, Barack Obama (gambar kecil) kelmarin memberi ulasan mengenai kematian berdarah bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dengan menyatakan orang mati wajar dilayan dengan sopan walaupun ketika hidupnya dia telah melakukan perkara-perkara yang buruk.

Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia di gurun Sahara kelmarin, lima hari selepas dia ditangkap, dibunuh dengan jenazahnya dijadikan pameran.

Beberapa klip video menunjukkan bekas pemimpin Libya berusia 69 tahun itu dicaci, dipukul dan didera sebelum dia meninggal dunia.

"Layanan terhadap Gaddafi dan jenazahnya bukan sesuatu yang menggembirakan kita," kata Obama ketika ditanya mengenai perasaannya berhubung penyiaran klip-klip video terbabit dalam rancangan bual bicara Tonight Show terbitan NBC yang dihoskan oleh Jay Leno.

"Saya fikir anda perlu melayan orang mati dengan tertib walaupun dia melakukan perkara yang teruk semasa hidupnya," tambah Obama.

Obama memberitahu, pentadbirannya tidak menyiarkan satu pun gambar bekas pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati ditembak komando AS pada Mei lalu. - Reuters

Warga kota Misrata menyambut kematian bekas pemimpin mereka

Perdana Menteri Dewan Peralihan Libya Mahmoud Jibril mengatakan bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi tewas dalam penyerangan di Sirte, kota kelahirannya Khamis minggu lepas (20/10).

Dalam serangan yang dilancarkan pasukan Dewan Peralihan Nasional Libya dengan bantuan pasukan NATO itu Kolonel Gaddafi mengalami luka disebabkan tembakan antara lain pada kedua kakinya. Sejumlah saluran televisi menayangkan gambar mayat yang telah ditelanjangi dan diseret di jalan.

Rakyat Libya turun ke jalanraya merayakan bertia yang telah lama ditunggu-tunggu itu.

Selama 42 tahun kepemimpinannya, Muammar Gaddafi dicap sebagai diktator dan penipu oleh Barat antara lain kerana dia mentadbirkan negaranya dengan tekanan dan menolak melakukan rombakan kepemimpinan.

Namun Kolonel Gaddafi juga dikenal sebagai tokoh karismatik, paling tidak di mata sebahagian masyarakat Arab terkait keberaniannya melawan tekanan Barat dan kekuasaan Israel.

Bagaimana pendapat anda tentang kematian Gaddafi dan perlakuan yang diberikan kepada mantan pemimpin Libya tersebut?

Patutkah jenazah seorang bekas kepala negara ditelanjangkan dan diseret meskipun dia dituding diktator dan membohongi rakyatnya sendiri?

Bagaimana sebaiknya sikap rakyat terhadap kematian bekas pemimpin mereka di tengah pergolakan politik?

Berikut sebagian pendapat yang telah kami terima:

"Tidak sepatutnya seseorang diperlakukan seperti itu walaupun orang tersebut adalah pencuri, pezina ataupun penjahat lainnya. Ada batasan-batasan yang seharusnya difahami oleh rakyat Libya. Namun kemarahan rakyat Libya sudah membutakan hati nurani mereka sehingga hal ini membuat tidak ada perbezaan antara Gaddafi dengan rakyatnya." P. Ninggariawan, Lampung.

"Kasihan gerakan pembangkang yang telah dibius oleh Barat sebagai bangsa pendendam sehingga telah berbuat sadis dan tidak beradab. Semestinya ada di antara mereka yang cerdas dan mengingatkan untuk tidak sampai memperlakukan demikian, walau bagaimana semestinya ia belajar dari Mesir ketika memperlakukan Husni Mubarak yang akhirnya diadili walau bagi Gaddafi harus berakhir di tiang gantungan tapi pengadilan berikan kewenangannya." Mahmud Yunus, Majalengka.

"Terlepas dari semua kesalahannya, Kolonel Gaddafi adalah patriotis sejati, hanya saja kaum zionis, Amerika dan sekutu serta pendokongnya iri dan dengki padanya." Ali Imron, Jambi.

"Biarpun Kolonel Gaddafi adalah penjahat perang, dia berhak mendapatkan pengadilan. Masyarakat antarabangsa patut menekan pemerintah Libya untuk menyiasat kematian Gaddafi." Heru, Gorontalo.

"Menurut saya perlakuan tersebut tidak selayaknya dilakukan kerana sangat tidak manusiawi" Aji Supriyatna

"Kita kehilangan lagi seorang pemimpin yang berani melawan Barat, walaupun bagaimana almarhum seorang pemimpin Arab yang mengangkat harga diri bangsa Arab." Zahirudin Saragih, Medan.

"Kematian Gaddafi bagi saya mungkin memang menunggu waktu sejak dimulainya serangan atas Libya tahun ini, namun yang saya sedih adalah perlakuan rakyat terhadap mayat Gaddafi yang menyeret dan membogelkannya, meskipun rakyat kecewa dengan cara kepemimpinan Gaddafi, namun menurut saya apa yang dilakukan rakyat atas jenazah Gaddafi tersebut kurang lebih sama dengan apa yang mereka protes dari kepemimpinan Gaddafi beberapa dekad sebelumnya." Syarifuddin, Jakarta.

"Sebagai bekas presiden walaupun dicap diktator sepatutnya diperlakukan dengan baik sebagai manusia biasa sebab dia juga mantan presiden yang pernah memimpin Libya." Nyoman, Bandung.

"Kalau menurut saya tidak sewajarnya seorang kolonel diperlakukan semena-mena bagaimanapun dia telah memimpin Libya selama 42 tahun. Dia digulingkan kerana negara-negara Barat merasa iri seperti USA & Britain, Israel...harusnya rakyat itu malu." Nanabella, Batam.

"Biadab, bagaimanapun ia adalah seorang peminpin negara yang telah banyak berkorban demi bangsa dan rakyatnya. Inikah perlakuan terhadap pimpinan sebuah negara yang berdaulat? Dimana perasaan para peminpin dunia Arab? Bagaimana kalau ini menimpa pada anda wahai para pemimpin Arab! Dimana rasa solidaritas kearabannya? Semoga ini menjadi titik balik pergerakan dunia-dunia Arab melawan penjajahan Barat dan timbulnya kembali patriotisme dunia Arab." Gulamuh, Cirebon.

"Pemimpin revolusioner Muammar Gaddafi...terlepas dari keburukan tapi tetap ada kebaikan & kepahlawanannya bagi bangsanya sendiri...seharusnya rakyat/pemberontak Libya harus tetap menghormati & merawat jenazahnya dengan baik sesuai dengan syariat Islam kerana sesama Muslim sesama saudara." M Iqbal Yusuf, Kelantan.

"Menurut saya perlakuan tersebut tidak selayaknya dilakukan karena sangat tidak manusiawi. Bagaimanapun dia adalah bekas seorang pemimpin yang tidak selamanya salah, tetapi kita harus mengingat jasa-jasanya. Jangan hanya karena kesalahanya sedikit, kita melupakan semua kebaikannya." Aji Supriyatna, Way Kanan.

"Menurut saya biar bagaimanapun dia juga adalah orang Libya dan pemimpin orang-orang, namanya manusia mungkin dia melakukan hal yang tidak baik tapi ada baiknya juga, dan kubur lah mayatnya dengan baik kerana dia bukanlah pemberontak." Edizo, NTT.

"Sungguh menyedihkan dan kejam....mereka seolah-olah menganggap Kolonel Muammar Gadaffi binatang. Benar-benar mereka tak punya hati nurani." Mutia Mahmudah, Hongkong. -BBC


Ulasan GB

Obama yang bukan Islam sendiri tidak merasa gembira dengan perbuatan mereka yang mencaci, memukul dan mendera Gaddafi, tiba-tiba ada umat Islam sendiri yang gembira dengan keadaan sedemikian malah ada yang menerbitkan tulisan-tulisan yang memburuk-burukkan Gaddafi yang telah mati, sehingga ke tahap menuduh Gaddafi sebagai seorang anak haram.

Kita mungkin tidak dapat menerima apa bentuk kezaliman sekalipun tetapi terhadap mayat, terhadap orang yang telah mati, antara adabnya ialah kita dilarang mencela orang yang telah mati. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW:

"Janganlah kamu mencela mayat kerana sesungguhnya mereka telah mempersembahkan apa yang telah mereka lakukan." (Hadis sahih riwayat al-Bukhari).

Larangan mencela mayat juga meliputi larangan mencela mayat orang-orang kafir seperti Nabi SAW melarang para sahabat mencela mayat tentera-tentera musyrikin dalam peperangan Badar disebabkan mengelakkan diri dari menyakiti orang-orang yang masih hidup dalam kalangan saudara-saudara mereka yang Muslim.

Rasulullah SAW melarang celaan kepada tentera-tentera musyrikin yang terbunuh dalam peperangan Badar.

Baginda SAW bersabda: Janganlah kamu mencela mereka kerana celaan kamu itu tidak sampai kepada mereka sebaliknya akan menyakitkan orang-orang yang masih hidup. Yang pastinya perkataan celaan kamu itu adalah satu kehinaan". (Hadis mursal sahih Al-Isnad dari kitab Umdah al-Qari).

Ada sebuah komentar dari seorang Anonymous di blog GB ini untuk renungan

banyak dalam tulisan mengkritik Gaddafi itu pun karut. Dikatakan Gaddafi anak haram. Agaknya penulisnya dan para penyokong penulis itu wujud ker masa Gaddafi dilahirkan sampai tahu dia anak haram?

NATO sudah berjaya memperalatkan (sebahagian) rakyat Libya ... untuk menyokongnya menumbangkan Gaddafi. Lalu disuruhnya budak berusia 17 tahun membunuh Gaddafi. Sebab (mereka tahu) budak 17 tahun tidak dikenakan sebarang pendakwaan. NATO boleh cuci tangan.

Lepas tu suruh mufti "besar" libya buat fatwa Gaddafi sudah kafir dan tak perlu solat jenazah.

Dedahkan mayat itu kepada orang ramai, usah kebumikan cepat-cepat biar sampai mayatnya busuk dan berulat.

Begitukah tabiat umat islam yang baik?


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang sesetengah blogger (termasuk pro-pas) yang bebalnya bertongkol-tongkol. main cut-and-paste benda-benda propaganda barat untuk hancurkan Islam dengan memburuk2kan gaddafi.

blogger2 yang saya dapat kesan terpedaya dengan agenda musuh ialah seperti addin, tulahan, kerengga, selatanonline, siasahkini dan beberapa blogger no otak.

bak kata tukartiub:

"Imej ribuan anak muda Libya berdemo ini tidak wujud. Kerana bukan warga Libya yang bangun menyerang kerajaan Gadaffi. Yang datang menyerang ialah soldadu upahan Amerika dan jet pengebom Nato yang bertungkus lumus siang dan malam menyerang Libya. Sejarah Libya ini tidak tamat disini."

Tanpa Nama berkata...

Kisah saudara Islam kita ini memang menyedihkan. Satu lagi kejayaan propaganda Barat dalam melenyapkan kisah seorang yang kritis bernama Muammar Ghaddhafi.

Jika dilihat taktik Barat terhadap Ghaddafi dan seorang lagi saudara Islam kita iaitu Osama bin Ladin, hanya 1 strategi yang digunapakai iaitu "Shoot to KILL and take no prisoners". Dalam kes Saddam Hussein pula, beliau telah dijadikan Guinea Pig, dibenarkan hidup hingga ke mahkamah dan tengok sejauh mana lubang boleh ditutup.

Jikalau betul Ghaddafi ini seorang diktator, penjenayah, pembunuh bla bla bla, BUKTIKAN kepada dunia bahawa beliau adalah seorang manusia yang begitu rupa. Tapi malangnya, usaha itu tidak pernah dilakukan. Amat mudah untuk melabelkannya sebagai manusia yang tidak berhati perut.

Kita sepatutnya sedar bahawa ini semuanya MAINAN kuasa dunia!!!

Tanpa Nama berkata...

Saddam, Osama dan Gaddafi telah mati ditangan kafir. Beginilah rendahnya maruah umat Islam sekarang.

Dalam pada itupun masih wujud dikalangan umat Islam di negara ini yang menerima bantuan dana serta sokongan puak kafir untuk mendapatkan sedikit kuasa.

Satu sikap yang kontras dan tidak waras. Simpati kepada yang kena bunuh tetapi pada masa yang sama bekerjasama dengan si pembunuh.