27 Okt 2011

S'ngor Jawab Tohmahan: Air Percuma Untuk Kembalikan Keuntungan KDEB Kepada Rakyat

Pemberian 20 meter padu air percuma merupakan satu tanggungjawab menyalurkan hasil keuntungan kerajaan negeri kepada rakyat.

Pemberian ini yang dibuat melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemegang amanah Kerajaan Negeri sesuai dengan dasar "Hasil Negeri Untuk Rakyat" menerusi program "Merakyatkan Ekonomi Selangor"(MES).

Dasar ini bermaksud semua aset atau harta yang dimiliki kerajaan negeri adalah milik rakyat Selangor.

"Kerajaan faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain kerana sebelum ini, keuntungan anak syarikat kerajaan negeri diserapkan terus dalam kerajaan negeri untuk program-program yang kita tidak tahu secara terperinci dan siapa yang mendapat manfaat," kata satu kenyataan dari Pejabat Menteri Besar.

Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI).

Menurut kenyataan itu lagi, Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat sentiasa memastikan keuntungan anak syarikat disalurkan dengan betul dan tepat kepada golongan sasaran supaya tidak berlaku ketirisan dalam agihan kekayaan negeri.

Oleh itu, pemberian air percuma ini menerusi KDEB akan diteruskan kerana ia memberi manfaat kepada lebih kepada 1.2 juta rakyat negeri setiap tahun sejak dilancarkan pada Jun 2008.

"Sebagai contoh, Petronas sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menyerahkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehi setiap tahun kepada Kerajaan Pusat tetapi kita tidak tahu bagaimana keuntungan ini dibelanjakan untuk kesejahteraan rakyat.

"Ini berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang mana keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri diagihkan secara langsung kepada rakyat menerusi program-program MES termasuklah pemberian air percuma," kata kenyataan itu lagi.

Mengulas lanjut, Pejabat Menteri Besar menyifatkan isu KDEB menanggung kerugian berikutan pemberian air percuma seperti yang berbangkit dalam Laporan Ketua Audit Negara, sebagai suatu yang tidak sepatutnya timbul.

"Banyak juga sedang diperkatakan tentang pengurusan kewangan Negeri Selangor, dan pejabat ini ingin menyatakan perjalanan perbelanjaan telah dibuat dengan telus dan mengikut peraturan yang diperuntukan," tambahnya.

Justeru, Pejabat Menteri Besar mencabar Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar untuk turut sama mendedahkan peruntukan yang disalurkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) serta bagaimana Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) di Selangor diagihkan kepada rakyat Selangor.

"Sekirannya mahu meneliti akaun Negeri Selangor, Kerajaan Negeri tidak keberatan.

"Jika Dato' Menteri (Noh Omar) berani, Kerajaan Negeri akan bersama beliau membuka akaun untuk dihalusi oleh SELCAT," katanya. -tvsnews



Ulasan GB

Kenyataan di atas sekaligus menjawab tuduhan UMNO/BN terhadap kerajaan negeri Selangor sedangkan sekalian banyak kelemahan-kelemahan dan penyelewengan-penyelwengan jabatan & kementerian kerajaan pusat mereka tidak ambil peduli.

Mereka sudah kehabisan modal.

GAPS mahu Khalid akui kelemahan

SHAH ALAM: Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mahu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui kelemahan pentadbirannya apabila banyak syarikat milik kerajaan negeri itu mengalami kerugian sejak ditadbir Pakatan Rakyat.

Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, pendedahan terbaru laporan audit bahawa Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) mengalami kerugian RM122.25 juta sebelum cukai bagi 2009, berbanding keuntungan sebelum cukai RM34.45 juta pada 2008 membuktikan kegagalan Abdul Khalid dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.-hm


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ha ha... ada orang berangan nak jadi MB penggal depan ni, sebab tu macam persoalan (yg tak rasional) ditimbulkan...

Setakat berangan jer la Cikgu Noh ni...


AzMiR

Tanpa Nama berkata...

salah seorang menteri
yang gua tak nak lihat berada
dalam kabinet kerajaan sekiranya
bn/umno menang dalam pru13 nanti.
jadi mb selangor, lagilah.
haramjadah punya noh omar.

Tanpa Nama berkata...

Maksud janggal: tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai (tepat), tidak selaras.

Memanglah amalan kerajaan negeri Selangor adalah tidak selaras dengan amalan kerajaan persekutuan. Mana boleh untung syarikat kerajaan beri pada rakyat, itu hak kroni. Satu untuk kau, sepuluh untuk aku. Barulah selaras.

Patutnya MB kena ucap terima kasih kepada audit sebab bantu memberitahu rakyat apa yang kerajaan selangor buat. Tapi biasalah kita ni manusia, kekadang bila kena tegur rasa cepat je nak marah.

Camnapun syabas MB Khalid, terus perjuangan anda kami sentiasa bersama mu.

Tanpa Nama berkata...

selagi BN perintah malaysia isu ni tak selesai

Tanpa Nama berkata...

salam.. isu ni kecik jek.. celah kuku.. yg penting aku org selangor amat gembira dgn langkah kerajaan PR.. bukan saja telus.. berkebajikan.. bertanggung jawab mengurangkan hutang kerajaan negeri.. sepatutnya menjadi contoh pada kerajaan perseketuan.. kasi usaha lah settlekan hutang negara,, da dekat 500 billion beb.. GILER apa.. ??

pi pinjam kasi maju negara.. n poket memasing.. lepas tu kata tak bersyukur ke dengan kemajuan yg ada.. KEPALA BANA KORANG.. kalo kemajuan berhutang buat apa..??

jangan jadikan negara ku ini dijajah dari segi ekonomi.. selagi tak selesai selagi tu hasil bumi melaysia diserap utk jelaskan hutang.. inilah bentuk PENJAJAHAN ERA BARU... KALO PENCACAI UMNO TAK FAHAM JUGAK.. MAKNANYA KORANG PUN BERSUBAHAT MENJAHANAMKAN NEGARA.. INSAFLAH..!!